Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 23 Januari 2014

Tazkirah @ Ofis - Surah Al-Kahfi 103-104 Bahaya Jahil Ilmu Agama

Salam

Tarikh              : 09/01/2014 (Khamis)
Masa               : 1:00 pm
Tempat           : Bilik Latihan
Penceramah : Ustaz Dr Abdullah Yaasin
Tajuk               : Tafsir Al-Quran


PELAJARAN 143 – AL-QURAN

BAHAYA
JAHIL ILMU AGAMA

 ( Al-Kahfi [18] : 103 – 104 )
 



TERJEMAHAN :

103.       Katakanlah: " Apakah akan Kami beritahukan kepadamu tentang orang-orang yang paling merugi perbuatannya ? "

104.       Iaitu orang-orang yang telah sia-sia perbuatannya dalam kehidupan dunia ini, sedangkan mereka menyangka bahwa mereka berbuat sebaik-baiknya.


MUKADDIMAH :

Sungguh banyak kenyataan dari Al-Quran bahawa syaitan adalah musuh yang nyata bagi anak cucu Adam (manusia), antaranya firman Allah :

 A060

Bukankah Aku Telah memerintahkan kepadamu Hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu", ( Yasin [36] : 60 )

Terdapat sungguh banyak jalan atau cara yang dilalui oleh syaitan untuk memesongkan manusia. Syaitan menggunakan pelbagai cara untuk menyesatkan dan mencelakakan manusia, antaranya melalui : Kejahilan , Marah , Cinta Dunia , Gila Pujian , Tamak , Bakhil , Takabbur , Riyak , Bangga Diri dan lain-lain. Pintu masuk syaitan yang sangat berbahaya adalah melalui kejahilan. Maksudnya : Manusia yang jahil sangat mudah ditipu oleh syaitan. Sedangkan manusia yang mempunyai ilmu pengetahuan sangat ditakuti oleh syaitan.

Rasulullah s.a.w. bersabda : ( فَقِيْهٌ وَاحِدٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ ) : Seorang yang faqih (memahami selok belok agama) lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu ‘abid (orang banyak beribadat tetapi jahil). ( HR. Tarmidzi, Ibn Majah dan Al-Baihaqi )

Akibat kejahilan akhirnya manusia hanya menyangka mereka telah berbuat baik di dunia padahal perbuatan mereka hanya sia-sia di sisi Allah. Ini sebagaimana yang Allah sebutkan di dalam ayat di atas.


ILMU AGAMA :

Al-‘Ulama’ ( العُلَمَاءُ ) adalah bentuk jamak daripada Al-‘Alim ( العَالِمُ ) yakni orang yang berilmu.  Ciri-ciri utama orang-orang yang berilmu ( العُلَمَاءُ ) ialah mereka mempunyai perasaan takut kepada Allah. Ini sebagaimana firman Allah :

A028

Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hamba-Nya, hanyalah ulama’ ….  ( Fatir [ 35 ] : 28 )

Yang dimaksudkan bahawa para ulama’ (orang yang berilmu) itu takut kepada Allah kerana merekalah golongan yang mengetahui kebesaran dan kekuasaan Allah. Perasaan takut demikian hanya akan muncul daripada orang yang beriman kepada Allah dan beriman kepada segala yang datang daripada-Nya serta yakin akan adanya Hari Pembalasan.

Setiap umat Islam yakin bahawa kehidupan terbagi dua, iaitu kehidupan di dunia dan kehidupan di akhirat. Kehidupan pertama hanya bersifat sementara dan akan berakhir dengan kematian, sedangkan kehidupan kedua kekal selamanya tanpa penghujung dan di sana hanya ada dua tempat sahaja yakni syurga dan neraka. Corak hidup manusia di akhirat sangat ditentukan oleh aktibiti yang dia lakukan di dunia. Allah berfirman :

A007
A008

Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat dzarrah pun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya. Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar dzarrahpun, niscaya dia akan melihat (balasan)nya pula. ( Zalzalah [99] : 7 –8 )






JANGAN IKUTI JALAN SYAITAN :

Allah S.W.T. melarang orang-orang yang beriman mengikuti jejak langkah syaitan. Tetapi sebaliknya menyuruh mereka agar mengikuti Islam secara menyeluruh. Hakikat ini tergambar dengan jelas di dalam firman Allah :


A208
Hai orang-orang yang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhan, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan. Sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu. Al-Baqarah [2] : 208 )

Menurut Imam Ibn Kathir di dalam tafsirnya I / 265 : Ibn Abbas r.a dan lain-lain berkata : Makna ( السِّلْمُ ) dalam ayat di atas adalah (  الإِسْلاَمُ  ) yakni agama Islam. Allah menyuruh orang-orang yang beriman agar memasuki Islam secara menyeluruh. Kemudian melarang keras mereka agar jangan mengikuti langkah-langkah syaitan. Rujukan utama agama Islam pula adalah Al-Quran dan Al-Hadis. Oleh itu Nabi Muhmmad s.a.w. memberi jaminan bahawa manusia tidak akan sesat selamanya jika mereka menjadikan Al-Quran dan Al-Sunnah sebagai panduan hidupnya.

Jalan Islam inilah yang digambarkan selalu dengan ( صِرَاطَ الْمُسْتَقِيْمِ ) : Jalan Yang lurus yang umat Islam mohon setiap hari. Allah sendiri menjelaskan bahawa Jalan Lurus itu Jalan-Nya : ( وَأَنِ اعْبُدُونِى هَذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيْمٌ ) : Dan sembahlah hanya kepada-Ku sahaja, dan inilah Jalan Yang Lurus ( Yasin [36]: 61 ) ; Juga jalan yang dibaqa oleh Rasul-Nya : ( إِنَّكَ لَمِنَ الْمُرْسَلِيْنَ عَلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ ) : Sesungguhnya engkau salah seorang dari rasul-rasul , (yang berada) di atas Jalan Yang Lurus )  ( Yasin [36] : 3 – 4 ). Berdasarkan ayat-ayat di dalam surah Yasin di atas jelaslah bahawa Jalan Yang Lurus itu adalah Jalan Allah dan Jalan Rasul-Nya atau dengan perkataan lain ialah Al-Quran dan Sunnah Nabi s.a.w.

Kalaulah demikian maksud Jalan Yang Lurus maka peranan syaitan adalah agar manusia menyimpang daripada jalan tersebut. Apalagi makna perkataan syaitan itu sendiri adalah ( بَعِيْدٌ عَنِ الْحَقِّ ) : Jauh daripada kebenaran.


SYAITAN TAKUT KEPADA FAQIH :

Rasulullah s.a.w. bersabda : ( فَقِيْهٌ وَاحِدٌ أَشَدُّ عَلَى الشَّيْطَانِ مِنْ أَلْفِ عَابِدٍ ) : Seorang yang faqih (memahami selok belok agama) lebih digeruni oleh syaitan daripada seribu orang ‘abid (orang banyak beribadat tetapi jahil). ( HR. Tarmidzi, Ibn Majah dan Al-Baihaqi ) Sabdanya lagi : ( خَيْرُ دِيْنِكُمْ أَيْسَرُهُ وَخَيْرُ الْعِبَادَةِ الْفِقْهُ ) : Sebaik-baik agama kamu adalah yang paling mudah dan sebaik-baik ibadat adalah kefahaman. ( HR Bukhari dalam Al-Adab , Imam Ahmad di dalam Al-Musnad , Al-Tabarani dalam Al-Kabir )

Tafaqquh Fiddin , artinya : Memahami selok belok agama Islam. Rasulullah s.a.w. bersabda tentang kelebihan Tafaqquh Fiddin : ( مَنْ يُرِدِ اللهُ بِهِ خَيْرًا يُفَقِّهْهُ فِى الدِّيْنِ ) : Barangsiapa yang Allah menginginkan kebaikan padanya, niscaya Allah berikan dia kefahaman yang mendalam dalam urusan agama. ( HR Bukhari dan Muslim )

Semoga kita termasuk ke dalam golongan yang gemar mendalami selok belok urusan agama kita agar tidak mudah diselewengkan oleh syaitan.


SYAITAN MENYESATKAN MANUSIA :

Syaitan enggan mengikuti perintah Allah agar sujud kepada Adam a.s. Akhirnya dia dikutuk oleh Allah. Syaitan dendam kepada Adam dan berazam di hadapan Allah untuk menyesatkan Adam dan anak cucunya. Azam ini dikisahkan oleh Allah sendiri di dalam firman-Nya :

A016

Iblis menjawab: " Karena Engkau Telah menghukum aku tersesat, maka aku benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,    ( Al-A’raf [ 7 ] : 16 )

Allah mengingatkan umat manusia agar jangan ditipu oleh syaitan :

A027

Hai anak Adam, janganlah sekali-kali kamu dapat ditipu oleh syaitan sebagaimana ia Telah mengeluarkan kedua ibu bapamu dari surga,. ( Al-A’raf [7] : 27 )


PEMBAHAGIAN MANUSIA :

Menurut Al-Khalil bin Ahmad ( Wiqayah al-Insan Min al-Jin wa al-Syaitan ; Wahid Abdul Salam al-Bali ; 131 ) : Jika manusia dibagi berasaskan ilmu maka manusia terbagi kepada empat golongan :

1.    Orang yang tahu dan dia tahu bahawa dia tahu. Itulah orang yang alim , maka bertanyalah kepadanya.
2.    Orang yang tahu tetapi dia tidak tahu bahawa dia tahu. Inilah manusia yang lalai , maka peringatkanlah dia.
3.    Orang yang tidak tahu dan dia tahu bahawa dia tidak tahu. Dialah orang perlu bimbingan , maka ajarlah dia.
4.    Orang yang tidak tahu dan dia sendiri tidak tahu bahawa dia tidak tahu. Inilah orang yang jahil , oleh itu jauhilah dia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan