Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 31 Oktober 2013

Tazkirah Ofis - Ust Don Daniyal - Ajaran Sesat @ Syiah

Salam

Isi ceramah : Ust mengingatkan dakyah @ strategi ajaran syiah dlm mengajak org ramai join dgn group ini.
dari segi cara percakapan mereka & menghubung kaitkan sahabat2 Nabi saw dlm percakapan mereka. Cara mereka amat halus, yg jika tiada ilmu maka kita bole terjebak. Ust juga memaklumkan ada juga tahap syiah yg menolak semua mazhab syiah2 yg ada, malah mengaku seolah2 mereka la tuhan. Nauzubillah.

Ust Don dari lensa kamera samsung ku hehehe




Amboi sempat bergambar dgn muslimat.. aku lak tak sempat join masa ni..

Doa Ditimpa Musibah..

Salam


Selasa, 29 Oktober 2013

Doa...Memohon Kebaikan Dunia & Akhirat

Salam



Bihun Sup Resepi Mak

Salam

resepi bihun sup ni dari mak, tak pedas, jika nak rasa pedas bole mkn dgn kicap+dihiris cili api. amat simple & mengenyangkan..

Resepinya mudah je..
Bahan2 : 300gm Bihun direndam dulu supaya cepat lembut nnt, kalo tak nak pun x pe, 1/2kg ayam di potong kecik2, 1in halia, 100gm udang basah, 2 sudu rempah sup, 1 labu bwg beso, 3 bj bwg putih, sayur sawi dipotong, telur (jika nak), air & minyak menumis
Cara2 : bwg2 di hiris & ditumis dgn minyak, masukkan halia & ayam, biar kejap. masukkan air & rempah sup.
bila ayam dah empuk, masukkan btg sawi, masuk pula bihun & udang, biar kejap. masukkan sawi. jika nak masuk telur, pecahkan telur. biar sekejap & hidang.

boleh tmbh perisa semasa makan dgn lada sulah or black pepper.



Isnin, 28 Oktober 2013

ke mesir utk pengajian islam

Salam

Mlm tadi, kami meraikan ank2 buah ke mesir di klia.. akhirnya mereka berlepas pd pukul 3,30pg dgn Kuwait Airlines ke Egypt. Kali ini giliran Syakir & Syakira pula.. Semoga mrk pulang selepas pengajian ini dgn ilmu yg bermanfaat & dpt menyampaikan kpd org lain pula.

Kami menunggu rombongan.. lmbt depa ni sampai..








Mee Siput @ Makanan Org Muar

Salam
Tanya org muo, sape tak kenal Mee Siput or tak penah makan mee siput.. aduh ruginya..

ini nostalgia zaman sekolah2 di muo.. di kantin mesti ada jual mee siput, dgn kuah sambal atau kuah kacang.. peh terliur pulak.. kalau waktu rehat, makanan utama dicari.. mestilah mee siput..

Mee Siput dibuat dari mee kuning je, & dikeringkan. Cara memasaknya, digoreng dgn minyak penuh yg panas.. hati2!!  mee siput akan meletup2 nanti didlm kuali & perlu diangkat secepat mungkin utk elakkan hangusss..



Jumaat, 25 Oktober 2013

Bajet 2013 sekarang @ tv

Salam

Apa yg diharapkan?

Pemimpin memahami masalah rakyat & mengatasi supaya taraf hidup rakyat dpt dibela.

Lagi ? Ntah la, mmg tak bg harapan yg tinggi pd pemimpin yg ada skrg.. speechless.

Kekuatan Sedekah

Salam

Dari arkib email ku (nak clearkan sedikit demi sedikit sbb quota limited)..

Kekuatan Sedekah  

Diceritakan dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Turmudzi dan Ahmad, seperti berikut :              
Tatkala Allah Ta ' ala menciptakan bumi, maka bumipun bergetar. Lalu Allah menciptakan gunung dengan kekuatan yang telah diberikan kepadanya, ternyata bumipun terdiam.  
Para malaikat kehairanan akan penciptaan gunung tersebut. Kemudian mereka bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada gunung ?"  
   
Allah menjawab, " Ada , iaitu besi" (kita mafhum bahawa gunung batupun boleh menjadi rata ketika dikorek/bore dan diratakan oleh buldozer atau sejenisnya yang dibuat dari besi),  
   
Para malaikat bertanya lagi "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada besi ?"  
Allah yang Maha Suci menjawab, " Ada , iaitu api" (besi walau sekeras manapun boleh menjadi cair dan hancur setelah dibakar api),  
   
Para malaikat kembali bertanya "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada api ?"  
Allah yang Maha Agung menjawab, " Ada , iaitu air" (api membara sedahsyat apapun niscaya akan padam jika disiram air),  
   
Para malaikatpun bertanya kembali "Ya Rabbi, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih kuat daripada air ?"  
Allah yang Maha Tinggi dan Maha Sempurna menjawab, " Ada , iaitu angin"   (air disamudera yang luas akan serta merta terangkat, bergulung-gulung dan menjelma menjadi gelombang raksasa yang dahsyat, tiada lain kerana kekuatan angin. Angin ternyata memiliki kekuatan yang teramat dahsyat),  
   
Akhirnya para malaikatpun bertanya lagi "Ya Allah, adakah sesuatu dalam penciptaan-Mu yang lebih dahsyat dari itu semua ?"  
Allah yang Maha Gagah dan Maha Dahsyat kehebatannya menjawab, " Ada , iaitu amal anak Adam yang mengeluarkan sedekah dengan tangan kanannya sementara tangan kirinya tidak mengetahuinya ".  
   
Ertinya, yang paling hebat, paling kuat dan paling dahsyat sebenarnya adalah orang yang bersedekah tetapi tetap mampu menguasai dirinya, sehingga sedekah yang dilakukannya bersih , tulus  dan ikhlas   tanpa ada unsur menunjuk-nunjuk ataupun supaya diketahui orang lain .  
   
Berkaitan dengan ikhlas ini, RasulAllah SAW mengingatkan dalam pidatonya ketika beliau sampai di Madinah pada waktu hijrah dari Makkah : "Wahai segenap manusia ! Sesungguhnya amal itu tergantung kepada niat , dan seseorang akan mendapatkan (pahala) sesuai dengan apa yang diniatkannya" .  
   
Oleh kerana itu hendaknya kita selalu mengiringi sedekah kita dengan niat yang ikhlas hanya kerana Allah semata , tanpa berasa ingin dipuji, dianggap dermawan, dihormati, dll yang dapat menjadikan sedekah kita menjadi sia-sia.  
   

Ganjaran bersedekah

RasulAllah Shollallahu Alaihi Wa Sallam menganjurkan kepada kita umatnya untuk memperbanyak sedekah, hal itu dimaksudkan agar rezeki yang Allah berikan kepada kita menjadi bertambah berkah.  
Allah memberikan jaminan kemudahan bagi orang yang berdekah, ganjaran yang berlipatganda (700 kali) dan sebagai ganti, sebagaimana firman-Nya dan sabda RasuluAllah SAW, sbb :   
   Allah Ta ' ala berfirman, "Adapun orang yang memberikan (hartanya di jalan Allah) dan bertaqwa dan membenarkan adanya pahala yang terbaik (syurga) maka Kami kelak akan menyiapkan baginya jalan yang mudah " ..  {Qs. Al Lail (92) : 5-8}   
     Allah Ta ' ala berfirman, "Perumpamaan ( nafkah yang dikeluarkan oleh ) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh bulir, pada tiap-tiap bulir seratus biji. Allah melipatgandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki . Dan Allah maha luas (kurnia-Nya) lagi maha mengetahui" .  {Qs. Al Baqarah (2) : 261}   
     RasulAllah SAW bersabda, " Setiap awal pagi, semasa terbit matahari, ada dua malaikat menyeru kepada manusia dibumi. Yang satu menyeru, "Ya Tuhan, karuniakanlah ganti kepada orang yang membelanjakan hartanya kepada Allah ". Yang satu lagi menyeru " musnahkanlah orang yang menahan hartanya " .
   

Tolak Bala dengan Sedekah

   
Orang-orang yang beriman sangat sedar dengan kekuatan sedekah untuk menolak bala, kesulitan dan berbagai macam penyakit, sebagaimana sabda RasulAllah SAW , sbb :   
     " Bersegeralah bersedekah, sebab yang namanya bala tidak pernah mendahului sedekah"
     " Belilah semua kesulitanmu dengan sedekah " . 
    " Ubatilah penyakitmu dengan sedekah " .

Banyak dari kita yang sudah mengetahui dan memahami perihal anjuran bersedekah ini, namun persoalannya seringkali kita teramat susah untuk melakukannya kerana kekhuatiran bahawa kita salah memberi, sebagai contoh kadang kala kita enggan memberi sedekah kepada pengemis yang kita temui ditepi jalan dengan anggapan bahawa mereka (pengemis/peminta tsb) menjadikan meminta-minta sebagai pekerjaannya, malas, dll. 

Padahal sesungguhnya prasangka kita yang demikian adalah bisikan-bisikan syaitan laknatullah yang tidak rela melihat kita berbuat baik (bersedekah) , sebaiknya mulai saat ini hendaknya kita hilangkan prasangka-prasangka yang demikian kerana seharusnya sedekah itu kita niatkan sebagai bukti keimanan kita atas perintah Allah dan rasul-Nya yang menganjurkan umatnya untuk selalu bersedekah.  

Masalah mungkin timbul apabila ternyata kemudiannya bahawa sedekah yang kita beri kepada pengemis/peminta tadi tidak tepat sasaran, bukan lagi urusan kita , kerana sedekah hakikatnya adalah ladang amal bagi hamba-hamba Allah yang bertakwa. Pengemis/peminta/ fakir miskin lainnya adalah ladang amal bagi orang yang berkemampuan, dapat kita bayangkan andaikata tidak ada lagi orang-orang tersebut, kepada siapa lagi kita dapat beramal (bersedekah) ???
   
Walaubagaimanapun dalam dunia yang semakin gawat dan gayat ini pemberian sedekah  
Atau kalau kita termasuk orang yang tidak suka memberi sedekah (kepada pengemis/peminta/ fakir miskin) dengan berbagai alasan dan pertimbangan maka biasakanlah bersedekah dengan menyiapkan sejumlah wang sebelum sholat Jum ' at dan memasukkan ke kotak-kotak sumbangan yang tersedia dan biasakan dengan memberi sejumlah minima setiap Jum ' at , misalnya Jum ' at ini kita menyumbang RM5 kekotak amal tersebut maka sebaiknya Jum ' at berikutnya harus dengan jumlah yang sama, syukur jika boleh diberi lebih dan yang terpentingnya harus diiringi dengan keikhlasan.  

Sedekah anda, walaupun kecil tetapi amat berharga disisi Allah Azza Wa Jalla. Orang yang bakhil dan kikir dengan tidak menyedekahkan sebahagian hartanya akan rugi didunia dan akhirat kerana tidak mendapat keberkatan. Jadi, sebenarnya orang yang bersedekah adalah untuk kepentingan dirinya. Sebab menginfakkan (belanjakan) harta akan memperoleh berkah dan sebaliknya menahannya adalah celaka . Tidak menghairankan jika orang yang bersedekah diibaratkan orang yang melabur (invest) dan menabung disisi Allah dengan jalan meminjamkan pemberiannya kepada Allah. Balasan yang akan diperolehnya berlipatganda. Mereka tidak akan rugi meskipun pada awalnya mereka kehilangan sesuatu.  
   

Sedekah yg pahalanya terus mengalir

Dari Abu Hurairah RA, bahwa sesungguhnya Rasulullah SAW, telah bersabda : "Bila seorang hamba telah  meninggal, segala amalnya terputus , kecuali tiga hal  : amal jariyah , ilmu yang bermanfaat  atau anak shalih yang mendo ' akannya "  (HR. Bukhari, dalam Adabul Mufrad).  
   

Khamis, 24 Oktober 2013

Laman Secoet..

Salam

nak tempek bbp kpg gambo dilaman secoet kami..

Pokok Kesom selepas dipindah dari plastik hitam

Mula2 ni mmg rajin le menyiramnya

Pokok Herba ni.. ubat kolestrol tp nama pokok tak tau..

Yg dlm pasu tu Pokok Belimbing Tanah baru nak hidup

Ilmu Hukum Hakam Jenayat @ Sekolah Agama Johor 70-80an

Salam

Tahniah kpd kerajaan Brunei Darul Salam kerana telah mengumumkan untuk melaksanakan hukum Islam Hudud dlm negara mereka baru2 ini. Jika pemimpin beriman kpd Allah swt, pasti hati nya untuk mencari keredhaan Allah.
Apa lg yg nak dicari di dunia ini, "ISLAM perlu DITEGAKKAN" jika anda mengaku sbg Hamba Allah.

Ingin ku tegaskan, Islam adalah agama yg lengkap malah kita tidak boleh memandang remeh sehingga memikirkan kita belum bersedia atau tidak sesuai dgn zaman utk melaksanakannya. Yg penting, kena usahakan dulu utk melaksanakan & serah pd Allah swt selebihnya.. Waallahualam..

Mengimbau kembali persekolahan ku disekolah agama rendah Johor, kami telah mempelajari Hukum Jenayat dari buku Matla al  Badrain dari Darjah 4 hingga 6. (Alhamdullilah kitab ini masih ada dlm simpanan, tp utk merujuk kembali mmg dah tak memahami pun.. sbb bahasa yg terlalu tinggi). Kandungan Bab Jenayat ini salah satunya ialah hukum hudud.

Aku bersekolah agama ini sehingga Darjah 6 shj, tak sempat utk masuk Darjah Khas sbb dah terlewat bgku.
Aku mula memasuki sekolah agama semasa berada di Darjah 4 di Sekolah Kebangsaan, kemudian berterusan sehingga la di Tingkatan 3 aku berhenti untuk meneruskan ke Darjah 6 kerana ingin menumpukan SRP yg akan diambil pd tahun itu. Setelah selesai SRP, tahun berikutnya aku berada di Tingkatan 4, aku menyambung semula sekolah agama ke Darjah 6.

Memang la byk dugaan ketika bersekolah agama, dgn pelajaran yg berat di Sekolah Kebangsaan, ramai yg sudah berhenti sejak naik ke Sekolah Menengah. Alhamdullilah juga, aku b'semangat meneruskan ke Darjah 6 walaupun kawan2 semua dah tamat lama.

Kenangan paling indah di Darjah 6 ialah aku menghadapi peperiksaan akhir utk bbp subjek dgn meniru (buku di bawah meja) tp bukan aku sorg tau, ramai lg rakan berbuat demikian. Sebabnya, ntah la.. darah muda remaja.. ingat mcm main2 jer.. ini sekolah agama la & yg plg best Ustaz/ustazah bertugas mmg nampak aku berbuat demikian tp mereka diam kan je. Aku rasa mereka faham keadaan kami ni, kerana pelajaran kami berat ditambah dgn Sekolah Menengah di sebelah pagi.
Namun aku berterima kasih pd Ustaz/Ustazah, jasamu tetap kukenang...




Rabu, 23 Oktober 2013

Tazkirah @ Ofis - Tafsir Al-Quran Al-Kahfi 6-8 : KEHIDUPAN DUNIA HANYA HIASAN

Salam

Ustaz dah beri Nota, Tazkirahnya sebentar lagi.. Moga ilmu ini dpt kuhayati @ istiqamah memahami ayat2 Allah..

Tarikh              : 24/10/2013 (Khamis)

Masa               : 1:00 pm

Tempat            : Bilik Latihan, Tingkat 1

Penceramah   : Ustaz Dr Abdullah Yaasin

Tajuk               :  Tafsir Al-Quran

Ulasan dari Ustaz (dpt 1/2 jam terakhir je) : Ayat ke-7, amalan yg terbaik yg dimaksudkan adalah 1. amalan yg sedikit tp istiqamah 2.amalan sunnah (dari Rasulullah saw)

PELAJARAN (137) – AL-QURAN : KEHIDUPAN DUNIA HANYA HIASAN

( Al-Kahfi / 18 : 6 – 8 )

TERJEMAHAN :

Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).  Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya.  Dan Sesungguhnya kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus. ( Al-Kahfi / 18 / 6 – 8 )


TAFSIR AYAT :

Di antara penyebab utama mengapa umat Islam sangat cinta kepada Rasulullah s.a.w. kerana baginda s.a.w. sangat mengambil berat tentang keselamatan umatnya. Hakikat ini digambarkan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran seolah-olah baginda s.a.w. akan membunuh dirinya disebabkan kerana umatnya enggan beriman kepada Al-Quran.


Maka (apakah) barangkali kamu akan membunuh dirimu kerana bersedih hati setelah mereka berpaling, sekiranya mereka tidak beriman kepada keterangan ini (Al-Quran).  ( 6 )

Imam Ibn Kathir berkata di dalam tafsirnya Tafsir Ibn Kathir ; III / 94 :

Di dalam ayat ini Allah S.W.T. menghibur Nabi s.a.w. yang terlalu sedih ketika menghadapi sikap orang-orang musyrikin yang enggan beriman dengan ajaran yang dibawa oleh baginda s.a.w.

Maksud ayat tersebut : Janganlah kamu terlalu memperturutkan kesedihanmu, tetapi sampaikan sahajalah “ Risalah Allah “ (ajaran Allah) , barangsiapa yang mau menerimanya maka dia akan mendapat hidayah, dan barangsiapa yang enggan maka kesesatan baginya. Janganlah kamu terlalu bersedih sehingga akan membunuh dirimu kerana mereka menolak ajaran yang engkau bawa serta enggan beriman kepada Al-Quran yang diturunkan Allah kepadamu !

Selanjutnya Allah S.W.T. menjelaskan bahawa Dia menjadikan dunia sebagai negeri sementara yang dihiasi dengan hiasan yang akan musnah , sebagai negeri yang penuh ujian dan dugaan , bukan negeri yang kekal abadi.


Sesungguhnya Kami telah menjadikan apa yang di bumi sebagai perhiasan baginya, agar Kami menguji mereka siapakah di antara mereka yang terbaik perbuatannya. ( 7 )  

Allah S.W.T. telah menjadikan dunia ini dan ditundukkan-Nya untuk umat manusia. Dunia dihiasi dengan pelbagai hiasan sehingga kelihatan indah dan sesuai untuk dihuni.

Imam al-Fudhail berkata dalam kitab : Ghidza’ al-Roh oleh Abdul Aziz al-Musnid ; Hlmn. 344 : Sungguh lama aku merenung maksud ayat ini. Semakin aku dalami dan selami maksudnya maka akan semakin bertambah kefahamanku apa yang terkandung di dalamnya.

Sungguh tepat komen al-Fudhail di atas yang telah sekian lama memerah fikirannya untuk mencari maksud ayat di atas kerana sungguh banyak manusia yang hidup di dunia ini bagaikan binatang ternak yang kerjanya tidak lain kecuali makan, minum, enjoy menikmati keindahan dunia tetapi tidak sedikitpun memikirkan apa yang akan mereka hadapi sesudahnya.

Padahal Allah S.W.T. menginginkan sesuatu yang lain. Dunia ini dihiasi-Nya mempunyai tujuan tertentu yakni menguji manusia siapakah di antara mereka yang paling baik amalannya. Manusia yang berakal mengetahui bahawa dia tidak dicipta oleh Allah tanpa tujuan atau sia-sia belaka.



Maka apakah kamu mengira, bahwa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sahaja), dan bahwa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami ? ( Al-Mukminun / 23 : 115 )

Sebenarnya Allah telah menyediakan untuk mereka dunia ini untuk urusan yang amat besar agar mereka bekerja untuk kebaikan kehidupan mereka di dunia dan kebaikan kehidupan di akhirat. Mereka seharusnya memanfaatkan masa sebaik-baiknya untuk menjalin hubungan baik dengan Allah dan hubungan baik dengan sesama makhluk ketika di dunia yang sementara ini agar boleh memetik hasilnya kelak di akhirat.

Kehidupan dunia dinyatakan oleh Allah S.W.T. di dalam Al-Quran dengan pelbagai bentuk. Hikmahnya agar manusia menyadari bahawa itu semua hanya hiasan yang tidak kekal agar mereka tidak mudah terpedaya. Di antara kehidupan dunia yang Allah paparkan ialah : permainan, senda gurauan, perhiasan, bermegah-megah, berbangga-bangga tentang harta dan anak yang banyak. Allah berfirman :
 


Ketahuilah, bahwa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak, ……. dan kehidupan dunia ini tidak lain hanyalah kesenangan yang menipu. ( Al-Hadid / 57 / 20 )


Allah S.W.T. juga berfirman :
 

Harta dan anak-anak adalah perhiasan kehidupan dunia tetapi amalan-amalan yang kekal lagi saleh adalah lebih baik pahalanya di sisi Tuhanmu serta lebih baik untuk menjadi harapan. Al-Kahfi / 18 ; 46 )

Semoga dengan merenung dan menghayati ayat-ayat Al-Quran di atas dan sebenarnya banyak lagi ayat-ayat lain yang mengisahkan perihal kehidupan dunia ini maka akan insaflah kita bahawa keturunan, gelaran, pangkat, harta kekayaan dan lain-lain yang ada di dunia ini hanyalah sementara dan akan musnah. Sedangkan amalan yang kekal lagi soleh itulah yang lebih baik pahalanya dan lebih baik untuk dijadikan tumpuan harapan.

Syeikh Abdul Rahman al-Sa’diy berkata dalam tafsirnya : Tafsir Kalam al-Mannan ; Juz V / 44 : Maksud yang kekal lagi soleh adalah semua jenis ketaatan kepada Allah yang wajib dan sunat, yang berkaitan dengan hak Allah dan hak manusia serta segala bentuk ihsan kepada sesama makhluk.

Oleh itu, selagi hayat dikandung badan pergunakan masa sebaik-baiknya dan usahakan agar jangan sekali-kali menangguh-nangguhkan amal soleh. Islam sangat mengutamakan pengurusan masa. Rasulullah s.a.w. bersabda :

إِذَا أَمْسَيْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الصَّبَاحَ وَإِذَا أَصْبَحْتَ فَلاَ تَنْتَظِرِ الْمَسَاءَ ( رَوَاهُ التَّرْمِذِى )

Jika kamu sedang berpetang-petang maka janganlah kamu tunggu pagi dan jika kamu sedang berpagi-pagi maka janganlah kamu tunggu petang. ( HR Tarmidzi ; Bab Riqaq ; Hadsi No. 3 )

Adalah menjadi amalan Umar Ibn al-Khattab r.a. , jika beliau mengangkat ketua atau pemimpin , beliau akan berwasiat dengan wasiat ini :

إِنَّ الْقُوَّةَ عَلَى اْلأَعْمَالِ أَلاَّ تُؤَخِّرُوا عَمَلَ الْيَوْمِ لِغَدٍ ، فَإِنَّكُمْ إِذَا فَعَلْتُمْ ذَلِكَ تَذَاءَبَتْ عَلَيْكُمُ اْلأَعْمَـالُ ، فَلاَ تَدْرُونَ بِأَيِّهَا تَبْدَءُونَ وَأَيُّهَا تَـأْخُذُونَ .

Sesungguhnya kekuatan dalam bekerja ialah kamu tidak menangguhkan kerja hari ini pada esok hari, sebab jika kamu berbuat demikian maka akan menumpuklah kerja-kerja kamu sehingga kelak kamu tidak tahu kerja mana yang kamu harus dahulukan dan kerja mana yang kamu harus ambil.

Imam Ibn Jarir al-Tabariy ( wafat : 310H ) dalam tafsirnya : Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil aay al-Quran ; Juz : XV / 196 berkata :

Daripada Imam Qatadah katanya : Rasulullah s.a.w. telah bersabda :

إِنَّ الدُّنْيَا حُلْوَةٌ خَضِرَةٌ ، وَإِنَّ اللهَ مُسْتَخْلِفُكُمْ فِيْهَا ، فَنَـظَرَ كَيْفَ تَعْمَلُونَ ، فَاتَّقُوا الدُّنْيَـا وَاتَّقُوا النِّسَاءَ ، فَإِنَّ أَوَّلَ فِتْنَةِ بَنِي إِسْرَائِيلَ كَانَتْ فِى النِّسَاءِ . ( رَوَاهُ مُسْلِمٌ )

Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau, dan sesungguhnya Allah menugaskan kamu padanya sebagai khalifahnya, lalu Dia memperhatikan bagaimana kamu berbuat, oleh sebab itu bertakwalah kamu terhadap dunia dan bertakwalah kamu terhadap wanita, kerana fitnah pertama yang menimpa Bani Israil adalah wanita.        ( HR Muslim ; Bab : Zikir ; Hadis No. 99 )

Imam al-Nawawiy berkata di dalam kitabnya : Syarh Sahih Muslim ; Tahqiq Muhammad Fuad Abdul Baqiy ; Juz IV / 2098 :

Ada dua kemungkinan makna : Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau :

  1. Dunia disebut manis dan hijau kerana keindahannya dan kelezatannya, seperti menariknya buah-buahan yang hijau, segar dan manis.
  2. Dunia disebut demikian juga membawa makna bahawa dunia ini cepat musnah sebagaimana keadaan sesuatu yang hijau.

Adapun makna : Allah menjadikan kamu sebagai khalifah-Nya di atas muka bumi sebagai penerus atau pengganti umat terdahulu untuk memperhatikan perbuatanmu , apakah kamu mentaati-Nya atau melakukan maksiat dan memperturut hawa nafsu. Sedangkan : Bertakwalah terhadap dunia dan wanita, maknanya : Waspadalah kamu terhadap godaan dunia dan wanita.

Pada ayat berikutnya Allah S.W.T. menerangkan bahawa dunia dihias indah dan menarik ini akan berakhir dengan kemusnahan.



Dan sesungguhnya Kami benar-benar akan menjadikan (pula) apa yang di atasnya menjadi tanah rata lagi tandus. (Al-Kahfi 18: 8 )

Imam Ibn al-Jauziy berkata dalam tafsirnya : Zad al-Masir Fii ‘Ilm al-Tafsir ; Juz V / 107 : Para Mufassirin berkata : Maksudnya pada hari kiamat nanti Allah akan menjadikan bumi ini rata , tiada tumbuh-tumbuhan padanya dan tiada pula air.