Nota Tazkirah yg disimpan, moga ianya dpt dihayati & diamalkan seterusnya Istiqamah dlm bertilawah Al-Quran.
Penyampai : Ustaz Ahmad Asri Lubis
Tarikh : 23/10/2012
TILAWAH AL-QURAN MENYINGKAP FITRAH SUCINYA
(Ahmad Khalid al-‘Utaibi & Ahmad Asri Lubis)
« هَذَا بَصَائِرُ لِلنَّاسِ وَهُدًى وَرَحْمَةٌ لِقَوْمٍ
يُوقِنُونَ» (سورة الجاثية:20)
‘Kitab al-Quran ini adalah pembuka mata hati umat manusia, sumber
hidayah, dan rahmat bagi kaum yang meyakininya.’
Peranan Kalamullah yang
menakjubkan!!!
Doktor wanita (di rumah sakit)
Jeddah memeluk Islam setelah mendengar Kalamullah. Sungguh ajaib kesan dan
pengaruh al-Quran al-Karim. Padahal sebagai penganut Kristian doktor wanita ini
belum memahami maksud Kalamullah, namun kesan kalam suci ini manguasi hati dan
fitrah sucinya, Subhanallah. Bagaimana pula dengan saya (?) selaku
pemeluk agama Islam? Allahu Akbar!
Ikutilah kisah selanjutnya:
Salah
seorang sanak saudara datang menziarahi saya di kediaman saya. Beliau (Ali-
bukan nama sebenar) bertugas di salah satu rumah sakit di kota Jedah. Kerjanya
sebagai teleponis, dan menyiarkan rekaman azan pada waktu-waktu solat.
Lantas
saya mencadangkan ‘Alangkah baiknya masa senggang antara solat Subuh hingga
jam lapan pagi dimanfaatkan untuk menyiarkan rekaman bacaan Kitabullah dengan
suara yang sederhana.’ Ali menerima usulan saya. Saya memberinya sejumlah koleksi
rekaman bacaan al-Quran dengan suara beberapa orang syeikh. Saya memberinya motivasi
‘Pohonlah ‘inayah dan pertolongan Allah, berkhimadlah untuk agama Allah
sambil menjalankan tugas’.
Memang ternyata
Ali sudah mula menggunakan atau menyiarkan rekaman bacaan suci ayat-ayat
al-Quran.
Sahabat
tersebut berkisah, bahawa termasuk rekaman ayat suci
yang disiarkan Ali, tilawah Syekh Sultan
al-Umari, Pengarah salah satu laman web dakwah. Suara beliau memang sangat
menggugah hati. Tiba-tiba Ali terdengar suara seseorang sedang mengetuk pintu dengan kuat.
Setelah Ali
membuka pintu, rupa-rupanya seorang dokter perempuan yang bertugas di lantai
dua bergegas turun sambil menangis. Saya berasa kagum menghadapi realiti yang
berlaku. Alhamdulillah, mujurlah saya boleh bertutur bahasa Inggeris J
Dokter
perempuan itu bertanya. Suara apa yang saya dengar ini? saya menjelaskan ‘Ini
Suara al-Quran al-Karim’. ‘Al-Quran itu apa?’, ujarnya mendesak. ‘Al-Quran
adalah Kalamullah, umat Islam memang memahiminya’, jelas saya. Seterusnya
beliau bertanya ‘Islam itu apa?’. Saya memintanya supaya duduk sejenak.
Saya pun menghubungi seorang dokter
lelaki yang bertugas pada waktu itu, saya tahu benar dokter lelaki ini seorang
yang taat beragama. Dokter lelaki itu pun segera muncul. Beliau menemui dokter
perempuan, sambil bercerita dengannya memperkenalkan asas agama Islam. Beliau
menjelaskan bahawa terdapat laman web yang dapat memberi penjelasan mengenai
Islam secara lebih luas.
Dokter
wanita ini sangat tekun dan kagum mendengar penjelasan dokter lelaki tersebut.
Setelah itu beliau membuka internet, beliau banyak mendapatkan maklumat
mengenai agama Islam. Seminggu kemudian dokter lelaki berkenaan bercerita
kepada saya bahawa dokter berkulit putih itu telah memeluk agama Islam yang
pada awalnya hanya disebabkan mendengar tilawah ayat suci al-Quran.
Setelah sebulan berlalu saya lihat dokter wanita ini memakai busana Muslimah dengan kemas.
Hati
saya berkata, subhanallah! Suara Kalamullah lah penyebab orang ini
memeluk agama Islam.
Pelajaran
yang diambil dari kisah benar ini:
-
Agar si
mukmin sentiasa memanfaatkan masa melakukan amal saleh, dengan niat meraih
keberkatan daripada Allah dengan cara yang Allah yang mengetahuinya.
-
Kesan
dan pengaruh al-Quran terhadap wanita kristian yang menyebabkannya memeluk
agama Islam.
-
Kita
perlu memperkenalkan agama Islam kepada orang bukan Islam untuk mengajak mereka
kepada Islam.
-
Kita
hendaklah giat dalam usaha dakwah tanpa menganggap remeh mana-mana usaha dalam
bidang ini.
Diharapkan kesan Kalamullah ke atas umat al-Quran
sendiri akan lebih hebat dan lebih berpengaruh.
Risalah ‘Jaring Communication’, Selangor Darul
Ehsan.23hb Okt 2012.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan