Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 29 September 2011

Surat Al-Kauthsar

Ilmu dpt dari kiriman kawan karib ku Hawa



Surah ini paling pendek, hanya mengandungi 3 ayat & diturunkan di Makkah dan bermaksud sungai di syurga.

Kolam sungai ini diperbuat daripada batu permata nan indah dan cantik.

Rasanya lebih manis daripada madu, warnanya pula lebih putih daripada susu dan lebih wangi daripada kasturi.

Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad s.a.w. kerana diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi iaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapa saudaranya Abu Talib.

Pelbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan:-

1) Baca surah ini ketika hujan dan berdoa,mudah-mudahan Allah s.w.t. makbulkan doa kita.

2) Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher, Insya'allah hilang dahaga.

3) Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal,bengkak,sapukan air mawar yang sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.

4) Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x,mudah-mudahan Allah s.w.t. bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu.

5)Jika membacanya 1,000x rezeki kita akan bertambah.

6) Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan solat.

7) Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x,Allah s.w.t. akan memberikan bantuan kepadanya kerana dia tidak bersalah tetapi dizalimi.

Selasa, 27 September 2011

Soto & Begedil


Soto adalah sejenis makanan berkuah yg famous kat Johor. Sup nya mengandungi rempah2 traditional yg menaikkan rasa soto tersebut disamping bahan sampingan & begedil.

Rempah yang saya selalu gunakan adalah rempah keluaran ADAMI.. senang nak dapat di kg saya di Muar.. dah nama pun Perencah Soto Muar..


Cara-cara membuat boleh dilihat di paket tu sendiri, amat lah mudah..
rebus sahaja ayam & masukkan perencah tersebut, saya abaikan bahan2 lain..

Bahan2 sampingan yg perlu : Meehoon atau nasi impit, daun sup, daun bawang, suhun digoreng, kacang tanah digoreng
ayam boleh disiat2 atau dipotong kecik2 jer semasa merebus sup

Satu lagi ialah sambal kicap.. bahan yg perlu bawang putih, cili api & kicap manis (jika guna kicap masin perlu letak sedikit gula), goreng semua bahan ala kadar shj. pastu blender dgn kicap

Begedil
kentang direbus (jgn sampai lembik, toskan air secepat mungkin selepas rebus kerana kentang yg lembik akan hancur bila digoreng nanti)
lada sulah/serbuk lada hitam (ikut kesukaan masing2), bwg goreng, daun bwg, daun sup & garam
gaul semua bahan hingga sebati


gentel spt dibawah & goreng dgn minyak sedikit...

tips supaya goreng tidak hancur : biarkan begedil 1 jam supaya kering sikit

Isnin, 26 September 2011

Makan-makan AIJTPM (29 Syawal)


Alhamdullilah, niat kami untuk makan2 & sama2 merasai sedikit rezeki kami dah pun tercapai.
Semoga tetamu yg hadir puashati dgn layanan kami & hidangan yg kami sediakan

jam 2pm selesai kami berkemas

Gambar2 diambil pun dah separuh tetamu dtg..

Menu dari zarina - meehoon goreng & nugget, sate & kuah kacang, donut & air anggur




Menu dari ku - Soto & begedil, kek marble




Ahad, 25 September 2011

Asam Pedas Ikan Mayong dan Tom Yam Putih


Nampaknya dah 2 minggu berturut2 hubby beli Ikan Mayong, Ikan Mayong yg telah dibersihkan perlu direndam dgn air asam jawa + garam utk m'buang hanyir.. boleh juga dibasuh dgn air limau nipis & diperap sekejap. Harga sekilo (pd masa ini ) ialah RM9.00



Asam Pedas Ikan Mayong, mmg la kegemaran kami sekeluarga semasa kecik2.. dah bila dah berkeluarga juga, suami & anak2 juga menyukainya..



Bahan2 : cili kering 20 biji, direbus & dikisar, 1cm halia, 1cm kunyit hidup, 1 labu bwg besar, 3 biji bwg putih } blend semua bahan
1 ekor ikan mayong (sederhana besar), 10 biji kacang bendir, daun kesom, asam jawa (sebesar telur ayam kampung) di campur l liter air (kalau nak cair, tmbh air ikut kecairan yg disukai)

Tumis bhn diblend hingga naik minyak, masukkan ikan sekejap & masukkan air asam jawa,
biar hingga mendidih. masukkan kacang bendir & daun kesom. Bila ikan dah masak, masuk bahan perasa & garam.

Ikan Mayong pun sedap jika digoreng, sebelum tu digaul garam & kunyit.. tapi hati2 semasa mengoreng kerana akan berlaku bbp letupan.. hahaha.


Tom Yam Putih.. ia dipanggil putih kerana ia plan shj, ini resepi dari adik ipar dr kelantan yg telah diajar kpd mak & mak suka dgn rasanya..


1/2 ekor ayam - di potong kecik2, 1 biji karot, 1/4 pokok kobis bunga , 3 biji tomato dipotong,
cendawan (ikut suka kuantitinya), jagung muda (tak letak pun..)
4 biji bwg putih ditumbuk, cili api 4 biji ditumbuk.. nak pedas tmbh lg, 2 biji bawang dipotong dadu, daun sup, daun limau purut, 3 btg serai, air 3 liter, perahan 3 biji limau nipis

tumis bwg putih dgn sedikit minyak.. masukkan bbp potong tomato & cili api.. biar sekejap..
masukkan ayam.. biar sekejap.. masukkan air, biar ayam separa masak.. masukkan karot & bahan2 lain ikut yg mana lmbt empuk.
masukkan serai, air limau nipis. bila ayam dah empuk masuk daun limau purut, letak bhn perasa & garam. tutup api & masukkan daun sup.

Jumaat, 23 September 2011

Jamuan Raya Ofis 22 Sept & Khatam Al-Quran 23 Sept



Jamuan Raya utk Staff JARING - ala kadar je.. syukur la at least ada juga







Khatam Al-Quran (tadarus telah dibuat pada bulan Ramadan), alhamdullilah selesai al-Quran, semoga dapat manafaat & pahala yg berganda




Rabu, 21 September 2011

Getuk@ketuk ubi kayu & Sambal Tempe

Getuk ubi, ini makanan masa saya kecik2.. ubi direbus dah dilenyek, masukkan kelapa parut yg muda lg best & sedikit gula.. gaul rata.. masukkan ke dlm loyang & tekan2, potong utk dimakan

boleh juga dibuat cekodok ubi dr adunan ini, cara2nya just buat bulat2 mcm ni, then salut tepung mcm goreng pisang
Ini la hasilnya...

Sambal Tempec; bahan2 ; cili boh, sos cili, bawang merah dikisar
tempe, tauhu & ikan bilis - digoreng dulu
tumiskan bwg, masukkan ciliboh, biar hingga naik minyak, masukkan cili sos,
masuk semua bhn yg digoreng


Selasa, 20 September 2011

Motivasi Pagi Radio Ikim - Memperingati Mati

7.30 pg, hari ini bersama Ustaz Pahrol Mohd Juoi
Bergenang air mati ku seketika ketika mendengarkan tazkirah ini..
adoi hai, terasa diri kerdil lagi hina dina.. tidak selayaknya aku utk hidup sbg hambaMu,
sedangkan aku sentiasa lalai & lupa..
Allah ampuni la dosa2ku... amin..

Pengisian :-
Tarikh kematian telah ditetapkan Allah sejak kita didlm perut ibu.
Jika kita sambut hari jadi, jgn ucap selamat pjg umur kerana sebenarnya umur semakin pendek.
Ingat mati akan menjadikan kita lebih aktif.. lebih berusaha, kerana kita takut utk terlepas peluang