Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Rabu, 27 April 2016

Menu Sihat - Ayam Pedas & Sayur Campur Air

Assalamualaikum wmbkt

Kali ni nk share menu sihat lg.. sebenarnya resepi biasa2 je tp bole buat rujukan dimasa depan.

Ayam Pedas
1/2 ekor ayam digaul garam & 1 sudu teh serbuk kunyit
2 btg serai - dikisar
2 biji bwg besar - dikisar
3 biji bwg putih - dikisar
1/2 inci kunyit hidup - dikisar
1/2 inci halia -  dikisar
7 btg cili kering yg dikisar @ ikut pedas yg nak
Garam & gula merah
2 sudu myk zaitun

Dalam kuali, panaskn myk zaitun & masukkn ayam yg digaul serbuk kunyit & sedikit garam.
Goreng hingga ayam masak & nmpk garing. Masuk bhn kisar. Masak smpi naik minyak atau sambal betul2 masak. Masuk garam & gula merah.
Siap

Sayur Campur Air
Tauhu, sawi, kobis, bwg merah dihiris,  ikan bilis, sos tiram, serbuk lada hitam
Air dididihkn, masuk bwg merah & ikn bilis. Biar sekejap atas dapur. Masuk sos tiram & lada hitam.
Masuk sayur2. Biar mendidih & tutup api. Jgn lama smpi sayur tukar warna.

Ahad, 17 April 2016

Putih oh putih

Assalamualaikum

25 jan 2016, lahir seekor kucing berwarna putih dinamakn putih... sehingga skrg putih mjd kucing kesygan namun yg lain2 pun kami jaga  sama.

Putih atau nama singkat put xsukar dijaga krn xbyk kerenah. Pg2 bila bukak pintu, put dh panjat gril utk masuk mencari mkn.  Lps mkn put keluar & selesa dok di luar rmh spjg hari.

Moga put bole hidup berdikari nanti mcm bintik & kucing2 yg lain.

Isnin, 11 April 2016

Coretan - kesihatan dan perjalanan seterusnya

Assalamualaikum wmbkt.

disini aku coret kan perjalanan suku pertama thn ni, apa yg  berlaku dispjg hidupku sekeluarga,

Januari ku, aku demam beberapa hari sebelum nak ambil result stam afiq, kesudahnya hubby bwk ke klinik wp aku x nak. Makanya doc check yg darah tinggi ku tinggi.. mebebel la doc dgn aku & hubby.. tu yg penat tu.. siap buat surat untuk masuk ke hospital pd mlm tu gak.. doc juga cek darah kot2 ada denggi sbb demam dah 3 hari.. kalau masuk hospital mcm mana nak amik result afiq.. aduh, hubby mcm bengang & x jd utk bertolak ke JB pd mlm tu

Pd 21 Jan 2016, aku & hubby ke JB pagi sebagai wakil Afiq mengambil keputusan nya. Alhamduillah, dgn keputusannnya dan seterusnya akan memohon ke Universiti Al-azhar. balik pukul 3pm dan singgah ke Muar kejap. Ada brg2 dlm rmh dh diambil org.

31 Jan, ke KLIA sambut Usama blk dr Mesir dan dia blk ke JB terus dgn Widad. Kami blk ke muar kerana cuti1 Feb, Hari Wilayah dan boleh ke pejabat tnh utk byr cukai tanah.
minta Jun kunci rmh tp x boleh masuk,terpaksa lak dok homestay wp jun offer dok rmhnya,

Feb, remind afiq utk cari markaz yg bole renew visa...visa akn mati 14-feb.. tp x dpt, mcm2 hal juga smpi visa mati,
Jumpa adik beradik pd 18-Feb, cuti raya cina sbb rumah & tanah muar akan dijual, mungkin jd yg terakhir berjumpa disitu. Buat bbq ayam utk mkn2. semua adk beradik dtg kecuali yg tua dan yg bongsu. Alhamdullilah, moga silaturahim bertmbh erat,

5 Mac, ajak Eli clearkan brg2 di rmh sbb tnh & rmh akan dijual. Eli sewa lori dan clearkan rmh.Jumpa pembeli di pejabat tnh utk settlekn bbp perkara. 
12-20 Mac, cuti sek tp x kemana2. hubby kursus di Morib dan adham ada tusyen hari2 di sekolah. Atiqah pun hanya 13hb dpt blk ke rmh,
26 Mac, kenduri rmh jiran dan clearkn rmh kali terakhir dan rumah dah dijual. Selamat tinggal kenangan. Insha Allah akn ziarah kubur mak bila2 smpi ke muar. Ya Allah beri la hambaMu kekuatan,
Kami akn gantikan ini dgn sebuah rmh kami di Kedah nnt.

Afiq register di Markaz Nile dan boleh provide tasdiq utk buat visa.. visa akan renew 17 Mac - 30 Jun shj.

Aku lak sakit2 di dada,, x tau apa punca. Tp aku ada angkat tong gas yg baru beli dr kedai... adui itu ke sebab nya.... muscle pressure kot,.. sakit bukan main, igt sakit jantung or darah tinggi ku naik.
Belajar untuk hidup sihat.. x mkn yg bermyk dan bersenam hari2. Dpt kurangkn berat dr 66 kg ke 53kg.
Ya Allah berila hamba Mu ini kekuatan utk perbaiki kesihatan dan hidup sihat utk membuat ibadat kpd Mu, tunaikan haji & umrah dgn sihat dan tiada sakit berat hingga mati ku nnt. Juga ku doa buat hubby dan anak2 pun sihat tanpa sakit2 berat. Aamiin.

Apr, rasa lega sikit dr sakit2 dada sbb hubby urut. Alhamduilah
11-Apr, hubby call dpt transfer blk kg.... Alhamdulillah jadi perancangan kami, hubby akn blk dulu dan aku akan tunggu ank2 di KL yg sekolah smpi abis thn ni.

Wassalam

Menu sihat - Ikan Kerapu/Siakap Stim Lemon

Assalamualaikum

Untuk atasi atau hilangkn penyakit darah tinggi & ditakuti mengakibatkn kegagalan jantung maka perlu ada ilmu2 atau cara2 merawatnya.

Salah satu yg ptg ialah menukar gaya hidup & pemakanan. Mesti bersenam setiap hari. Kurangkn mknan bermyk.

Dgn itu satu lg resepi yg dh dibuat:
Kerapu/Siakap Stim Lemon
-------------------------------------------
Ikan dibersihkn
1in halia hiris2
1 labu bwg besar hiris nipis
1 bj lemon diperah air
1sudu teh tpg jagung & bancuh dgn sikit air
2 sudu besar sos tiram
Sedikit air utk kuah ikut suka
2bj tomato hiris nipis
Cili api dihiris ikut kepedasan sendiri
Daun bwg/ ketumbar
Garsm

Ikan digaul garam. Masuk bekas utk dikukus & tabur halia & bwg besar serata ikan.
Masuk air lemon, sos tiram, air & air tpg jagung.
Kukus dlm 15 min.
Buka penutup & msk tomato, cili api , lemon yg dh diperah & daun ketumbar/daun bwg. Ltk garam. Kukus 15 min atau hingga masak.

Jumaat, 8 April 2016

Menu sihat - Asam Rebus Ikan Selayang

Assalamualaikum.. lama dh aku x buat posting.. ini adalah kerana memendam rasa dgn bdn ku ni.. sejak xkeje dh, asyik demam je... then sekali tu on January hubby bwk p klinik sbb demam xbaik2.. tu dia, Doc srh p sepital teruih.. xmo cek or bg ubat dh, doc cuma amik drh takut denggi then cek BP... xsanggup tgk katanya.. doc bebel2 dpn aku & hubby akn bahayanya keadaan ku skrg..

so skrg daku berazam..nk sihat.. nk sihat..
Hehehe.. xyah lerr g sepital.. cuba atasi dulu ikut cara sendiri, if xbole.. baru cuba cara lain

Ok.. stlh bbp bln.. aku turun berat hampir 13kg... iaitu dr 66kg ke 53kg.. peh !!! Rasanya dh ok le ni, dgn ketinggian 4kaki9in.

Ini resepi ...
Asam rebus ikan selayang
-----------------------------------------
4ekor ikn selayang bersihkn
1 labu bwg besaq*
3 bj bwg putih*
1in halia*
1/2 sudu kecik serbuk kunyit atau 1/2 in kunyit hidup*
1 sudu cili boh
Kacang bendir ikut bp byk yg kita suka
Daun kesom
3kpg asam kpg
Garam

Bahan* diblender smpi halus dgn sikit air. Masuk periuk bersama asam kpg. Biar.mendidih jap. Masuk ikn, kcg bendir &.daun kesom. Biar smpi masak. Perasakn dgn garam.

Ikan goreng gril/panggang
------------------------------------------
Ikan dibersihkn
Serbuk kunyit
Cili boh
Garam
Gaulkn & gril smpi masak