Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 20 September 2011

Kebun Kelapa Sawit.. Sudah Mengeluarkan Hasil


Alhamdullilah... setelah 3 thn, ia telah memberikan hasil, elok je sblm raya yg lepas kami dpt sedikit rezeki.. syukur pd Allah



Sekitar kawasan kebun.. cuti hari m'sia yg lepas, hubby membersihkan.. nmpk clear..
cuma belum smpi nmpk sg muar di belakang je






Ada juga ubi kayu yg ditanam, sbg tanaman sampingan.. coming soon ada byk lg terutama pokok2 buah2an.. insya Allah kalau hidup..






Anak pokok sawit, selamat ditumbangkan sbb salah kedudukan.. dulunya mak kata pokok kurma.. tp dah beso ni, sah.. jd pokok sawit pulak..

Pokok sirih hidup subur, seronok tengok..


Selepas mengoogle dpt khasiat daun sirih untuk rujukan;

Nama Tempatan:Sirih
Nama Saintifik:Piper betle L.

Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat melayu dan juga masysrakat india. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus.Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan diatas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.

Kegunaan:

Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar.Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

Sumber : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=108&cat=HERBA


Satu lagi dari sumber http://psipum.org/daun-sirih-cina-mencegah-darah-tinggi/
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darag tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut. Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh member kesan buruk terhadap penghidapnya.
Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.
Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan.
Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya. Pokok ini dengan nama saintifiknya Gynura Procumbeus ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya.
Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.
Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang.
Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati.
Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.

Semoga dpt manafatnya..


Tiada ulasan:

Catat Ulasan