Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Isnin, 24 Ogos 2015

The end.. 21/8 11:59pm, shutdown

Assalam..
Begitu la nasib J.. Tepat 11:59pm, all systems & network telah dishutdownkn & segalanya menjd milik org lain pula.. Sebak, sedih & mengalir juga airmata ini..

Setelah 20thn lbh mencari rezeki disini & 22/8 J bukan lg ISP. Isnin bekerja tanpa akses internet..

Kem motivasi sra utk upkk/upsra 2015

Assalam
Adham telah attend 2 hr 22-23 ogs... Tanya pdnya apa dpt? Syok tangkap ayam.. Pulak.. Ada slot tangkap & sembelih ayam ka?

Kedah lwn Drb Hicom 5-1.. Liga premier 2015

Assalam...
Tu dia.. Hr ni dlm sejarah cek pi tgk live bolasepak.. Layan je la no..

Jumaat, 21 Ogos 2015

Housewife.. semakin dekat...

Assalam

Jom muhasabah dan cari kebaikan dari keburukannya..

Gerudi email2 lama.. dapat yg ni..
Artikel “Suri Rumah - Kerjaya Besar yang dilupakan” 
  • Telah mendapat view yang sangat banyak sekali. 
  • 95% bersetuju dan 5% lagi tidak setuju. 
  • Dari kalangan yang setuju, 
  • 70% meminta penjelasan tentang perlaksanaannya dari kacamata kami sendiri.
Sebelum itu, kami nak beri disclaimer awal untuk mereka yang kadangkala baca tajuk sahaja dah melatah. 

Kami BUKAN MEMPERLEKEHKAN SURI RUMAH BEKERJAYA tetapi kami menampakkan rasional pilihan untuk kerjaya suri rumah sepenuh masa. Juga ada yang tak baca tetapi sering pula bertanya, bagaimana dengan kerjaya seperti jururawat, bidan yang sewajarnya wanita? ITU JUGA KAMI DAH RANGKUM dalam artikel ini. Cuma perlu baca sampai habis sahaja.
Mari kami bantu anda dalam membuat sedikit kira-kira yang MUDAH dan RINGKAS supaya anda sendiri mampu membuat kira-kira dari sudut guna anda sendiri. Kesemua 20 orang co-founder Prihatin juga bersama 20 orang isteri kerana kami tidak datang menggalang misi pembangunan akhlak Warga Prihatin ini secara sendirian. Maaf, kami bukan semuanya orang senang. Ada antara kami yang suaminya bergaji hanya RM1200 sebulan dan ada yang suaminya berpendapatan sangat tinggi tetapi tetap memilih untuk jadi suri rumah sepenuhmasa.
Tahun 2014 adalah tahun Wawasan Kemerdekaan isteri-isteri kami semuanya untuk menjadi suri rumah sepenuhmasa. Hanya tinggal 3 orang sahaja lagi yang masih bekerja bagi menghabiskan kontrak dan tanggungjawab mereka kepada kerajaan. Selebihnya telahpun berlepas diri.
IBU BEKERJA ITU MEMBAZIR ATAU MEMBANTU?
79% ibu yang bekerjaya membelanjakan lebih 70% gaji untuk diri sendiri. Contohnya seperti beg tangan, kasut, pakaian baru, wangian, rambut dan macam-macam lagi. Pastinya kami sendiri tidak lupa membuat pengiraan tentang itu. Mari kami kongsikan pengiraan yang boleh dijimatkan jika isteri terpelajar beranak 3 anda tidak bekerja di luar.
1. Kereta / kenderaan kedua = RM600 sebulan
2. Penyenggaraan kereta = RM100 sebulan
3. Minyak, parking & tol kereta = RM 500 sebulan
4. Tusyen anak-anak / guru mengaji dll – RM400 sebulan
5. Pembantu rumah / pengasuh dll – RM900 sebulan
6. Beli makanan luar – RM600 sebulan.
JUMLAH RM 3100
Sekarang, jika seorang suri rumah mampu mendapat gaji sebesar RM4,000 sebulan sebenarnya beliau hanya menyumbangkan RM900 sahaja dalam ekonomi rumahtangga.
Nanti dulu, tak mungkin pergi kerja pakai baju sama hari-hari kan? Mesti nak beli baju kerja, kasut kerja, beg tangan kerja, telefon pintar, alat solek, data plan mobile internet, tudung ikut fesyen dan banyak lagi. Semua itu bila dihitungkan tak berbaloi langsung. Suri rumahpun melaram juga sekali sekala, tetapi taklah perlu sampai setiap hari baju berlainan. Asalkan bersih dan tak comot sudah cukup gembirakan suamipun.
Jengah-jengah sedikit luar tingkap pejabat, nun di tengah Kuala Lumpur ada sebuah kawasan di panggil Bukit Bintang. Isi dalamnya kebanyakan barang-barang wanita. Prada, LV, Ferragamo, Birkin, Burberry, Jimmy Choo dan banyak lagi. Semua itu adalah sasaran kad-kad kredit wanita bekerjaya tadi. Untuk golongan pertengahan pun sama sahaja, jika pergi ke Parkson dan Jusco, anda lihat bahagian lelaki cuma satu sudut sahaja tetapi bahagian wanita sahaja sampai 2 tingkat.
APAPUN TAK SEMUA YANG MACAM ITU, tetapi kami sekadar berikan contoh. Bagi yang tak begitu, sila buat perkiraan sendiri untuk lihat adakah benar-benar anda telah menyumbang kepada ekonomi keluarga atau hanya untuk diri sendiri? Anda semua mungkin tidak, tetapi berdasarkan kajian kami sendiri dari kes-kes yang merujuk kepada kami, kami tahu gambaran makro kisah ini.
Kami tak tahu anda bagaimana, tetapi ini adalah perkiraan yang kami buat di kalangan warga kami sendiri yang telah dan bakal menjadi suri rumah sepenuh masa. Bukan kecil anak juga gajinya, ada yang meninggalkan gaji sehingga RM5-6 ribu sebulan sedangkan suaminya hanya berpendapatan separuh dari itu. Itupun mereka ralat kerana sepatutnya mereka sudah lakukannya awal dahulu lagi. Sekali lagi, kami tak bercakap tentang orang lain, kami bercakap tentang apa yang telah kami lakukan dan kami dapat lihat hasil pengorbanan itu sehingga artikel semalam tentang "Berhala Anak" ditulis oleh anak kami berusia 12 tahun. Beliau bukan genius tetapi beliau hanya salah seorang dari anak-anak kami yang mendapat sentuhan ibu-ibu kandung dan ibu-ibu angkat sepenuhmasa.
Tujuan mulanya untuk membantu mengukuhkan ekonomi rumahtangga, akhirnya menjadi bebanan pula. Ini belum lagi dengan anak-anak sendiri dididik oleh bibik-bibik yang tak tentu arah dan tak tahu asal usul mereka. Ingatlah, pembinaan anak kita berlaku HANYA sekali saja. Sekali ia terabai tak boleh kita putar semula masa. Kerugian kekal “yang ini” tiada nilai dan tebusannya.
Sehebat-hebat Saidatina Khadijah r.a. yang kekayaan perniagaannya sahaja lebih separuh harta yang ada di Kota Mekah, setelah berkahwin dengan Nabi s.a.w. terus resign jadi suri rumah sahaja. Pada pandangan awam, mereka ini macam tak berkerjaya sedangkan SURI RUMAH ITU SENDIRI SATU KERJAYA YANG SANGAT BESAR DI SISI ALLAH DAN SUAMI.
Sekarang cuba hitung-hitung pada diri sendiri. Anda keluar pagi balik malam untuk hanya penambahan beberapa RM sebulan. Kononnya untuk membantu ekonomi Sang Suami. Ada suami yang bergaji sampai RM10 Ribu tetapi masih isterinya mahu bekerja kononnya RM10 Ribu itu tidak mencukupi. Percayalah, jika suami anda bergaji RM 1 Juta sekalipun jika gaya hidup anda berubah mengikut pendapatan ia tetap tidak mencukupi. Gaya hidup itu adalah AGAMA, terbaik ialah cara hidup Islam.
Antara tanggungjawab besar seorang isteri ialah redha dan menerima apa sahaja yang suami mampu. Jika pendapatan suami hanya RM1 Ribu, janganlah ubah cara hidup nak ikut kawan-kawan yang suaminya bergaji RM10 Ribu. Itu yang jadi tak cukup.
Itu juga perangai tipikal wanita sepanjang zaman. Pantang jiran sebelah beli sofa baru, kita pun nak sofa baru juga. Pantang jiran beli kereta baru dia pun nak juga. Sang Suami pula kena pacu segala macam cara agar permintaan isteri itu mampu dipenuhi. Jika tak mampu juga, nanti Si Isteri minta izin nak bekerja untuk bantu penuhi GAYA HIDUP dan bukannya keperluan.
Lagi mengharukan, jika isteri yang meminta melebihi kemampuan suaminya memberi tekanan kepada suaminya sehingga suaminya terpaksa memesong diri berkhianat dalam tempat kerja, mencuri, berasuah dan membuat kerja-kerja haram semata-mata untuk memuaskan hati isteri.
BERKAT bermakna mencukupi. Mengapa rezeki tidak berkat.? Masih ingat Ramadhan al-Mubarak? Di sini, kami didik isteri-isteri kami untuk tidak meminta-minta dan PUASAkan kehendak mereka.

PERUBAHAN GAYA HIDUP MERAWAT INFLASI
Pengurangan segala perbelanjaan tambahan untuk isteri yang berkerja tu akan mengurangkan permintaan. Ini akan MENURUNKAN HARGA PASARAN. Yang merungut nak bayar hutang kerana ada dua tiga buah kereta dah tak perlu lagi. Anak boleh naik bas sekolah atau suami naik motor atau komuter. Atau isteri di rumah pakai kereta hantar suami ke stesyen dan anak sekolah. Belanja kurang, harga turun dan hubungan keluarga makin rapat dan mesra.
BAGI MEMENUHI FARDHU KIFAYAH, tidak semua isteri boleh melepaskan kerjaya kerana negara dan umat pun perlukan mereka juga. Tapi bila ramai yang sudah berhenti, kerjaya di rumah boleh jadi ganti. Bila isteri ramai di rumah, kejiranan pun jadi meriah. Anak boleh titip dengan jiran sahaja. Tidaklah lagi taska membuak-buak sampai anak tidak terurus. Silap silap basuh dan gosok kain baju dan makan tengahari pun boleh upah pada jiran. Kos ibu yang berkerja juga jadi murah meriah. Tidak gitu?
Kami tidak menolak kerjaya-kerjaya yang memerlukan penglibatan wanita. Jika mak bidan pun beri pada lelaki, kamipun tak mahu isteri bersalin pula nanti. Jangan jumud dalam hal itu. Salah seorang jurutera senjata peperangan Sultan Mehmet Alfateh juga adalah seorang wanita.

GODAAN & FITNAH ISTERI BEKERJA
Ramai kalangan kita membaca Quran dan hadis untuk mencari alasan menolak perlaksanaannya. Kami terbalikkan prinsip itu. Semua firman Allah dan sabda Nabi s.a.w kami cari rasional perlaksanaannya. Kami anggap SEMUA AYAT dan HADIS adalah PERINTAH, bukan cerita kosong. Jika Sabda baginda bahawa tanda akhir zaman ialah ramainya wanita berkerjaya, jika Allah kata isteri harus dirumah mengurus rumahtangga, SIAPA KITA untuk menafikannya.? Bukankah kita ini hamba yang mengikut perintah?
Percampuran Lelaki dan wanita itu ada caj –ve dan +ve, ibarat minyak dan api. Jangan didekatkan langsung nanti menyambar dan terbakar. Untuk elakkan kebakaran berlaku, JAUHKANLAH api dengan bahan bakar itu tadi.
Semasa dalam ruang kerja, pasti ada pelbagai godaan. Tidak kira lelaki mahupun perempuan, anak dara ataupun bini orang semua tak terlepas dari fitnah dan gejala. Apatahlagi kerjaya yang memang mencampur gaul wanita dan lelaki, bahkan memerlukan kita gedik dan seksi. Kalau tidak tak lah kita baca penceraian artis saban hari.
Isu dalam dada akhbar, statistik dari mahkamah dan Kebajikan Masyarakat sahaja sudah cukup menjadi bukti perceraian yang banyak berlaku disebabkan oleh “AFFAIR TEMPAT KERJA”. Antara yang pernah singgah dalam pengetahuan kami apabila ada isteri (suami juga tak terkecuali) yang berfikiran dalam tempoh 8am-5pm mereka BUKAN ISTERI dan mereka bebas melakukan apa sahaja. Di rumah, baru mereka akan kembali sebagai suami atau isteri.
Walaupun anda tidak begitu, tapi banyak kes telah berlaku. Bayangkanlah isu berapi begini terjadi di sana dan sini. SUAMI pula menggatal dengan orang lain dek kerana layanan isteri dah jadi hambar di rumah lantaran kepenatan bekerja siang hari. Kadangkala balik ke rumah seperti orang bujang, semuanya hanya layan diri sendiri sahaja. Di mana syurga rumahtangga? Mana bidadarinya? Hujung-hujung, pembantu rumah yang tak ada rupa sangatpun, yang tiada pelajaran sangatpun jika menggedik lebih kurang atau terbuat konon-konon keluar bilik air bertuala tanggung habis dilayan Sang Suami yang gersangkan layanan isteri yang sah.
Itulah buah kerosakan akhlak anak-anak generasi penerus yang bakal hidup dalam kerosakan bersama anak-anak anda yang tak rosak itu. Akhirnya, anak yang tak rosak juga akan rosak. Berkubang dalam kolam lumpur yang sama, mustahil terpalit sedikitpun tidak.
Sekali lagi, tak semua begitu atau kebanyakannya baik-baik belaka. Cuma kami suka menjadi sedikit paranoid kepada sesuatu kebejatan yang fatal. Baik kami sampaikan berita terburuk untuk kita ingat berbanding kami hanya sentuh berita kurang serius dan anda sidang pembaca merasakan ianya tidaklah serius sangat. `Work for the best, Prepare for the worse’.

