AsSalam,
Tazkirah zohor
tengahari ini oleh Ustaz Dr Abdullah Yaasin yang membawa terjemahan ayat 30 - 32 Surah
FUSSILAT.
Ayat 30 bermaksud:
Sesungguhnya orang-orang yang menegaskan keyakinannya dengan berkata: "Tuhan kami ialah Allah", kemudian mereka tetap teguh di atas jalan yang betul, akan turunlah malaikat kepada mereka dari semasa ke semasa (dengan memberi ilham): "Janganlah kamu bimbang (dari berlakunya kejadian yang tidak baik terhadap kamu) dan janganlah kamu berdukacita, dan terimalah berita gembira bahawa kamu akan beroleh syurga yang telah dijanjikan kepada kamu.
Ayat 31 bermaksud:
"Kamilah penolong-penolong kamu dalam kehidupan dunia dan pada hari akhirat; dan kamu akan beroleh - pada hari akhirat - apa yang diingini oleh nafsu kamu, serta kamu akan beroleh - pada hari itu - apa yang kamu cita-citakan mendapatnya.
Ayat 32 bermaksud:
"(Pemberian-pemberian yang serba mewah itu) sebagai sambutan penghormatan dari Allah Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani!"

Ustaz menerangkan manusia perlu 1)beriman kpd Allah swt 2) istiqamah untuk mendapat lindungan dan jaminan Allah swt (dunia & akhirat)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan