Soto adalah sejenis makanan berkuah yg famous kat Johor. Sup nya mengandungi rempah2 traditional yg menaikkan rasa soto tersebut disamping bahan sampingan & begedil.
Rempah yang saya selalu gunakan adalah rempah keluaran ADAMI.. senang nak dapat di kg saya di Muar.. dah nama pun Perencah Soto Muar..

Cara-cara membuat boleh dilihat di paket tu sendiri, amat lah mudah..
rebus sahaja ayam & masukkan perencah tersebut, saya abaikan bahan2 lain..

ayam boleh disiat2 atau dipotong kecik2 jer semasa merebus sup
Satu lagi ialah sambal kicap.. bahan yg perlu bawang putih, cili api & kicap manis (jika guna kicap masin perlu letak sedikit gula), goreng semua bahan ala kadar shj. pastu blender dgn kicap
Begedil
kentang direbus (jgn sampai lembik, toskan air secepat mungkin selepas rebus kerana kentang yg lembik akan hancur bila digoreng nanti)
lada sulah/serbuk lada hitam (ikut kesukaan masing2), bwg goreng, daun bwg, daun sup & garam
gaul semua bahan hingga sebati

gentel spt dibawah & goreng dgn minyak sedikit...

tips supaya goreng tidak hancur : biarkan begedil 1 jam supaya kering sikit
Tiada ulasan:
Catat Ulasan