Salam
Tahniah kpd kerajaan Brunei Darul Salam kerana telah mengumumkan untuk melaksanakan hukum Islam Hudud dlm negara mereka baru2 ini. Jika pemimpin beriman kpd Allah swt, pasti hati nya untuk mencari keredhaan Allah.
Apa lg yg nak dicari di dunia ini, "ISLAM perlu DITEGAKKAN" jika anda mengaku sbg Hamba Allah.
Ingin ku tegaskan, Islam adalah agama yg lengkap malah kita tidak
boleh memandang remeh sehingga memikirkan kita belum bersedia atau tidak
sesuai dgn zaman utk melaksanakannya. Yg penting, kena usahakan dulu
utk melaksanakan & serah pd Allah swt selebihnya.. Waallahualam..
Mengimbau kembali persekolahan ku disekolah agama rendah Johor, kami telah mempelajari Hukum Jenayat dari buku Matla al Badrain dari Darjah 4 hingga 6. (Alhamdullilah kitab ini masih ada dlm simpanan, tp utk merujuk kembali mmg dah tak memahami pun.. sbb bahasa yg terlalu tinggi). Kandungan Bab Jenayat ini salah satunya ialah hukum hudud.
Aku bersekolah agama ini sehingga Darjah 6 shj, tak sempat utk masuk Darjah Khas sbb dah terlewat bgku.
Aku mula memasuki sekolah agama semasa berada di Darjah 4 di Sekolah Kebangsaan, kemudian berterusan sehingga la di Tingkatan 3 aku berhenti untuk meneruskan ke Darjah 6 kerana ingin menumpukan SRP yg akan diambil pd tahun itu. Setelah selesai SRP, tahun berikutnya aku berada di Tingkatan 4, aku menyambung semula sekolah agama ke Darjah 6.
Memang la byk dugaan ketika bersekolah agama, dgn pelajaran yg berat di Sekolah Kebangsaan, ramai yg sudah berhenti sejak naik ke Sekolah Menengah. Alhamdullilah juga, aku b'semangat meneruskan ke Darjah 6 walaupun kawan2 semua dah tamat lama.
Kenangan paling indah di Darjah 6 ialah aku menghadapi peperiksaan akhir utk bbp subjek dgn meniru (buku di bawah meja) tp bukan aku sorg tau, ramai lg rakan berbuat demikian. Sebabnya, ntah la.. darah muda remaja.. ingat mcm main2 jer.. ini sekolah agama la & yg plg best Ustaz/ustazah bertugas mmg nampak aku berbuat demikian tp mereka diam kan je. Aku rasa mereka faham keadaan kami ni, kerana pelajaran kami berat ditambah dgn Sekolah Menengah di sebelah pagi.
Namun aku berterima kasih pd Ustaz/Ustazah, jasamu tetap kukenang...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan