Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 11 Ogos 2015

Mendoakan orang lain untuk perolehi yang sama

Assalam

dari FB Dr. Abdul Basit

Untungnya "Mendoakan orang lain"
حَدَّثَتْنِي أُمُّ الدَّرْدَاءِ ، قَالَتْ : حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ : الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Ummu ad-Darda’ radiallahu ‘anha berkata: Suami aku menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan mereka, maka malaikat akan berkata: Amin, dan untuk engkau seperti itu. [Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Dua’ wa at-Taubat, hadis no: 4919]

Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:
ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا ،
Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)

وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة ;
Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)
لأنها تستجاب ، ويحصل له مثلها
Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya)

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan