Jom muhasabah dan cari kebaikan dari keburukannya..
Gerudi email2 lama.. dapat yg ni..
Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan”
- Telah mendapat view yang sangat banyak sekali.
- 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju.
- Dari kalangan yang setuju,
- 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.
Sebelum itu, kami nak beri disclaimer awal untuk mereka yang kadangkala baca tajuk sahaja dah melatah.
Kami
BUKAN MEMPERLEKEHKAN SURI RUMAH BEKERJAYA tetapi kami menampakkan
rasional pilihan untuk kerjaya suri rumah sepenuh masa. Juga ada yang
tak baca tetapi sering pula bertanya, bagaimana dengan kerjaya seperti
jururawat, bidan yang sewajarnya wanita? ITU JUGA KAMI DAH RANGKUM dalam
artikel ini. Cuma perlu baca sampai habis sahaja.
Mari kami
bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya
anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri.
Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana
kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini
secara sendirian. Maaf, kami bukan semuanya orang senang. Ada antara
kami yang suaminya bergaji hanya RM1200 sebulan dan ada yang suaminya
berpendapatan sangat tinggi tetapi tetap memilih untuk jadi suri rumah
sepenuhmasa.
Tahun 2014
adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk
menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang
masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada
kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.
IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?
79%
ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri.
Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan
macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan
tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika
isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar.
1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.
JUMLAH RM 3100
Sekarang,
jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan
sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi
rumahtangga.
Nanti dulu,
tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli
baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek,
data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu
bila dihitungkan tak berbaloi langsung. Suri rumahpun melaram juga
sekali sekala, tetapi taklah perlu sampai setiap hari baju berlainan.
Asalkan bersih dan tak comot sudah cukup gembirakan suamipun.
Jengah-jengah
sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah
kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang
wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak
lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi.
Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan
Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian
wanita sahaja sampai 2 tingkat.
APAPUN TAK
SEMUA YANG MACAM ITU, tetapi kami sekadar berikan contoh. Bagi yang tak
begitu, sila buat perkiraan sendiri untuk lihat adakah benar-benar anda
telah menyumbang kepada ekonomi keluarga atau hanya untuk diri sendiri?
Anda semua mungkin tidak, tetapi berdasarkan kajian kami sendiri dari
kes-kes yang merujuk kepada kami, kami tahu gambaran makro kisah ini.
Kami tak tahu
anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan
warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa.
Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga
RM5-6 ribu sebulan sedangkan suaminya hanya berpendapatan separuh dari
itu. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal
dahulu lagi. Sekali lagi, kami tak bercakap tentang orang lain, kami
bercakap tentang apa yang telah kami lakukan dan kami dapat lihat hasil
pengorbanan itu sehingga artikel semalam tentang "Berhala Anak" ditulis
oleh anak kami berusia 12 tahun. Beliau bukan genius tetapi beliau hanya
salah seorang dari anak-anak kami yang mendapat sentuhan ibu-ibu
kandung dan ibu-ibu angkat sepenuhmasa.
Tujuan
mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi
bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh
bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah,
pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak
boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal “yang ini” tiada nilai dan
tebusannya.
Sehebat-hebat
Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih
separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi
s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka
ini macam tak berkerjaya sedangkan SURI RUMAH ITU SENDIRI SATU KERJAYA
YANG SANGAT BESAR DI SISI ALLAH DAN SUAMI.
Sekarang cuba
hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk
hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi
Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih
isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi.
Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup
anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup
itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.
Antara
tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja
yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah
cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu
yang jadi tak cukup.
Itu juga
perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa
baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia
pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar
permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si
Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya
keperluan.
Lagi
mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya
memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri
berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat
kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.
BERKAT
bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan
al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak
meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka.
PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI
Pengurangan
segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan
mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang
merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu
lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter.
Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak
sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat
dan mesra.
BAGI MEMENUHI
FARDHU KIFAYAH, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana
negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah
berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah,
kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran sahaja.
Tidaklah lagi taska membuak-buak sampai anak tidak terurus. Silap silap
basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran.
Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?
Kami tidak
menolak kerjaya-kerjaya yang memerlukan penglibatan wanita. Jika mak
bidan pun beri pada lelaki, kamipun tak mahu isteri bersalin pula nanti.
Jangan jumud dalam hal itu. Salah seorang jurutera senjata peperangan
Sultan Mehmet Alfateh juga adalah seorang wanita.
GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA
Ramai
kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak
perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan
sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA
AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda
bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah
kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk
menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?
Percampuran
Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan
didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan
kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.
Semasa dalam
ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun
perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah
dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan
lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita
baca penceraian artis saban hari.
Isu dalam
dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja
sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh
“AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan
kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran
dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa
sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.
Walaupun anda
tidak begitu, tapi banyak kes telah berlaku. Bayangkanlah isu berapi
begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain
dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan
bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang,
semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga?
Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa
sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang
atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis
dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.
Itulah buah
kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam
kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang
tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama,
mustahil terpalit sedikitpun tidak.
Sekali lagi,
tak semua begitu atau kebanyakannya baik-baik belaka. Cuma kami suka
menjadi sedikit paranoid kepada sesuatu kebejatan yang fatal. Baik kami
sampaikan berita terburuk untuk kita ingat berbanding kami hanya sentuh
berita kurang serius dan anda sidang pembaca merasakan ianya tidaklah
serius sangat. `Work for the best, Prepare for the worse’.
KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI
Anda
tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan
Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan
sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya
minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan
mencari alasan.
Jika suami
menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen
fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri
menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah
melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa
Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah
pengemudi bahtera itu.
Ibu teragung
kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas
melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan
Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu
itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar
tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit
Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak
seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja.
Siapa berani
komplen model keluarga Nabi Ibrahim yang telah Allah abadikan disebalik
falsafah Baitullah ini? Sekarang ini, dalam takliq nikah pun dah ada
lafaz jika ditinggalkan lebih 4 bulan kamariah, isteri boleh tebus talak
RM1. Nabi Ibrahim dahulu, tinggal terus Siti Hajar selepas dijelaskan
visi dan misi bagaimana dan apa nak dijadikan kepada anakanda baginda,
Ismail A.S. Jika nak dikira nafkah batin, nyata sekali nafkah batin yang
suami dan isteri moden fikirkan ialah menjurus kepada hubungan seks
sahaja sedangkan apa yang dipraktis oleh Nabi Ibrahim ialah "ILMU".
Itulah nafkah batin Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar.
Jika berani pertikai, silalah komplen cara Nabi Ibrahim tu.
Cuba
kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar
Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk
dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik
nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri yang mengabdi
kepada suami walaupun dalam keadaan ketiadaan suami di sisi.
Terlalu
banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu
kami coretkan di sini. Jika Allah perintahkan, pasti Allah juga beri
jalan keluar. Jangan risau tentang nasib ibu tunggal, anak yatim dan
sebagainya. Semua itu sudah diambil kira. InsyaAllah kami boleh
kongsikannya di artikel lain atau bila kita buat bengkel parenting
nanti.
Ini sahaja
sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan
kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan
penyelesaian.
Nukilan
WARGA PRIHATIN
WARGA PRIHATIN
* Jangan mulakan komen anda dengan "Tidak semestinya...
* " Jika itu digunakan, tiada apa yang boleh ditulis kerana setiap isu bukan 100% aplicable kepada semua.
*Cukup
untuk yang patut ambil pelajaran yang ambil pelajaran, jika anda
seorang yang sudah cukup baik, tak perlu terasa kerana artikel ini
mungkin bukan untuk anda.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan