Salam
terpanggil untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Ibubapa dgn ceo & pengetuanya pd jumaat mlm yg lepas, rupa2nya ia menjadi majlis yg teramat la hangat..
kesian sbb yg jd mangsanya adalah anak2 kami, kami lebih mengatakan ini semua agenda politik shj.. kenapa smpi seklh2 pulak jd mangsa keadaan..
kami ibubapa sebulat suara INGIN MENGEKAL APA YG ANAK2 KAMI BELAJAR SEKARANG,
TOLONG JGN UBAH APA2 lagi.. kerana ini lah satu2nya seklh yg ada di WP yg masih ada pelajaran Azahari.
benar spt yg wakil ibubapa luahkan dgn semangat
1- kami ingin ank kami belajar agama, kerana ilmu ini akan membentuk mereka menjadi manusia
2- pelajaran akademik sbg tambahan shj bg kami, kerana ilmu agama adalah segala2nya, kami pertaruhkan ank kami sbg harta akhirat kami.
3- rezeki telah ditentukan Allah, jika mereka jd doktor or engineer pun, mereka akan menjadi yg berilmu agama
4- kami tidak mahu ank2 kami menyimpang & hidup sosial tanpa pegangan agama yg kuat
Pendirian ku spt yg pernah ku coretkan sebelum ini, rujuk SINI
Bagus juga baca link Ilmiah ini.. ini kajian dibuat mengenai matapelajaran diniah yg sikit demi sikit dimansuhkan
Blog ni kucipta utk menempek kenangan & impian keluarga ku, dlm masa yg sama ingin share apa jua ilmu-ilmu yg kuperolehi utk sama2 memanfatinya
Kenangan & Impian & Nota Ilmu
Selasa, 25 Februari 2014
Ahad, 23 Februari 2014
Hadis 40 – Hadis 2
Salam
Daripada Saiyidina 'Umar
juga, r.a. beliau berkata:
Ketika kami sedang duduk
di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang
lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak
ternampak pada dirinya kesan-kesan
tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.
Lalu dia
duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda
dan meletakkan dua tapak
tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata:
Wahai Muhammad! Terangkan
kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau
naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan
Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan
sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji
ke BaitulLah (Mekah)
sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya.
Lelaki tersebut berkata: Benarlah
engkau.
Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang
membenarkannya.
Dia bertanya: Terangkan
kepadaku tentang lman.
Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya
kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan
bahawa engkau percaya kepada
Qadar baik dan buruk.
Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi:
Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa
engkau menyembah Allah seolah-olah engkau
melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia
melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda
bersabda:
Orang yang ditanya tentang
Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu
berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya.
Baginda bersabda:
(Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya
dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak
berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing
berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).
Kemudian
lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai
'Umar!
Adakah engkau tahu siapa
lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui.
Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada
kamu
untuk mengajar kamu
tentang agama kamu.
Hadis riwayat al-lmam
Muslim (Hadis
riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman,
no: 2535, beliau berkata:
hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud,
kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab
al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة
المبشرین
, no:
346).
Selasa, 18 Februari 2014
Makna Doa2 Dalam Solat
Salam
Doa Duduk Antara 2 Sujud
Makna "Doa duduk antara Sujud"
Doa Duduk Antara 2 Sujud
Makna "Doa duduk antara Sujud"
Rabbighfirli
(Tuhanku,
ampuni
aku)
Warhamni
(sayangi
aku)
Wajburnii
(Tutuplah
aib-aibku)
Warfa’nii
(Angkatlah
darjatku)
Warzuqnii
(Berilah
aku
rezeki)
Wahdinii
(Berilah
aku
petunjuk)
Wa’Aafinii
(Sihatkan
aku)
Wa’fuannii
(Maafkan
aku)
->Maka berilah
tumpuan,
ambil
sedikit
masa
untuk
kita
menghayatinya,
agar Dia
yang sentiasa
mendengar
menunaikan
permintaan
kita..
Amin
Doa Qunut
Doa Qunut
Maksudnya:
Tuhanku,
pimpinlah aku bersama orang yang telah Engkau pimpin. Dan afiatkanlah aku
bersama orang yang telah Engkau beri. Dan peliharalah aku seperti orang yang
telah Engkau pelihara. Dan anugerahilah aku seperti orang yang telah Engkau
anugerahi. Dan lindungilah aku dari perkara yang telah Engkau qadhakkan. Kerana
Engkau yang menghukum bukan Engkau yang dihukum. Tidaklah hina orang yang telah
Engkau muliakan. Tidaklah mulia orang yang telah Engkau hinakan. Amat berkat
Engkau hai Tuhan kami dan maha tinggi Engkau. Maka bagiMu pujian atas apa yang
telah Engkau hukumkan. Ampunilah aku dan maafkanlah aku. Dan Allah limpahkanlah
rahmat dan sejahtera kepada junjungan Nabi Muhammad yang ummiy dan keluarganya
serta sahabatnya.
Sedekah - Masa Paling Sesuai Untuk Bersedekah
Salam
Daripada Abu Hurairah
radhiallahu anhu berkata: Datang seorang lelaki pada Rasulluah SAW, lalu
bertanya: "Ya Rasulullah! Sedekah manakah yang lebih besar pahalanya?".
Rasulullah SAW menjawab: "iaitu sedekah yang engkau berikan sedangkan
engkau pada masa
itu masih sihat dan sebenarnya engkau bakhil (merasa sayang untuk
menderma harta), kerana engkau takut faqir dan engkau berangan-angan
menjadi kaya. Maka janganlah engkau menangguhkan sedekah sehingga
apabila roh sampai di kerongkong lalu ketika itu baru engkau
berkata "Untuk si fulan itu sekian, untuk si Fulan itu sekian dan
sebenarnya harta engkau pada ketika itu memang akan dimiliki (diwarisi)
oleh orang lain".
Keterangan
Mengeluarkan harta untuk
didermakan adalah sesuatu perkasa yang sangat susah bagi seseorang,
melainkan pengeluaran harta itu dalam bentuk kewajipan seperti zakat
atau dalam bentuk kesedaran yang mendalam sehingga penderma merasakan
bahawa harta yang didermakan
itu adalah sebagai simpanan yang kekal yang akan diberikan ganjaran
yang berlipat ganda pada hari kiamat nanti. Banyak orang kaya yang tidak
mahu menderma. Dia takut menjdai fakir dan selalu berusaha untuk
menambah kekayaannya yang sudah ada. Maka ketika hati
sangat terpaut dengan harta dan sangat mencintainya, maka pada ketika
itulah masa yang paling baik untuk dia menderma kerana ia akan
berhadapan dengan golongan syaitan yang selalu menakutinya dari
terjerumus ke jurang ke fakiran. Maka sesiapa yang mampu melawan
hawa nafsunya pada saat itu bererti ia telah meraih kejayaan yang
sangat besar.
Lainlah halnya bagi
seseorang yang berada dalam keadaan sakit yang sudah tenat. Nyawa pun
dirasakan sudah tidak lama lagi akan terpisah dari badan.
Tanda-tanda kematian dari masa ke semasa semakin dirasakan. Ketika itu
putuslah harapannya dari memiliki atau
menguasai hartanya, maka dengan mudah ia berkata : "Harta ini untuk si
Fulan, harta ini untuk si Fulan" padahal masa sudah terlambat dan wasiat
yang boleh diluluskan oleh syara' pada masa itu tidak boleh melebihi
sepertiga daripada harta yang ditinggalkannya.
Syukurlah kalau alhi waris yang mewarisi harta itu mengerti untuk
membuat sedekah jariah sebagai kiriman yang dihantar ke dalam kubur dari
masa ke semasa. Kalau mereka tidak berbuat demikian, harta yang
ditinggalkan hanya disia-siakan atau digunakan untuk
berbuat kemaksiatan, maka si matilah yang letih mencari harta dengan
membanting tulang dan memeras keringat pada waktu hidupnya dahulu dan
dia pula yang akan dihisab di hadapan Allah SWT sedangkan ahli waris
bersenang-senang hati mewarisi harta yang telah
ditinggalkan oleh orang tua mereka dengan percuma sahaja.
Diambil dari buku "Hadis Penawar Hati" susunan Abu Ali Al Banjari An Nadwi
Langgan:
Catatan (Atom)