Lebih kurang 100 staff diberhentikan berkuatkuasa 30 Mei, 2015... sedihnya... walaupun belum sampai masa ku lagi, tp mmg dah terasa kesunyian ofis pada Jun nanti
aku doa sama2 dimurahi rezeki, sesuatu tu berlaku itu ada hikmah nya..
hari ni 12 Jun, dah 2 minggu berlalu.. ofis mmg sunyi, mood kerja pun kelaut..
Macam2 cerita kesan dari Retrenchment ni.. apa2 pun, aku harap sahabat2 kembali kpd Nya,
‘Ada yang diberhentikan ketika masih cuti pantang’ http://www.sinarharian.com.my
SHAH ALAM - “Pada 23 April 2015, Jaring dilikuidasi dan 97 (50 peratus) orang pekerja Jaring telah diberikan notis singkat 9 hari (terima notis 22 Mei) untuk diberhentikan dan tarikh akhir perkhidmatan adalah 31 Mei 2015. Tiada sebarang pampasan diberikan dan sehingga hari ini gaji terakhir bulan Mei belum dibayar."
Demikian luahan seorang pekerja Jaring yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad, 27, tatkala berbicara mengenai nasibnya selepas diberhentikan kerja oleh Jaring, sebuah syarikat penyedia internet pertama di Malaysia.
Berbicara lanjut, Muhammad berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah nasib rakan-rakannya yang lain kerana ada yang diberhentikan ketika masih cuti berpantang.
“Ada beberapa orang pekerja yang menerima surat pemberhentian sedang dalam pantang. Ada yang diberhentikan dalam keadaan sedang mendapat rawatan di hospital.
“Mereka yang diberhentikan ada yang hanya suami seorang sahaja yang bekerja dan ada juga suami isteri yang bekerja di Jaring yang diberhentikan serentak.
“… ini amat-amat menyedihkan kerana diberhentikan secara tiba-tiba dan kebanyakannya belum mendapat pekerjaan baru,” katanya kepada Sinar Online.
Dalam pada itu, Muhammad berkata, bagi menuntut hak mereka pekerja-pekerja sedang berusaha mendapatkan pampasan yang sepatutnya dari syarikat.
“Sebelum ini pada bulan Ogos 2014 aduan dan laporan juga telah dibuat ke KWSP. LHDN, SOCSO tentang duit tidak carum oleh pihak syarikat.
“Kami akan terus memperjuangkan nasib kami,” luahnya.
Ujarnya lagi, pada Julai 2014 syarikat sudah mula tidak melunaskan bayaran seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Socso, Tabung Haji, Zakat, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, (LHDN) pinjaman Bank Rakyat, kereta, rumah walaupun dalam slip gaji semua yang disebut dipotong.
“Ramai hanya menyedari setelah pihak bank menelefon setelah tidak menerima pembayaran beberapa bulan dan ada yang tiba-tiba mendapat surat saman dari pihak bank.
“Syarikat juga sudah tidak membayar insuran perubatan dan mengakibatkan pekerja mengeluarkan duit sendiri untuk perubatan,” katanya.
Jaring Communication Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat GLC di bawah Kementerian Kewangan telah diambilalih oleh Utusan Printcorp awal Januari 2014.
Sejak diambilalih tiada sebarang prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan syarikat itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan