Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Kenangan. Papar semua catatan

Selasa, 12 November 2013

Muar - My Hometown 1

Salam

aku dilahirkan di muar, johor.. kalau org muar menyebut muar dgn "muo" mulut mesti dimuncungkan..
slang org muo perlu banyak o dibelakang, tp masih menggunakan bahasa melayu, dah org johor jugak kan..

anak2 kkdg suka dgn sebutan2 kami (bapak & mak sedara mereka la kan), so aku berikan satu ayat baik utk mereka ingat sebutan org muo ni.. ayatnye :
"ulo melingko atas pago" = ular melingkar atas pagar... boleh sebut tak?

sejarah muar pun banyak.. cerita org dulu2 mengatakan muo ni sendiri adalah sebuah negeri sebelum bersatu menjadi daerah di negeri johor. daerah muo pula lebih besar dari melaka. dan ada pula mengatakan muo pula sebahagian dari melaka. semuanya ada kisah disebaliknya...
Parameswara mula2 mudik di Sg Muar sebelum sampai ke melaka, baik kata Sg Muar itu sendiri, ada macam2 cerita disebaliknya..

Bandar Muar juga dipanggil sebagai Bandar Maharani (ada sejarah disebaliknya).
Muar juga telah dinobatkan sebagai Bandar Diraja oleh Sultan Johor pada 2012

Sg Muar...




Masjid Sultan Ibrahim 2 (baru), view dr Tg Emas, Muar



@ Tg Emas Muar..





Khamis, 24 Oktober 2013

Ilmu Hukum Hakam Jenayat @ Sekolah Agama Johor 70-80an

Salam

Tahniah kpd kerajaan Brunei Darul Salam kerana telah mengumumkan untuk melaksanakan hukum Islam Hudud dlm negara mereka baru2 ini. Jika pemimpin beriman kpd Allah swt, pasti hati nya untuk mencari keredhaan Allah.
Apa lg yg nak dicari di dunia ini, "ISLAM perlu DITEGAKKAN" jika anda mengaku sbg Hamba Allah.

Ingin ku tegaskan, Islam adalah agama yg lengkap malah kita tidak boleh memandang remeh sehingga memikirkan kita belum bersedia atau tidak sesuai dgn zaman utk melaksanakannya. Yg penting, kena usahakan dulu utk melaksanakan & serah pd Allah swt selebihnya.. Waallahualam..

Mengimbau kembali persekolahan ku disekolah agama rendah Johor, kami telah mempelajari Hukum Jenayat dari buku Matla al  Badrain dari Darjah 4 hingga 6. (Alhamdullilah kitab ini masih ada dlm simpanan, tp utk merujuk kembali mmg dah tak memahami pun.. sbb bahasa yg terlalu tinggi). Kandungan Bab Jenayat ini salah satunya ialah hukum hudud.

Aku bersekolah agama ini sehingga Darjah 6 shj, tak sempat utk masuk Darjah Khas sbb dah terlewat bgku.
Aku mula memasuki sekolah agama semasa berada di Darjah 4 di Sekolah Kebangsaan, kemudian berterusan sehingga la di Tingkatan 3 aku berhenti untuk meneruskan ke Darjah 6 kerana ingin menumpukan SRP yg akan diambil pd tahun itu. Setelah selesai SRP, tahun berikutnya aku berada di Tingkatan 4, aku menyambung semula sekolah agama ke Darjah 6.

Memang la byk dugaan ketika bersekolah agama, dgn pelajaran yg berat di Sekolah Kebangsaan, ramai yg sudah berhenti sejak naik ke Sekolah Menengah. Alhamdullilah juga, aku b'semangat meneruskan ke Darjah 6 walaupun kawan2 semua dah tamat lama.

Kenangan paling indah di Darjah 6 ialah aku menghadapi peperiksaan akhir utk bbp subjek dgn meniru (buku di bawah meja) tp bukan aku sorg tau, ramai lg rakan berbuat demikian. Sebabnya, ntah la.. darah muda remaja.. ingat mcm main2 jer.. ini sekolah agama la & yg plg best Ustaz/ustazah bertugas mmg nampak aku berbuat demikian tp mereka diam kan je. Aku rasa mereka faham keadaan kami ni, kerana pelajaran kami berat ditambah dgn Sekolah Menengah di sebelah pagi.
Namun aku berterima kasih pd Ustaz/Ustazah, jasamu tetap kukenang...




Jumaat, 11 Oktober 2013

Salam Jumaat

Salam

~اللهم صلى وسلم على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلّم~

Sama2 berselawat keatas Nabi saw, moga beroleh syaafat baginda di akhirat kelak dan  salah satu amalan utama di hari Jumaat adalah memperbanyak bacaan selawat ke atas Nabi Muhammad SAW. 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda, “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat keatas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” (HR Abu Dawud)

Gambar2 mengimbas anak2 zaman kecik2..








Isnin, 23 September 2013

Reunion SMSAB - Part 2..

Salam..

Gambo yg belum diupload lg..
Suka gambar ramai2 ni walaupun sama jer..










"Friendship will never ending"



Ahad, 22 September 2013

Reunion SMSAB (SAB Girls School)'86 on 21/9/2013 @ Asam Pedas Bangi

Salam

Hadis Mengenai Silaturahim

Dari Ali bin Abi Thalib r.a., bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Sesiapa senang untuk dipanjangkan umurnya dan diluaskan rezekinya serta dihindarkan dari kematian yang buruk maka hendaklah ia bertaqwa kepada Allah dan menyambung silaturahim."
(riwayat Imam Abdullah bin Ahmad, al-Bazzar dan at-Thabrani)

Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda:" Belajarlah tentang nasab keturunan kamu sehingga kamu dapat menyambung silaturahim. Kerana sesungguhnya silaturahim menjadi sebab (timbulnya)kecintaan terhadap keluarga (kerabat dekat), banyaknya harta dan bertambahnya usia."
(riwayat Imam Ahmad, Tirmidzi dan al-Hakim)

Rasululah s.a.w. bersabda:" Tidak masuk syurga pemutus silaturahim."
(riwayat Imam Bukhari, Muslim, Abu Daud dan Tirmidzi dari Zubair bin Muth'sim r.a.) 




Alhamdullilah & happy sgt dpt jumpa kwn2 semasa di SMSAB SPM thn 1986 semula setelah 27 thn
hilang & membawa diri masing2. Siapa tahu selepas 27 thn kami dpt b'jumpa semula. Semua ni kuasa & takdir dr Allah swt. Syukur yg teramat sangat.. anatra yg hadir Suad, Dr Fazi, Mai, Raha, Lynn, Atim, Kyak(selaku tuan rumah), Faezah, Hanom, Ruzi, Zulaika, Zakiah, Fatimah, Uyun, Elly, Norlin, Zuraidah, Zai, Noli, Noraini


Acara dimulakan dgn bacaan tahlil utk arwah Zahara Abdul Samad & diikuti ucapan alu2an dr Mai kpd kami yg hadir


Suad pun diberi peluang berucap merangkap Ketua Majlis & group smsab cupcake 86

Yg lain mendengo dan asyik nye




Kek Reunion dr Ruzi




Hadiah Kuiz - Jwapanya "Superman"

Sesi kenal mengenal.. sbb ada yg x berapa cam






tukar2 hadiah.. dpt hadiah dr zulaikha iaitu Album Gambo

hadiah utk Tn Rumah @restoren