بسم الله الرحمن الرحيم
6 KELEBIHAN JUMAAT | Artikel
1. Berlakunya Hari Qiamat.
Dalam suatu hadis riwayat Muslim,
RasuluLLah S.A.W ada menyebut bahawa:
“Pada hari Jumaat juga qiamat akan berlaku. Pada hari itu tidaklah seorang yang beriman meminta sesuatu daripada Allah melainkan akan dikabulkan permintaannya.”
Dalam hadis lain, RasuluLlah SAW bersabda yang bermaksud :
“Hari Yang Dijanjikan ialah Hari Qiamat. Hari Yang Disaksikan ialah Hari Arafah, dan Hari Yang Menyaksikan ialah Hari Jumaat. Matahari tidak terbit dan tidak terbenam pada mana-mana hari yang lebih mulia dan afdal daripada hari Jumaat.”
2. Nabi Adam Diciptakan Dan Baginda Juga Disingkirkan Dari Syurga.
Hari ini nabi Adam a.s diciptakan, dan hari ini jugalah beliau diturunkan daripada syurga. Daripada Abu Hurairah katanya, Rasulullah SAW bersabda, maksudnya:
“Sebaik-baik hari yang terbit matahari ialah Jumaat, pada hari itulah, Adam a.s. diciptakan dan pada hari itulah juga dia dikeluarkan dari syurga.”
3. Penghulu Segala Hari.
Jumaat ini adalah hari yang sangat-sangat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat itu ketua dan lebih sedikit ganjarannya berbanding hari-hari yang lain. Dalam suatu hadis Rasulullah SAW yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah yang bermaksud: “Jumaat dinamakan sebagai ‘Saidul aiyam’ iaitu penghulu segala hari (hari yang sebaik hari).” Terdapat banyak kebaikan dan kelebihan pada hari ini termasuklah Solat Jum’aat.
4. Selamat Dari Fitnah Kubur Bagi Yang Mati Pada Hari Jumaat.
Menurut Rasulullah SAW:
“Tidak seorang muslim yang mati pada hari Jumaat atau pun malam Jumaat, melainkan diselamatkan Allah daripada fitnah kubur.”
5. Kebaikan Dengan Memotong Kuku.
Ibnu Masud berkata, “Sesiapa yang memotong kuku pada hari Jumaat, Allah akan menyembuhkannya daripada penyakit dan memberikannya keselamatan.”
6. Makbulnya Doa Di Antara Dua Khutbah.
“Pada hari itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba mukmin apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” (Hadis riwayat Tirmizi).
Berdasarkan hadith Rasulullah SAW daripada Abu Hurairah yang bermaksud:
“Pada hari Jumaat ada satu saat yang bertepatan dengan orang Islam ketika dia sedang sembahyang, di mana tatkala ia berdoa maka doanya itu akan dimakbulkan.”
Dan RasuluLlah SAW menunjukkan isyarat tangannya yang membawa maksud sedikit sahaja waktu itu.
Abi Burdah bin Abi al-Amusa al-Asy’ari r.a berkata bahawa beliau pernah mendengar bahawa Abdullah bin Umar r.a pernah mendengar bahawa RasuluLlah SAW pernah menjelaskan bahawa waktu yang paling mustajab itu adalah waktu antara imam duduk di atas mimbar sehingga solat selesai didirikan. Hadith Rasulullah SAW daripada Jabar r.a pula mengatakan ianya adalah pada hari Juma’at, akhir waktu Asar. (Riwayat Abu Daud, An Nasa’iy dan Al Haakim)
sumber:
1.http://myibrah.com/antara-6-kelebihan-hari-jumaat
2.http://panduanislam.com/blog/2011/04/6-kelebihan-hari-jumaat-selamat-hari-jumaat

PerbanyakKan SELAWAT di hari JUMAAT
Surah Al-Ahzab, ayat 56:
إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormat.
عن أوس بن أوس رضي ٱلله عنه قال؛ قال رسول ٱلله صلى ٱلله عليه وسلم؛ إن من أفضل أيامكم يوم ٱلجمعة، فأكثروا علي من ٱلصلاة فيه، فإن صلاتكم معروضة علي. فقالوا يا رسول ٱلله، وكيف تعرض صلاتنا عليك وقد أرمت؟ قال: يقول: بليت، قال: إن ٱلله حرم على ٱلأرض أجساد ٱلأنبياء
رواه أبو داود وٱلنسائي ؤٱبن ماجه
SesungguhNya hari tebaik kamu adalah hari jumaat. Mka pdaNya perBANYAKkan SELAWAT ke atas Ku, krna selawatMu diPERLIHATkan kpd Ku.
Mrka bertanya: wahai Rasulallah, bagaiMana boleh selawat kami diperlihatkan kpdMu sdangkan Tuan tlah menjadi TANAH? Baginda menjawab: sesungguhNya Allah haramKan tanah utk memakan jasad para Nabi.
Wahai Kekaseh Nabi, mari berSELAWAT ke atas Baginda s.a.w.
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَ عَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا صَلَّيْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آل سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ، وَبَارِكْ عَلَىٰ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ، كَمَا بَارَكْتَ عَلَىٰ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ وَعَلَىٰ آلِ سَيِّدِنَا إِبْرَاهِيمَ فِي الْعَالَمِينَ، إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيدٌ.
-------------------------------
يا ربي بالمصطفى، بلغ مقاصدنا
واغفرلنا ما مضى، يا واسع الكرمِ
Wahai Tuhanku demi kedudukan al-Mustafa (NabiSAW) di sisi Mu, sampaikanlan hasratHasrat hati kami.
Ampunilah apa yg telah lalu, wahai Tuhan yg maha luas kurniaNya
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
بسم الله الرحمن الرحيم
-
Zikir Setelah Solat Sunat Sebelum Fardhu Subuh pada Hari JUMAAT
Kami meriwayatkan di dalam kitab Ibni Sunni dari Anas r.a. dari Nabi s.a.w Baginda bersabda:
مَنْ قَالَ صَبِيحَةَ يَوْمِ الْجُمُعَةِ قَبْلَ صَلَاةِ الْغَدَاةِ: أسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّمُ وَأتُوبُ إلَيْهِ، ثَلاثَ مَرَّاتٍ غَفَرَ اللهُ تَعَالَى ذُنُوبَهُ وَلَوْ كَانَتْ مِثْلَ زَبَدِ الْبَحْرَ
Sesiapa yg di pagi hari Jumaat, sebelum solat Fardhu Subuh mengucapkan:
أسْتَغْفِرُ اللهَ الَّذِيْ لاَ إِلَهَ إِلاَّ هُوَ الْحَيُّ الْقَيُّمُ وَأتُوبُ إلَيْهِ - تيگ كالي
yang bermaksud: aku mohon ampun kepada Allah yg tiada tuhan yg patut disembah selain Dia yg maha hidup dan menghidupkan serta aku bertaubat kepadanya - 3X - maka Allah s.w.t akan mengampuni dosa dosanya walau sebanyak buih di lautan.
Catatan:
Setelah membaca bacaan di atas, maka bacalah bacaan atau zikir selepas solat sunat sebelum Fardhu Subuh yg dibaca setiap hari, iaitu:
اللَّهُمَّ رَبَّ جِبْرِيلَ وَإسْرَافِيلَ وَمِيكَائِيلَ وَمُحَمَّدٍ صلى اللهُ عَلَيْهِ وسَلَّمَ، أعُوذُ بِكَ مِنَ النَّارِ - تيگ كالي
Ya Allah, Tuhan Jibril, Israfil, Mikail dan Nabi Muhammad s.a.w, aku berlindung kepadamu daripada neraka (3X)
Dari Al-Azkar oleh AnNawawi
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tiada ulasan:
Catat Ulasan