Assalam
Takutnya melihat video mengenai tmpt tinggal slps dunia ini.. rasa teringat2 & terbayang mcm mana la tmpt tinggal ku nanti...
KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR
Rasulullah
s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua
Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya
disebut dengan nama “Munkar” dan yang
satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati
itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka
menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad
s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka
bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah
memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata:
“Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya
lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad
s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka
menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah
Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia
menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang
yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang
yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad
s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui
serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah
melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah
dan RasulNya!”
Mereka
berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang
demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w
bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari
langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya
satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga,
serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w
bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari
bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas
tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya;
kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah
aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan
kebaikan halku?”
Dua
Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin
yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya;
Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan
Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia
menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang
berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu
benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata:
“Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat
oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya:
“Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu
hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta
bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda
lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara
panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi
mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya,
maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah
bangkitkan dia dari kuburnya.”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan