Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Isnin, 19 September 2011

Hikmah Sedekah

Alhamdullilah dpt menambah ilmu lagi..

Si Yati berceramah menceritakan pdku akan hikmah sedekah.. katanya :

1- andai jadi apa2 pd kita dgn company yg nampak mcm nazak, jom la kita bykkan bersedekah
2- yati cerita berkenaan buku bertajuk Sedekah yg dibeli nya & bagus utk bacaan & dia abis membaca cuma sehari shj, yati ingin meminjamkan ku buku tersebut.. tetapi aku ckp, bgtau tajuk & penulis.. aku akan cari buku itu, tp yati ckp.. dia akan pinjamkan kerana dia ingin pahala jika aku membacanya
3- kisah sorg lelaki yg dlm perjalanan utk membuat pembedahan di luar negara tetapi bila kapal terbangnya transit di satu tempat, dia b'jumpa dgn sorg perempuan tua yg daif sedang mencari makanan di dlm tong sampah.. lelaki t'sebut lantas memberikan duit & meminta perempuan tua tersebut utk membeli makanan, perempuan tua t'sebut gembira & m'doakan lelaki tersebut dgn sungguh2 agar tercapai apa jua cita2 beliau..
apabila lelaki t'sebut hendak menjalani pembedahan, Dr memberi tahu yg sakitnya sudah sembuh malah menanyakan ke mana dia pergi sblm berjumpanya.
(yati juga cerita pengalaman diri sendiri yg dialaminya)
4- sedekah itu dpt memanjangkan umur... menjadikan sakit kepada sihat


Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
Doa anak yang salih. " (Riwayat Muslim)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan