Tajuk : Hadis 40
1- Hadis 1,
Daripada Amirul Mukminin Abu
Hafsin 'Umar ibn al-Katthab r.a. beliau berkata: Aku mendengar Rasulullah SAW
bersabda:
Bahawa sesungguhnya setiap amalan
itu bergantung kepada niat, dan bahawa sesungguhnya bagi setiap orang apa yang
dia niatkan. Barangsiapa yang hijrahnya menuju kepada Allah dan RasulNya, maka
hijrahnya kepada Allah dan RasulNya. Barangsiapa yang hijrahnya kerana dunia
yang dia mahu mencari habuannya, atau kerana seorang perempuan yang dia mahu
kahwininya, maka hijrahnya ke arah perkara yang ditujuinya itu.
Hadis ini diriwayat oleh dua orang
Imam Ahli Hadis; Abu Abdullah Muhammad ibn Ismail ibn Ibrahim ibn al-Mughirah
ibn Barzirbah al-Bukhari dan Abu al-Husain Muslim ibn al-Hajjaj ibn Muslim
al-Qusyairie al-Naisaburi dalam kitab sahih mereka berdua yang merupakan antara
kitab yang paling sahih.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan