Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Rabu, 6 November 2013

Cerita Adik

Salam

Entri ni utk Adham Hafiz..

Balik dari sekolah jumaat lepas beriya adik bercerita Pak Nil (Aznil Nawawi) telah dtg ke sekolahnya SKBJ utk meraikan hari Kanak-Kanak.. mama tanya, ada amik gambar ke ? Adik ckp, tak ada la.. semua berebut nak salam Ma, adik dok depan yg dpt dulu..

Gambar2 yg tahun lps punyer..



ada gak masuk beritanya dlm SS Metro Online nih..

Soseh Soseh: Pak Nil buat kejutan

SS tabik hormat dengan pengacara popular, Datuk Aznil Nawawi yang sanggup meluangkan masa bersama pelajar Sekolah Kebangsaan Bukit Jalil, Kuala Lumpur sempena sambutan Hari Kanak-Kanak di sekolah berkenaan baru-baru ini walaupun hanya menerima undangan ‘last mi-nute’ daripada guru sekolah berkenaan menerusi Twitter.
Rakan SS yang anaknya bersekolah di situ menceritakan guru lelaki terbabit pada mulanya ‘mencuba nasib’ dengan mengundang Aznil atau lebih popular dengan panggilan Pak Nil dalam kalangan kanak-kanak itu menerusi Twitter sehari sebelum majlis itu.

Aznil yang kebetulan dalam perjalanan ke Astro yang terletak berhampiran sekolah berkenaan akhirnya membuat keputusan untuk menghadiri majlis itu sekali gus memberi kejutan kepada pelajar serta kakitangan sekolah itu.
Apalagi, sebaik diumumkan ketibaan Aznil, pelajar yang terdiri daripada murid tahun satu hingga enam itu menjerit kegembiraan sekali gus tidak melepaskan peluang untuk bertemu dan bersalaman dengan idola kanak-kanak itu.


Dalam majlis yang tidak dirancang itu, Aznil sempat memberikan kata-kata perangsang dan motivasi kepada pelajar terbabit.


Bagi SS, usaha yang dilakukan Aznil wajar dipuji. ‘Kejutan’ yang diberikan Aznil itu nampaknya amat meng-gembirakan semua pelajar. Malah, guru terbabit sendiri tidak menyangka tindakannya ‘mencuba nasib’ mengajak Aznil singgah di sekolah itu ditunaikan selebriti itu.

SS difahamkan, Aznil tidak menjawab Twitter daripada guru itu, sebalik-nya dia terus pergi ke sekolah itu untuk memberi kejutan.

Aznil sememangnya popular dalam kalangan kanak-kanak. Malah, ramai yang menjadikannya sebagai idola. SS harap Aznil akan terus kekal dengan imej sedemikian dan teruslah memberi contoh terbait buat generasi muda.


SS: Kecewa juga bila ada segelintir artis yang kerap memberi pelbagai alasan semata-mata tidak mahu terbabit dengan program amal yang tidak mendapat sebarang bayaran.

Artikel ini disiarkan pada : 2013/11/07

Ni gambar hiasan jer..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan