Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 4 September 2011

Hidangan Aidil Fitri 1432H

Kuah Lodeh

Bahan2 ; Kacang Panjang, Tempe digoreng, Tauhu digoreng, terung, suhun, perut tauhu,
karot, kentang, cili merah, bunga kobis, santan kelapa
bwg putih + bwg merah + udang kering + kunyit hidup (atau sedikit kunyit serbuk) di tumbuk,

semua bahan diagak2 untuk hidangan keluarga,

Cara2 ; masukkan santan + bahan ditumbuk dah masak, masukkan bahan2 yg lambat empuk dulu, bila hampir empuk baru masukkan bahan2 lain & garam


Kuah Kacang Bonda


Bahan2 ; kacang digoreng dgn minyak, dikisar kasar
bwg merah+bwg putih+cili boh + lengkuas + serai dikisar
air asam jawa, minyak
Cara2 ; tumis bahan2 kisar hingga naik bau, masukkan kacang & air asam jawa.
biar sekejap, masukkan garam & gula

Rendang Daging
resepi diambil dari myresipi, tuan punya resepi ialah melati.. terima kasih kepada beliau kerana menyumbang resepi tersebut, semoga sentiasa diberkati Allah;

Bahan-bahan ( 5-6 orang )

  • 1kg daging- potong kecik-kecik
  • 2 peket kecik rempah kurma
  • 1/4 cawan kerisik
  • 1 biji kelapa-ambik santannya
  • garam
  • gula melaka / gula
  • sedikit air asam jawa
  • ****BAHAN KISAR**
  • 2 labu bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 5 batang serai
  • 1-1/2cm halia
  • 1-1/2cm lengkuas
  • 15-20 biji cili kering
  • ***BAHAN MAYANG ***
  • 3 helai daun limau purut
  • 1 helai daun kunyit

Cara-cara

  1. Tumis bahan yang dikisar sehingga naik bau.
  2. Masukkan rempah kurma. Tumis lagi sehingga berbau.
  3. Masukkan daging, kacau rata. Biarkan 2-3 minit. Kemudian masukkan santan.
  4. Bila agak-agak daging dah lembut, masukkan air asam jawa, garam dan gula.
  5. Bila daging dah betul lembut, masukkan pula kerisik dan gaul rata.
  6. Akhir sekali masukkan daun yang dimayang, biarkan sehingga kuah agak pekat.
  7. PERHATIAN: Masak dengan api perlahan.



Rendang Ayam Bonda

Bahan; ayam digaul kunyit& garam, digoreng
bawang putih, bwg besar, kunyit hidup, cili boh, serai, lengkuas dikisar
santan secukupnya

Cara2; tumis bahan2 kisar hingga naik bau, masukkan ayam, biar hingga hampir kering,
masukkan santan, kacau hingga pekat.. masuk bahan perasa


Puding Lapis Koko
Bahan2 ; agar2, air, susu cair, gula pasir, susu pekat & serbuk koko

Cara2; masak agar2, bahagi 2
Lapis 1, masuk susu cair dan gula.. masukkan atas loyang, biar beku
Lapis 2, masuk serbuk koko dan susu pekat, tuang atas Lapis 1 yg dah beku, biar beku



Tiada ulasan:

Catat Ulasan