KEMBALI KEPADA FUNGSI ISTERI
Anda tahu bahawa ada 3 istilah isteri dalam quran? Iaitu Nisa’, Aswaja dan Amaraat. Itu ada kaitan dengan fungsi isteri. Kami tak boleh huraikan sekarang, nanti anda komplain artikel panjang sangat. Bukan semuanya minat membaca, mengkaji jauh sekali. Ramainya cuma minat gosip dan mencari alasan.
Jika suami menjadi arkitek rumahtangga, isterilah kontraktornya. Jangan komplen fitrah yang Allah telah tentukan itu. Suami menjadi pemimpin dan isteri menjadi pendidiknya dan anak adalah hasil kepimpinan yang diterjemah melalui pendidikan oleh Sang Ibu itu. Suami ialah Abal Haqam (Bapa Hukum) ibarat nakhoda yang menentukan destinasi pelayaran dan isterilah pengemudi bahtera itu.
Ibu teragung kita ialah Siti Hajar dan suami beliau ialah Nabi Ibrahim a.s.. Selepas melahirkan Ismail a.s., nabi Ibrahim a.s. meninggalkan Siti Hajar dan Ismail di tengah padang pasir dengan bekalan ILMU sahaja. Dengan ilmu itu, Siti Hajar mampu didik Ismail menjadi seorang nabi. Siti Hajar tidak pergi jauh dari Ismail AS. Secara geografi, jarak antara Bukit Safa & Bukit Marwa dan telaga zamzam semuanya dalam jarak seperlaungan tangisan seorang bayi sahaja.
Siapa berani komplen model keluarga Nabi Ibrahim yang telah Allah abadikan disebalik falsafah Baitullah ini? Sekarang ini, dalam takliq nikah pun dah ada lafaz jika ditinggalkan lebih 4 bulan kamariah, isteri boleh tebus talak RM1. Nabi Ibrahim dahulu, tinggal terus Siti Hajar selepas dijelaskan visi dan misi bagaimana dan apa nak dijadikan kepada anakanda baginda, Ismail A.S. Jika nak dikira nafkah batin, nyata sekali nafkah batin yang suami dan isteri moden fikirkan ialah menjurus kepada hubungan seks sahaja sedangkan apa yang dipraktis oleh Nabi Ibrahim ialah "ILMU". Itulah nafkah batin Nabi Ibrahim kepada Siti Hajar.
Jika berani pertikai, silalah komplen cara Nabi Ibrahim tu.
Cuba kita bayangkan Siti Hajar seorang yang bekerjaya. Siap outstation luar Negara sampai berminggu-minggu. Mungkinkah seorang nabi mampu untuk dihasilkan? Fikirkanlah sendiri, kita mahukan anak berakhlak sebaik nabi, tetapi beralasan itu dan ini untuk menjadi suri yang mengabdi kepada suami walaupun dalam keadaan ketiadaan suami di sisi.
Terlalu banyak yang mahu kami ceritakan, dan terlalu sedikit ruang yang mampu kami coretkan di sini. Jika Allah perintahkan, pasti Allah juga beri jalan keluar. Jangan risau tentang nasib ibu tunggal, anak yatim dan sebagainya. Semua itu sudah diambil kira. InsyaAllah kami boleh kongsikannya di artikel lain atau bila kita buat bengkel parenting nanti.
Ini sahaja sudah sangat panjang dan kami harap, ia berbaloi untuk anda baca dan kongsikanlah kepada mereka yang masih lagi mencari-cari jawapan dan penyelesaian.
Nukilan
WARGA PRIHATIN
* Jangan mulakan komen anda dengan "Tidak semestinya...
* " Jika itu digunakan, tiada apa yang boleh ditulis kerana setiap isu bukan 100% aplicable kepada semua. 
*Cukup untuk yang patut ambil pelajaran yang ambil pelajaran, jika anda seorang yang sudah cukup baik, tak perlu terasa kerana artikel ini mungkin bukan untuk anda.

Jumaat - another one week to go.. Bye J

Assalam




Rabu, 19 Ogos 2015

Takdir Mengatas Segala2nya

Assalam

cuma menghitung hari shj utk bekerja.. ada 6 hari lagi untuk bekerja di J..
ku simpan kenangan selama 20thn lbh di hati sanubariku.. suka duka, tawa gembira bersama rakan2 kerja yg masih ada dan ada yg telah mencari rezeki ditmpt lain..

pada 20 Mac, 1995 aku ditempatkan di agensi k'jan sbg pegawai penyelidik. Agensi yang berteraskan microeletronik dan technologi terus maju sehingga dikorporatkan pada thn 1997. aku berada di satu unit di dalamnya yg bermulanya dgn r&d dan berkembang menjadi pengendali internet pertama (isp) di malaysia. 2005 J telah dikeluarkan dibwh mof sbg sykt glc 2014 J telah dijual oleh mof kpd mahluk Allah ni (semoga Allah memberi hidayah kpdnya, diberi keinsafan mjd manusia berguna). Maka 22 April 2015, J tlh diisytiharkn oleh mahkamah dibwh liquidasi dan akn ditutup pd 22 Ogos 2015 slps diumukan sykt ug berjaya membeli asetnya. kesan pd staff amat terasa dr fizikal & mental. Hanya Allah yg Maha mengetahui.

namun kenangan meninggalkan J amat indah bgku walau penyebab utk ditutup tu agak tragik bgku..
ada hikmah diatas perkara ini berlaku pada diriku yg dlm perancangan utk berhenti dlm bbp thn lg.. Allah telah takdirkan utk aku pergi dr J awal sikit..
Syukur ya Allah, dlm keadaan ini.. aku sikit bersedia.. dan skrg tgh buat my next future plan yg bgku amat menyeronokkan..

Waalahualam

Isnin, 17 Ogos 2015

Merawat Kesedihan - YANG DI SISI ALLAH LEBIH BAIK

Assalam

YANG DI SISI ALLAH LEBIH BAIK (FB Ustaz Umar Muhammad Noor)

Hafsah binti Sirin memiliki seorang anak yang sangat berbakti. Suatu hari, anak tersebut meninggal dunia.
Hafsah berkata: “Aku menjadi sangat sedih. Setiap hari aku merasakan kesedihan atas kematiannya.”

“Suatu malam, aku membaca surah al-Nahl. Aku membaca firman Allah:
إِنَّمَا عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ ، مَا عِنْدَكُمْ يَنْفَدُ وَمَا عِنْدَ اللَّهِ بَاقٍ وَلَنَجْزِيَنَّ الَّذِينَ صَبَرُوا أَجْرَهُمْ بِأَحْسَنِ مَا كَانُوا يَعْمَلُونَ .

“Apa yang berada di sisi Allah lebih baik bagimu jika engkau mengetahui. Apa yang berada di sisimu akan berakhir, sedang apa yang berada di sisi Allah akan terus kekal. Dan Kami akan memberi balasan bagi orang yang bersabar lebih baik daripada apa yang mereka lakukan. (al-Nahl ayat 95-96)
Berkata Hafsah: “Aku terus mengulang-ulang ayat ini. Allah lalu menghapus kesedihan dari hatiku.”

Sedekah untuk Murahkan Rezei

Assalam


Ahad, 16 Ogos 2015

Jamuan Raya @ Teluk Kemang

Assalam..
Badan tersangat letih slps seharian mengurus majlis jamuan raya adik beradik, jiran2 dan tetamu semua. Namun puashati kerana tujuan utk menyatukn siratulrahim tercapai wp k.long & adik2 ada yg xsmpi.
Ya Allah, niatku bkn shj nk menyatukn kami semua tp diatas t/jwb aku terhadap sesama manusia, seterusnya m'harap keredhaan Mu.

Cara @ tips hafaz al-quran


Assalam,

Jom praktikkan anak2 mama semua..

Berikut disajikan 22 tips dari Fadhil Azman (22) yang sukses menghafalkan Qur’an 30 juz selama 4 bulan di sela kuliahnya yang padat di University of Jordan.
Yang menarik adalah, pemuda Singapura yang mendalami bidang Islamic Theology ini menyampaikan tips tersebut dengan sangat sederhana, sehingga insyaa Allah akan mudah untuk kita ikuti, sebagaimana disiar Sirap Limau dari blog peribadi
Fadhil Azam, Selasa (4/8/2015).

Berikut adalah tips saya:

1- Memurnikan niat Anda.
2- Mulakan sekarang.
3- Gunakan mushaf yang sama.
4- Mendengarkan bacaan Al-Qur’an.
5- Pengulangan dan pembagian halaman sebagai dasar untuk menghafal.
6- Memahami adalah kunci untuk menghafal.

Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K
6- Memahami adalah kunci untuk menghafal.
6- Memahami adalah kunci untuk menghafal.

Copy and WIN : http://bit.ly/1J3vX3K
7- Mulailah dengan perlahan.
8- Jangan menyerah atau putus asa
9- Memiliki teman yang ingin menghafal Al-Qur’an juga.
10- Membuat rencana.
11- Cari Waktu terbaik,
12- Jadilah produktif.
13- Bawa selalu mushaf Anda ke manapun Anda pergi.
14- Jaga mata Anda.
15- Banyak bertaubat.
16- Memiliki seseorang untuk mendengarkan hafalan Anda; tasmii ‘.
17- Muraja’ah (mengulang dan merevisi) apa telah Anda hafal.
18- Makan kismis dan madu.
19- Shalat malam.
20- Berdoalah. Selalu mencari bantuan Allah.
21- Doakanlah orang lain.
22- Mintalah orang tua Anda untuk mendoakan Anda.

maklumat lengkap di http://siraplimau.com/tips-mudah-menghafal-al-quran/

Ya Allah, berikan zuriat dan keturunan ku daripada yg memahami al-quran dan menghafaznya.. Amin yaraballaalamin..

Rabu, 12 Ogos 2015

SURAH AL-KAUTSAR .

Assalam

SURAH AL-KAUTSAR


.
Surah ini disifatkan sebagai surah penghibur hati Nabi Muhammad S.A.W karena diturunkan ketika baginda bersedih atas kematian 2 orang yang dikasihi,yaitu anak lelakinya Ibrahim dan bapak saudaranya Abu Thalib.
.
Berbagai khasiat terkandung di dalam surah ini dan boleh kita amalkan :
.
1. Baca surah ini ketika hujan dan berdoa, mudah-mudahan Allah S.W.T mengkabulkan doa kita.
2. Jika kita kehausan dan tiada air, bacalah surah ini dan gosok di leher,
Insya Allah hilang dahaga.
3. Jika sering sakit mata, seperti berair, gatal, bengkak,sapukan air mawar yang
sudah dibacakan surah ini sebanyak 10x pada mata.
4. Jika rumah dipercayai terkena sihir, baca surah ini 10x, mudah-mudahan
Allah S.W.T bagi ilham pada kita dimana letaknya sihir itu...
5. Jika membacanya 1.000x rezeki kita akan bertambah.
6. Jika rajin membacanya, hati kita akan menjadi lembut dan khusyuk ketika menunaikan sholat.
7. Jika orang teraniaya dan terpenjara membacanya sebanyak 71x, Allah S.W.T akan memberikan bantuan kepadanya karena dia tidak bersalah tetapi dizalimi.
.
SubbahanAllah...

