Assalamualaikum,
Antara Kata-kata Hikmah As-syahid Imam Hassan Al-Banna,
pengasas jemaah Ikhwan Muslimin:
" Sesungguhnya Ummah yang sentiasa
menyempurnakan amalan di dalam persediaannya untuk mati, dan mereka tahu bagaimana cara yang paling baik untuk
mati sebagai seorang yang mulia, maka mereka itu mencagarkan kepada Allah akan kehidupan dunia yang amat
disayanginya itu serta mengharapkan kenikmatan kekal abadi di akhirat kelak,
dan tidaklah perasaan Al-Wahn yang menimpa
diri kita melainkan ianya berpunca dari kecintaan terhadap duniawi serta bencikan kematian, oleh itu, hendaklah
kamu mempersiapkan diri kamu dengan amalan yang mulia ini (mati syahid) serta hendaklah kamu berasa haloba
terhadap kesyahidan itu, nescaya ia akan memberi kepadamu kemuncak kehidupan yang sebenar-benarnya (hidup di
alam akhirat nanti)"
Kata-kata Imam Hassan al-Basr :
"Sesungguhnya aku sedang MENASIHATI kamu, BUKANlah bererti akulah yg TERBAIK dalam kalangan kamu, BUKAN juga yang PALING SOLEH dalam kalangan kamu, kerana aku juga PERNAH MELAMPAUI BATAS untuk diri sendiri, Seandainya seseorang itu HANYA dapat MENYAMPAIKAN DAKWAH apabila dia sempurna, nescaya TIDAK akan ADA PENDAKWAH.. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan