Blog ni kucipta utk menempek kenangan & impian keluarga ku, dlm masa yg sama ingin share apa jua ilmu-ilmu yg kuperolehi utk sama2 memanfatinya
Kenangan & Impian & Nota Ilmu
Khamis, 29 September 2011
Selasa, 27 September 2011
Soto & Begedil
Soto adalah sejenis makanan berkuah yg famous kat Johor. Sup nya mengandungi rempah2 traditional yg menaikkan rasa soto tersebut disamping bahan sampingan & begedil.
Rempah yang saya selalu gunakan adalah rempah keluaran ADAMI.. senang nak dapat di kg saya di Muar.. dah nama pun Perencah Soto Muar..
Cara-cara membuat boleh dilihat di paket tu sendiri, amat lah mudah..
rebus sahaja ayam & masukkan perencah tersebut, saya abaikan bahan2 lain..
Bahan2 sampingan yg perlu : Meehoon atau nasi impit, daun sup, daun bawang, suhun digoreng, kacang tanah digoreng
ayam boleh disiat2 atau dipotong kecik2 jer semasa merebus sup
Satu lagi ialah sambal kicap.. bahan yg perlu bawang putih, cili api & kicap manis (jika guna kicap masin perlu letak sedikit gula), goreng semua bahan ala kadar shj. pastu blender dgn kicap
Begedil
kentang direbus (jgn sampai lembik, toskan air secepat mungkin selepas rebus kerana kentang yg lembik akan hancur bila digoreng nanti)
lada sulah/serbuk lada hitam (ikut kesukaan masing2), bwg goreng, daun bwg, daun sup & garam
gaul semua bahan hingga sebati
gentel spt dibawah & goreng dgn minyak sedikit...
tips supaya goreng tidak hancur : biarkan begedil 1 jam supaya kering sikit
Isnin, 26 September 2011
Makan-makan AIJTPM (29 Syawal)
Alhamdullilah, niat kami untuk makan2 & sama2 merasai sedikit rezeki kami dah pun tercapai.
Semoga tetamu yg hadir puashati dgn layanan kami & hidangan yg kami sediakan
jam 2pm selesai kami berkemas
Gambar2 diambil pun dah separuh tetamu dtg..
Menu dari zarina - meehoon goreng & nugget, sate & kuah kacang, donut & air anggur
Menu dari ku - Soto & begedil, kek marble
Ahad, 25 September 2011
Asam Pedas Ikan Mayong dan Tom Yam Putih
Nampaknya dah 2 minggu berturut2 hubby beli Ikan Mayong, Ikan Mayong yg telah dibersihkan perlu direndam dgn air asam jawa + garam utk m'buang hanyir.. boleh juga dibasuh dgn air limau nipis & diperap sekejap. Harga sekilo (pd masa ini ) ialah RM9.00
Asam Pedas Ikan Mayong, mmg la kegemaran kami sekeluarga semasa kecik2.. dah bila dah berkeluarga juga, suami & anak2 juga menyukainya..
Bahan2 : cili kering 20 biji, direbus & dikisar, 1cm halia, 1cm kunyit hidup, 1 labu bwg besar, 3 biji bwg putih } blend semua bahan
1 ekor ikan mayong (sederhana besar), 10 biji kacang bendir, daun kesom, asam jawa (sebesar telur ayam kampung) di campur l liter air (kalau nak cair, tmbh air ikut kecairan yg disukai)
Tumis bhn diblend hingga naik minyak, masukkan ikan sekejap & masukkan air asam jawa,
biar hingga mendidih. masukkan kacang bendir & daun kesom. Bila ikan dah masak, masuk bahan perasa & garam.
Ikan Mayong pun sedap jika digoreng, sebelum tu digaul garam & kunyit.. tapi hati2 semasa mengoreng kerana akan berlaku bbp letupan.. hahaha.
Tom Yam Putih.. ia dipanggil putih kerana ia plan shj, ini resepi dari adik ipar dr kelantan yg telah diajar kpd mak & mak suka dgn rasanya..
1/2 ekor ayam - di potong kecik2, 1 biji karot, 1/4 pokok kobis bunga , 3 biji tomato dipotong,
cendawan (ikut suka kuantitinya), jagung muda (tak letak pun..)
4 biji bwg putih ditumbuk, cili api 4 biji ditumbuk.. nak pedas tmbh lg, 2 biji bawang dipotong dadu, daun sup, daun limau purut, 3 btg serai, air 3 liter, perahan 3 biji limau nipis
tumis bwg putih dgn sedikit minyak.. masukkan bbp potong tomato & cili api.. biar sekejap..
masukkan ayam.. biar sekejap.. masukkan air, biar ayam separa masak.. masukkan karot & bahan2 lain ikut yg mana lmbt empuk.
masukkan serai, air limau nipis. bila ayam dah empuk masuk daun limau purut, letak bhn perasa & garam. tutup api & masukkan daun sup.
Jumaat, 23 September 2011
Jamuan Raya Ofis 22 Sept & Khatam Al-Quran 23 Sept
Rabu, 21 September 2011
Getuk@ketuk ubi kayu & Sambal Tempe
Getuk ubi, ini makanan masa saya kecik2.. ubi direbus dah dilenyek, masukkan kelapa parut yg muda lg best & sedikit gula.. gaul rata.. masukkan ke dlm loyang & tekan2, potong utk dimakan
boleh juga dibuat cekodok ubi dr adunan ini, cara2nya just buat bulat2 mcm ni, then salut tepung mcm goreng pisang
Ini la hasilnya...
boleh juga dibuat cekodok ubi dr adunan ini, cara2nya just buat bulat2 mcm ni, then salut tepung mcm goreng pisang
Ini la hasilnya...
Sambal Tempec; bahan2 ; cili boh, sos cili, bawang merah dikisar
tempe, tauhu & ikan bilis - digoreng dulu
tumiskan bwg, masukkan ciliboh, biar hingga naik minyak, masukkan cili sos,
masuk semua bhn yg digoreng
tempe, tauhu & ikan bilis - digoreng dulu
tumiskan bwg, masukkan ciliboh, biar hingga naik minyak, masukkan cili sos,
masuk semua bhn yg digoreng
Selasa, 20 September 2011
Motivasi Pagi Radio Ikim - Memperingati Mati
7.30 pg, hari ini bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Bergenang air mati ku seketika ketika mendengarkan tazkirah ini..
adoi hai, terasa diri kerdil lagi hina dina.. tidak selayaknya aku utk hidup sbg hambaMu,
sedangkan aku sentiasa lalai & lupa..
Allah ampuni la dosa2ku... amin..
Pengisian :-
Tarikh kematian telah ditetapkan Allah sejak kita didlm perut ibu.
Jika kita sambut hari jadi, jgn ucap selamat pjg umur kerana sebenarnya umur semakin pendek.
Ingat mati akan menjadikan kita lebih aktif.. lebih berusaha, kerana kita takut utk terlepas peluang

Kebun Kelapa Sawit.. Sudah Mengeluarkan Hasil
Alhamdullilah... setelah 3 thn, ia telah memberikan hasil, elok je sblm raya yg lepas kami dpt sedikit rezeki.. syukur pd Allah
Sekitar kawasan kebun.. cuti hari m'sia yg lepas, hubby membersihkan.. nmpk clear..
cuma belum smpi nmpk sg muar di belakang je
Ada juga ubi kayu yg ditanam, sbg tanaman sampingan.. coming soon ada byk lg terutama pokok2 buah2an.. insya Allah kalau hidup..
Anak pokok sawit, selamat ditumbangkan sbb salah kedudukan.. dulunya mak kata pokok kurma.. tp dah beso ni, sah.. jd pokok sawit pulak..
Pokok sirih hidup subur, seronok tengok..
Selepas mengoogle dpt khasiat daun sirih untuk rujukan;
Nama Tempatan: | Sirih |
Nama Saintifik: | Piper betle L. |
Sirih adalah tumbuhan yang mempunyai nilai yang tinggi dalam masyarakat melayu dan juga masysrakat india. Ia merupakan sejenis tumbuhan memanjat (boleh mencapai ketinggian 10-15 kaki) yang boleh membiak melalui keratan batang dan anak yang akan tumbuh dari batangnya yang merayap di tanah.Sirih selalunya dikaitkan dengan semangat pada zaman kepahlawan melayu. Sehelai sirih bertemu urat yang dimakan bersama pinang, kapur dan gambir dikatakan dapat menaikkan semangat pahlawan yang bakal berjuang. Dalam upacara pertunangan dan perkahwinan pula, sirih junjung dijadikan kepala hantaran dan merupakan bahan wajib bagi masyarakat melayu. Dalam perubatan tradisional pula sirih banyak digunakan khususnya untuk penyakit yang dikatakan berpunca dari gangguan makhluk halus.Sirih juga dijadikan sejenis snek oleh orang-orang tua melayu dan india. sehelai daun sirih yang telah di bersihkan dicalit dengan sedikit kapur. Pinang yang telah diricih halus atau dipotong kecil diletakkan diatas daun bersama dengan gambir. Daun sirih kemudiannya digunakan untuk membungkus bahan ini sebelum dikunyah.
Kegunaan:
Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan.Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar.Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.
Sumber : http://www.melur.com/myherba.asp?plant_id=108&cat=HERBA
Satu lagi dari sumber http://psipum.org/daun-sirih-cina-mencegah-darah-tinggi/
Semua orang pernah mengalami sakit kepala terutama dikalangan pengidap migraine dan darag tinggi yang mana kedua-dua penyakit itu lazimnya mengakibatkan komplikasi tersebut. Bagi sesetengah orang, sakit kepala mungkin menyerang sehingga menyebabkan tekanan perasaan yang serius disamping boleh member kesan buruk terhadap penghidapnya.
Ini termasuklah kecenderungan bertindak di luar jangkaan seperti menghantuk kepala ke dinding, menjerit sekuat hati, membaling objek dan lain-lain perbuatan yang menggambarkan perasaan yang kurang selesa terhadap persekitarannya.
Kebiasaannya, mereka yang menghidap sakit kepala atau pening Cuma memakan pil paracetamol atau ubat-ubatan yang dibeli difarmasi untuk melegakan kesakitan.
Bagaimanapun, pokok herba ini dipercayai mempunyai khasiat yang mampu mencegah dan menghilangkan sakit kepala atau mengurangkan tahap serangannya. Pokok ini dengan nama saintifiknya Gynura Procumbeus ini boleh didapati di kawasan lembap seperti di tepi-tepi sungai atau berhampiran dengan paya.
Untuk mengetahui kelebihannya, anda cuma perlu memakan satu atau dua keping daunnya pada setiap hari sama ada dimakan begitu sahaja atau dijadikan ulam ketika makan.
Pengambilan pucuk daun ini adalah lebih baik kerana rasanya lebih lemak berbanding daun matang. Anda boleh makan pucuk daun sirih Cina ini begitu sahaja dan diamalkan terutamanya di kalangan pesakit migraine pada setiap hari untuk mendapatkan khasiatnya.
Berdasarkan pengalaman beberapa orang pengamal kaedah ini, kandungan daun tersebut dipercayai mampu menghilangkan sakit kepala atau pun mencegahnya daripada menyerang.
Selain itu, bagi pesakit darah tinggi, pemakanan daun ini mampu mengurangkan kadar tekanan darah tinggi dan sekaligus mengatasi komplikasi sakit kepala.
Pokok Sirih Cina mudah hidup jika ditanam, malah boleh dijadikan hiasan untuk menambahkan lagi keindahan landskap di hadapan rumah. Ia tidak memerlukan penjagaan yang rapi seperti pokok-pokok hiasan yang lain kecuali penyiraman air secukupnya bagi mengelakkan ia mati.
Pokok Sirih Cina ini lebih baik ditanam sendiri bagi memudahkan pesakit mendapatkan bekalan daun yang mencukupi untuk dimakan pada setiap hari.
Semoga dpt manafatnya..

Motivasi Pagi Radio Ikim - Perbanyakkan Membaca AlQuran
7.30pg di Radio Ikim, Ceramah Motivasi oleh Ustazah Asni Mansor benar2 menyentuh hatiku..
bila kah dpt ku jadikan membaca al-Quran sebagai amalan harian.. aduh hai, mengapa sukar nak mencari masa dlm 1 jam shj sehari..
Isi-isi yg dpt diambil;
Daripada Abu Umamah r.a berkata : Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda:
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :

“Bacalah Al Quran sesungguhnya ia akan datang di hari kiamat sebagai syafa’at kepada pembacanya”.
( Hadith Riwayat Muslim )
Daripada Aisyah r.a. telah berkata: Bersabda Rasulullah S.A.W. :
“Orang yang membaca Al Quran dan susah untuk menyebut ayatnya ia mendapat dua pahala”.
( Hadith Riwayat Bukhari & Muslim )
Daripada Ibnu Mas’ud r.a. ia berkata :
“Barangsiapa yang membaca satu huruf daripada Al Quran maka baginya satu kebaikan, satu kebaikan menyamai dengan sepuluh pahala, aku tidak bermaksud : Alif , Lam , Mim ialah satu huruf, tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf”.(Hadith Riwayat Ad Darimi Tarmizi, beliau berkata hadis ini hasan sahih )Daripada Osman Bin ‘Affan r.a. telah berkata: Rasulullah S.A.W. bersabda :
“Sebaik manusia di antara kamu orang yang mempelajari Al Quran dan mengajarnya kepada orang lain”.
Isnin, 19 September 2011
Hasil Dari Kebun.. Alhamdulillah
Alhamdullilah, berkat tanah sekangkang kera ku di Muar, dpt la menanam ubi kayu sikit2
ni la ubi kayu rebus.. ku tabur sikit gula melaka utk rasa manis2 gitu..
buah cempedek ni... sedap nye... ranum sgt... buah dari kebun pak menakan di kuala nerang, kedah
dah lagi sedap bila di goreng... mmmmmmmmmm
Cempedek Goreng : bahan2 sadur ; 1 senduk tpg gandum, 1 sudu besar tpg beras,
air + garam secukupnya... salut & goreng dlm minyak..
Hikmah Sedekah
Alhamdullilah dpt menambah ilmu lagi..
Si Yati berceramah menceritakan pdku akan hikmah sedekah.. katanya :
1- andai jadi apa2 pd kita dgn company yg nampak mcm nazak, jom la kita bykkan bersedekah
2- yati cerita berkenaan buku bertajuk Sedekah yg dibeli nya & bagus utk bacaan & dia abis membaca cuma sehari shj, yati ingin meminjamkan ku buku tersebut.. tetapi aku ckp, bgtau tajuk & penulis.. aku akan cari buku itu, tp yati ckp.. dia akan pinjamkan kerana dia ingin pahala jika aku membacanya
3- kisah sorg lelaki yg dlm perjalanan utk membuat pembedahan di luar negara tetapi bila kapal terbangnya transit di satu tempat, dia b'jumpa dgn sorg perempuan tua yg daif sedang mencari makanan di dlm tong sampah.. lelaki t'sebut lantas memberikan duit & meminta perempuan tua tersebut utk membeli makanan, perempuan tua t'sebut gembira & m'doakan lelaki tersebut dgn sungguh2 agar tercapai apa jua cita2 beliau..
apabila lelaki t'sebut hendak menjalani pembedahan, Dr memberi tahu yg sakitnya sudah sembuh malah menanyakan ke mana dia pergi sblm berjumpanya.
(yati juga cerita pengalaman diri sendiri yg dialaminya)
4- sedekah itu dpt memanjangkan umur... menjadikan sakit kepada sihat
Rasulullah saw menegaskan dalam hadis yang bermaksud:
"Apabila seseorang anak Adam mati, segala amalannya akan terputus melainkan tiga perkara:
Sedekah Jariah yang sentiasa mengalir pahalanya.
Ilmu yang dimanfa'atkan orang lain.
Doa anak yang salih. " (Riwayat Muslim)

Ahad, 18 September 2011
Choc Chip Cookies
kalau bab2 cookies ni, saya prefer yg gentel2 berbanding dgn yg kena terap,
so cookies dibawah ni mmg memenuhi citarasa keluarga ku... senang & ramai yg
boleh menolong...
Resepi dari Chef Hanieliza
BISKUT COKLAT CIPS RANGUP
Bahan A
250 g butter
160 g gula halus
1 biji kuning telur
1 s/k esen vanilla
Bahan B [gaul rata]
230 g tepung gandum]
20 g serbuk koko ] ayakkan
100 g coklat cips
50 g badam cincang [roasted]
50 g nestum
Cara
1. Gaulkan butter dan gula sehingga sebati.
2. Masukkan kuning telur dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan bahan B perlahan dan kacaukan dengan senduk kayu.
4. Sudukan adunan kecil2 [besar guli] dalam loyang.
5. Bakar dalam oven yg telah dipanaskan suhu 180'C selama 25 minit atau sehingga masak.
6. Sejukkan dan simpan dalam balang kedap udara.

Selasa, 6 September 2011
Sambutan 1 Syawal 1432H
1 Syawal pd tahun ni, giliran kg ku.. di Sg Mati, Ledang, Muar..
(tetap nak kata Muar jugak wp pun daerah ni telah dipecahkan..)
Antara photo2 yg kami ambil utk kenangan di pagi Syawal;
Anak2 bermaafan bersama abahnya;
bermaafan bersama suamiku
Sikecik dah senang hati coz dpt duti raya
Emak & abah
Emak & Abah dgn cucu2 nye :
Bersama ank buah.. yg latest dr belah ku.. Khaled Al Waleed
Khaled menjadi rebutan di pagi raya..
Keluarga Yem.. isteri bersalin bbp hari sebelum raya, hari ni masih di hospital coz baby nya kena kuning
Abu@Deris & family... bertambah sorg lagi tahun ni
2 adik beradik lelaki ku ;
Beramai2..
Beraya di rumah Pek Tam di Jln Junid, Muar
-inilah 2 beradik yg masih tinggal, ikatan darah daging yg masih kuat.. semoga hubungan antara sesama sedara tetap terpelihara hingga ke anak cucu & cicit
Langgan:
Catatan (Atom)