Selasa, 11 Ogos 2015

Mendoakan orang lain untuk perolehi yang sama

Assalam

dari FB Dr. Abdul Basit

Untungnya "Mendoakan orang lain"
حَدَّثَتْنِي أُمُّ الدَّرْدَاءِ ، قَالَتْ : حَدَّثَنِي سَيِّدِي أَنَّهُ سَمِعَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، يَقُولُ : " مَنْ دَعَا لِأَخِيهِ بِظَهْرِ الْغَيْبِ قَالَ : الْمَلَكُ الْمُوَكَّلُ بِهِ آمِينَ وَلَكَ بِمِثْلٍ
Ummu ad-Darda’ radiallahu ‘anha berkata: Suami aku menceritakan bahawa dia mendengar Rasulullah sallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: Sesiapa yang berdoa untuk saudaranya tanpa pengetahuan mereka, maka malaikat akan berkata: Amin, dan untuk engkau seperti itu. [Sahih Muslim, Kitab az-Zikr wa ad-Dua’ wa at-Taubat, hadis no: 4919]

Imam an-Nawawi menakalkan dalam Syarah Sahih Muslim:
ولو دعا لجملة المسلمين فالظاهر حصولها أيضا ،
Seandainya seseorang itu berdoa untuk sekelompok kaum Muslimin, zahir hadis ini dia tetap akan memperolehinya jua (iaitu memperolehi fadhilat diaminkan doa dan didoakan oleh malaikat)

وكان بعض السلف إذا أراد أن يدعو لنفسه يدعو لأخيه المسلم بتلك الدعوة ;
Sebahagian ulama' salaf, apabila mereka mahu berdoa untuk diri mereka, mereka akan berdoa untuk saudara mereka dengan doa tersebut (iaitu hajat yang mereka mahu untuk diri mereka sendiri)
لأنها تستجاب ، ويحصل له مثلها
Ini kerana doa itu akan dimakbulkan Allah, dan dia akan memperolehi hal yang sama seperti yang dia doakan (kepada saudaranya)

.

Isnin, 10 Ogos 2015

Persedian Jamuan Raya Keluarga

Assalam..

Insha Allah, Sabtu 15 Ogos dan 30 syawal telah diwar2kan utk buat Jamuan keluarga @adik beradik semua. Moga tali siratulrahim dapat bertambah erat.

Plan untuk jamuan adalah:
1- Pagi - ketupat, lodeh, kuah kacang
2- Petang - Rendang ayam & ketupat, laksa utara, laksa johor, puding laici, kek keju & kek coklat

Untuk tghari, aku akan jumpa jiran2 sekali dan aku minta sesiapa adik beradik utk menjemput mak sedara kami Mek Tam dan anak2nya.

Moga Allah permudahkan urusan, wassalam.





Ahad, 9 Ogos 2015

Kek Oren Kismis

Assalam...

Resepi dari kak hanieliza fp

Bahan
250 gm butter
200 gm gula kastor
4 biji telur gred A
1 s/k esen vanilla
270 gm tepung gandum ] ayak(kurangkan ke 230 gm)
1 s/k baking powder ]
100 gm kismis (lebihkan ke 150gm)

1 biji buah oren [parut kulit dan perahkan airnya]
3 s/b oren sunquick

Cara.
1. Butter dan gula di pukul sehingga gebu.
2. Masukkan telur satu persatu dan esen vanila. Kacau rata.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yg telah diayakkan berselang seli dengan kismis. Kacau rata.
4. Masukkan jus oren dan oren sunquick. Kacau rata.
5. Masukkan dalam loyang yg telah dilapikkan kertas minyak.
6. Bakarkan dalam suhu 170'C selama 45 minit atau sehingga masak. 

Nota : setelah buat kali ke 2.. ada edit sikit utk dpt kek yg diingini




Asam Pedas Johor Arwah Mak

Assalam..

tekak teringin nak makan asam pedas, minggu lepas pergi ke pasar sg besi, dapat seekor ikan jenahak dgn harga RM26/kilo.. ok la kan, nak teringin & ikan tu pulak nampak fresh. seekor je dekat rm60.

So ini resepi.. (copy paste dari posting sebelum ni)

Bahan2 :
cili kering 20 biji, direbus  } **
1cm halia                     } **
1cm kunyit hidup          } **
1 labu bwg besar          }** blend semua bahan
3 biji bwg putih             }**

ikan ikut masing2 nak guna jenis apa,
10 biji kacang bendir,
daun kesom,
asam jawa (sebesar telur ayam kampung) di campur l liter air (kalau nak cair, tmbh air ikut kecairan yg disukai)

Cara2:
Tumis bhn diblend hingga naik minyak, masukkan ikan sekejap & masukkan air asam jawa,
biar hingga mendidih. masukkan kacang bendir & daun kesom.
Bila ikan dah masak, masuk bahan perasa & garam.


Jumaat, 7 Ogos 2015

Muhasabah Diri.. Jumaat

Assalam

JADUAL KHIDUPAN HARIAN YANG DISUSUN USTAZ ISMAIL KAMUS
1. bangun malam ( sekitar jam 3 pg)-mandi dan ambil wuduk
2. solat sunat wuduk.
3. solat sunat taubat.
4. solat sunat tahajjud (8 rakaat).
5. solat sunat hajat ( minta Allah makbulkan permintaan kita, bila2 masa kita minta).
6. solat sunat witir 3 rakaat.
7. istighfr 100x
8. tahlil 300x
9. لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ الظَّا لِمِيْنَ. kali 40
10. tasbih 40x
11. solat sunat fajar.
12. solat subuh.
13. baca yaassin lepas subuh.
14. solat sunat dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
16.Solat Asar-solat sunat sebelum
17. Solat maghrib-solat sunat selepas
18. Solat Isya'-solat sunat sebelum-solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca :- al-quran- surah Al-mulk- surah sajjadah- surah al-waqiah
20.setiap hari mesti sedekah, walaupun sedikit.

“Didunia bukan tempat untuk berehat, tetapi tempat untuk beribadat."
Ustaz Ismail Kamus.
Ya Allah Ya Tuhanku...kurniakanlah juga kepada hambamu ini kenikmatan beribadat sebagaimana Engkau kurniakan kepada orang2 yang Engkau cintai.....


10 Surah dapat Menghalang daripada 10 ujian Besar Allah.
1- Surah Al-Fatihah dapat memadam kemurkaan Allah SWT.
2- Surah Yasin dapat menghilangkan rasa dahaga atau kehausan pada hari Kiamat.
3- Surah Dukhan dapat membantu kita ketika menghadapi ujian Allah SWT pada hari kiamat.
4- Surah Al-Waqiah dapat melindungi kita daripada ditimpa kesusahan atau fakir.
5- Surah Al-Mulk dapat meringankan azab di dalam kubur.
6- Surah Al-Kauthar dapat merelaikan segala perbalahan.
7- Surah Al-Kafirun dapat menghalang kita daripada menjadi kafir ketika menghadapi kematian.
8- Surah Al-Ikhlas dapat melindungi kita daripada menjadi golongan munafiq.
9- Surah Al-Falq dapat menghapuskan perasaan hasad dengki.
10- Surah An-Nas dapat melindungi kita daripada ditimpa penyakit was-was.

Rabu, 5 Ogos 2015

Cuba selagi ada peluang

Assalam..

Atas desakan kwn2 td, finally aku dh siapkn my latest resume utk company yg iya2 sgt nk amik kami sbg staff.. Manatau ini rezeki kami semua... Kalo mrk ikhlas utk berniaga, insha Allah jika kami diterima.. Kami berazam akn bekeja dgn ikhlas juga.. Jika organisasi berjaya, staff akn dpt pulangan.. Ya Allah redhai lah perjalanan hamba ini. Berilh petujuk kpd kami sedangkn kami tdk tau apa dihadapan.. Rezekikn kami dgn yg baik2.. Demi kerana Mu. Lilahitaala..

Walaupun hati berat nk bekerja lg.. Tp kalo peluang dh dibuka, aku terpaksa sahut. Kalo dh rezeki x
kemana.