Insya Allah semua anak2 ku akan ku usahakan utk berada dlm Sekolah Menengah Agama (SMA).
Setakat ini, 2 org sudah pun berada di SMA. Alhamdullilah. Cuma tinggal 2 org lagi yg bersekolah rendah tp aku akan usahakan mereka di sekolah2 ini juga.
SMA adalah sekolah dgn 2 aliran pengajian iaitu aliran sekular @ belajar ilmu duniawi & satu lagi aliran thanawi @ belajar ilmu agama.
Bermula dgn anak yg sulung @ Afiq, bila aja abis upsr dgn keputusan upsr yg tak berapa cemerlang, kami dah mengalah utk mskkannya ke sekolah aliran agama SBP.
Makanya aku mula mencari2 kemana abg boleh bersekolah dgn keinginan utk dia belajar 2 aliran ini.
Hubby mulanya nak menghtr afiq b'sekolah di johor kerana byk sekolah aliran spt ini, tp hati ibu ini tak mahu lg berjauhan dgn ank sulung.. aduh pd masa tu memikirkan bole ke anak ku ini survive sendiri di tmpt org & dgn mengharap pak tam nya menjenguk dia sekali sekali di asrama.. rasanya tak sanggup lagi aku berjauhan.
Masa tu dah pun isi borang utk memasuk "Madrasah Arabiah Kluang" dari Mak Tam yg menjadi guru di sekolah trsbt iaitu sekolah agama swasta & byran cuma dlm RM150/mth shj. (Alhamdullilah, 2013 sekolah ini telah m'jd SBK)
Hujung tahun tersebut aku menggoole sekolah2 aliran agama disekitar lembah klang, alhamdulillah aku jumpa SMIP (Sekolah Menangah Islam Puchong) yg terletak di Kg Seri Aman, Puchong. Syukur sgt2 sbb impian ku tercapai. Kami survey sekolah tersebut yg tak berapa jauh dari tmpt tnggal kami di Bukit Serdang. Kebetulan pd masa itu sedang diadakan pengambilan pelajar baru ke tingkatan 1 iaitu diadakan exam & temuduga. Afiq berjaya memasuki sekolah tersebut akhirnya utk tingkatan 1 @ 2010.
Walaupun agak mahal sikit & tanpa ada bantuan buku teks maksudnya belanja persekolahan nye tinggi, abg telah berada selama 2 thn disini & akhirnya kami pindahkan dia ke SMA AlQuran Waddin, Kg Melayu Majidee, Johor Bahru utk tingkatan 3 atas sebab :
1. sekolah ini telah dinaiktaraf ke sekolah bantuan kerajaan (SBK) & aliran agama masih dikekalkan. Maka peluang abg utk membuat STAM amat besar di Johor & seterusnya mencari peluang2 meneruskan pengajian tinggi lain lebih cerah. Sekolah ini sekolah asrama harian maka lebih sistematik & displin yg tinggi pd mereka yg tinggal di asrama.
2.silibus di SMIP ok je, tapi pelajaran afiq tak memberangsangkan tp tak ler teruk cuma ok ok je, mungkin suasana sekolah tersebut atau perkara lain, waallahuaalam. Bila kami tanya dia, dia kata seronok je belajar di sekolah itu. Ustaz2 & guru2 pun baik2 & amat membantu. Sekolah ini serasi juga dgn abg walaupun tak seindah sekolah lain. Aku doakan agar smip akan terus diupgrade menjadi sekolah pilihan terbaik utk anak2 bersekolah 2 aliran terutamanya utk yg berdekatan dgnnya di masa hadapan.Terus terang aku menyukai smip kerana bg peluang utk ank ku ini mencari ilmu nya.. tp mungkin perlu dipertingkatkan coz aku kesian dgn ustaz2 nya & guru2 yg benar2 ikhlas menyampaikan ilmu. Jika mereka diberi ganjaran yg baik aku rasa amat la berbaloi namun aku tau mereka tidak kisah semata2 nak menabur ilmu kpd anak murid. (dr info abg ler.. ustaz ckp, gaji dia ciput jer tp ustaz betul2 nak bantu ank2 murid menjadi "manusia")
Kenapa aku & hubby nak sgt anak2 di SMA ?
1- kerana kehendak suami ku juga, katanya bila anak2 ada ilmu agama secukupnya, ilmu agama akan dibawa ke mati, tapi ilmu dunia tak akan kemana maksudnya abis mcm tu je la.. belum tentu bidang itu akan diguna apabila mereka bekerja nanti, tp dgn ilmu agama ini amat BERKAT katanya. Ilmu itu akan membawa mereka ke mana2 ie utk cari rezeki apatah lah m'dpt keredhaan Allah, jadi tak perlu la fikir apa anak2 nak jadi apa bila abis alam persekolahan kerana percaya rezeki itu dr Allah jua & dgn ilmu agama itu akan menyelamatkan mereka walau dlm keadaan apa sekali pun.
Aku melihat ini dari segi KEYAKINAN pd Allah, iaitu janji Allah jika kita bantu menegakkan agama maka Allah akan bantu kita. Malah rezeki itu ketentuan Allah, org yg belajar ilmu duniawi akan sentiasa memikir utk masa depan duniawi mereka iaitu nak jd jurutera ke, doktor ke.. pdhal semua ni sudah ketentuan Allah cuma perlu berusaha jua. Matlamat hidup sebenar tak tercapai langsung.. letakkan matlamat akhir kita untuk keredhaan Allah swt semata2.
2- kerana aku sendiri, sbg ibu.. ya Allah, aku ingin sgt ank2 ku menjadi anak2 yg soleh & solehah. Anak2 yg boleh mendoakan aku atau membuat kebajikan kpd ku semasa aku hidup apatah lagi di alam kubur. Asas ilmu agama MESTI menjadi TERAS dlm hidup mereka.
aku bersekolah di johor dimana kami bersekolah di 2 sekolah, kebangsaan dan agama. Sekolah agama ketika itu mempunyai silibus yg amat tinggi.. aku rasa rugi sgt2 tak hayati ilmu2 tersebut sbb bila dah 40++ skrg ni rasa ilmu tu amat berguna sgt. Masa itu belajarpun malas2.. setakat nak abiskan sampai Darjah 6 & tak sempat & tau mau pun amik Kelas Khas. Alhamdullilah, asasnya telah ada dlm jiwa ku, jd kesinambungan nya aku ingin anak2 ku belajar & mendalami ilmu2 tersebut.
Satu lagi aku ingin ank2 ku jd Ustaz & Ustazah, tak kira la siapa pun dlm 4 org ank ku.. kalau ada rezeki utk mereka.. tgk peluang mmg ada je..
http://apps.moe.gov.my/kplspm/kplspmjun2012/iklan-permohonan-sma.cfm
= | ||||||||||||||
Kementerian Pelajaran Malaysia mempelawa calon SMA atau
SMU yang berkelayakan, berpotensi, berminat dan beriltizam untuk mengikuti Program seperti berikut |
||||||||||||||
1 | KETERANGAN PROGRAM | |||||||||||||
|
Waalllahhualam.. Hamba hanya insan kerdil shj. Ampuni hamba ya Allah & hamba bertaubat kpd Mu.
Sekadar hiasan... kakak @ sma maiwp
Tiada ulasan:
Catat Ulasan