Blog ni kucipta utk menempek kenangan & impian keluarga ku, dlm masa yg sama ingin share apa jua ilmu-ilmu yg kuperolehi utk sama2 memanfatinya
Kenangan & Impian & Nota Ilmu
Khamis, 25 Ogos 2011
Ramadhan Semakin Meninggalkan Kita & Raya Semakin Hampir
Alhamdulillah, persiapan untuk raya hanya lah secara sederhana. Syukur kerana
telah melimpahkan kami sekeluarga akan rezki Mu.
untuk itu, dibawah ada resepi2 sepanjang berbuka dibulan Ramadhan
Ni makanan pencuci mulut;
Bubur Tepung Pulut
Puding Laici
Bubur Jagung dgn Pisang
Bihun Putih
Sambal Kerang Petai
Nasi Lemak + Sambal Udang
Kue Tiaw Goreng
Mee Bandung
Laksa Utara & Rakan2 nya
Bihun Sup Utara & Rakan2nya, apasal kuah tak amik ek
Khamis, 18 Ogos 2011
Menunggu saat yg dinanti.. 10 akhir Ramadhan
moga 10 akhir Ramadhan yg ku nanti, dpt ku tingkatkan ibadat & iman pd Allah
Amin Ya Rabbalalamin
Harapan... aku mampu menunaikan Solat Tasbiha
Solat Sunat Tasbih dinamakan solat tasbih adalah disebabkan di dalamnya terdapat bacaan tasbih iaitu sebanyak 300 kali.
KAIFIAT MELAKSANAKANNYA
Sekiranya dilakukan pada waktu siang hari maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan satu salam.
Manakala sekiranya dilakukan pada waktu malam maka hendaklah dikerjakan sebanyak 4 rakaat dengan 2 salam.
CARA MENGERJAKANNYA
Terdapat dua cara untuk melakukan Solat ini :
1. Sesudah kita berniat dan bertakbir, kita membaca doa iftitah. Selanjutnya kita membaca tasbih sebanyak 15 kali . Kemudian membaca ta'awudz dan Al-Fatihah serta surah. Sesudah itu kembali membaca tasbih sebanyak 10 kali. Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua.
2. Bacaan tasbih sebanyak 15 kali dibaca selepas membaca surah, Selanjutnya tasbih dibaca sebanyak 10 kali dalam rukuk, I'tidal, sujud, duduk antara dua sujud dan sujud yang kedua dan pada menjelang untuk mengerjakan rakaat yang berikut.
Dan bagi rakaat terakhir maka tasbih dibaca sebelum membaca tahiyat.
3. Surah yang biasa dibaca ialah : Pada Rakaat 1 Surah At-Takathur (Alhakumuttakathur), Surah Al-Asr pada Rakaat 2, Surah Al-Kafiruun Rakaat 3 dan Surah Al-Ikhlas Rakaat 4.
Perlu diingatkan kalau sekiranya waktu siang hari bacaan tidak dibaca dengan kuat dan pada rakaat ketiga dan keempat hanya fatihah sahaja dibaca (seperti solat zohor dan asar)
NIAT
أُصَلِّى سُنَّةَ الْتَسْبِيْحِ رَكْعَتَيْنِ ِللهِ تَعَالىَ
Maksudnya : Sahaja aku menunaikan solat sunat Tasbih 2 rakaat kerana Allah Taala.
TASBIH YANG DIBACA
سُبْحَانَ اللهِ وَالْحَمْدُ ِللهِ وَلاَ إِلَهَ إِلاَّ اللهُ وَاللهُ أَكْبَرُ وَلاَ حَوْلَ وَلاَ قُوَّةَ إِلاَّ بِاللهِ الْعَلِيِّ الْعَظِيْمِ
Maksudnya : Maha suci Allah dan pujian bagi Allah, tiada Tuhan melainkan Allah Yang Maha Besar. Tiada daya upaya melainkan dengan Allah Yang Maha Tinggi lagi Agung.
DOA SOLAT TASBIH
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ تَوْفِيْقَ أَهْلِ الْهُدَى وَأَعْمَالَ أَهْلِ الْيَقِيْنَ وَمُنَاصَحَةَ أَهْلِ التَّوْبَةِ وَعَزْمَ أَهْلِ الصَّبْرِ وَوَجَلَ أَهْلِ الْخَشْيَةِ وَطَلَبَ أَهْلِ الرَّعْبَةِ وَتَعَبُّدَ أَهْلِ الْوَرَعِ وَعِرْفَانَ أَهْلِ الْعِلْمِ حَتَّى نَخَافَكَ .
اَللَّهُمَّ إِنَّا نَسْأَلُكَ مَخَافَةًَ تُحْجِزُنَا عَنْ مَعَاصِيْكَ حَتىَّ نَعْمَلَ بِطَاعَتِكَ عَمَلاً نَسْتَحِقُّ بِهِ رِضَاكَ وَحَتَّى نُنَاصِحَكَ فِيْ التَّوْبَةِ وَخَوْفًا مِنْكَ حَتَّى نُخْلِصَ لَكَ النَّصِيْحَةَ وَحَتَى نَتَوَكَّلَ عَلَيْكَ فِيْ اْلأُمُوْرِ كُلِّهَا وَحَتَّى نُحْسِنَ الظَّنِّ بِكَ ، سُبْحَانَ خَالِقِ النُّوْرِ.
Ya Allah, ya Tuhan kami, kami memohon taufik daripada-Mu sebagaimana orang-orang yang telah Engkau beri petunjuk dan jadikan amalan kami ini seperti mana amalan ahli yakin dan jadikanlah kami dari golongan orang yang menerima nasihat orang-orang yang bertaubat dan keazaman kami seperti mana orang-orang yang sabar dan gementar kami seperti mana orang-orang yang takut dan kami memohon seperti mana permohonan orang yang suka kepada kebaikan dan beribadat seperti orang-orang yang warak dan jadikanlah pengetahuan kami ini sebagai ahli-ahli yang berilmu sehingga kami termasuk ke dalam orang yang takut kepada Engkau.
Ya Allah, kami memohon kepada-Mu, jadikan kami golongan yang takut yang menghalang kami daripada melakukan maksiat sehinggalah kami beramal dengan taat kepada-Mu amalan yang kami merasakan perlu mendapat keredhaan-Mu dan juga sehingga kami bersungguh-sungguh pada bertaubat serta takut kepada-Mu dan juga sehingga kami betul-betul ikhlas dan tawakal kepada-Mu dalam setiap perkara dan supaya kami menjadi orang yang baik sangka terhadap Engkau, Maha Suci Engkau sebagai Pencipta.
Rabu, 17 Ogos 2011
Keli Masak Berlada,Tempoyak Goreng & Tomato Masak Asam
untuk berbuka puasa semalam, giliran menu ikan la pulak.. dlm petiais ada ikan keli,
so dok fikir2 apa yg anak2 suka.. dah pasti la ikan keli digoreng, tp nak dijadikan lauk,
maka sesuai la dimasak berlada..
Menu semalam : Ikan Keli Berlada, Tempoyak Goreng, Bayam Masak Air & Gulai Telur
dah untuk sahur, tambahan Tomato Masak Asam
Ikan Keli Berlada
5 ekor ikan keli, sederhana
1 1/2 labu bwg besar
2 biji bwg putih
5 btg cili merah
sedikit air asam jawa
minyak, garam & gula
kisar bwg besar, bwg putih & cili merah, jgn terlalu lumat
panaskan minyak, masukkan bahan kisar, tumis hingga naik minyak
masukkan air asam jawa, garam & gula
masukkan ikan & ratakan
Tempoyak Goreng
bahan, tempoyak, bwg besar dihiris, cili merah, ikan bilis goreng
goreng tempoyak, masuk bwg, cili & ikan bilis yg digoreng
dah siap..
Memandangkan tomato dlm petiais berlambak lagi, beli murah sgt, 2 kilo cuma RM5..
so dlm kepala ku, teringat feberat hubby aka masakan masa zaman ku kecik yg
juga diminati jugak oleh abah kesayanganku..
Tomato Masak Asam
tomato 3 biji, seketul asam jawa di campur sedikit air
ikan bilis goreng, bwg merah, bwg putih
minyak & garam
panaskan minyak, masukkan tomato, masukkan ikan bilis, bwg merah & bwg putih,
bila nmpk masak, masukkan air asam jawa,
masukkan garam
Selasa, 16 Ogos 2011
Pulut Kuning & Rendang Utk buka puasa
semalam, spt dirancang & sempat suruh bby snap gambar..
teringin sangat makan pulut kuning + rendang, sblm ni beli kat pasar malam..
makan berebut2... mcm la sedap sgt hehehe..
Pulut Kuning
3 cwn beras pulut + 2 sudu teh serbuk kunyit } rendam dgn air selama 1-2 jam.. lagi lama lagi elok
1 cwn santan pekat + sedikit garam
Kukus pulut dulu hingga separuh masak..
renjiskan sedikit santan & gaul rata, biar sekejap, biar seketika
ulang2 merenjis santan hingga pulut masak.
Rendang Daging
1/2 kilo daging dihiris + air } masak hingga empuk
Bahan A
2 labu bwg besar
3 biji bwg putih
2 btg serai dihiris
1 inci halia dihiris
2 inci lengkuas dihiris
10 btg cili kering masak dgn air dan diblend
2 sudu besar kerisik
1 kotak santan (dlm 400ml)
daun kunyit dihiris
daun limau purut
garam & gula
minyak utk menumis
Kisar bahan A, tumiskan hingga naik minyak.
masukkan daging + air rebusan, biar hingga pekat (kalau nak kuah tak perlu smpi pekat)
masukkan kerisik & santan.. biar sebati
masuk bahan2 perasa
masukkan daun kunyit & limau purut
siap
Isnin, 15 Ogos 2011
Menu Berbuka Puasa 15 Ramadhan @ 15-Aug
walaupun nasi tak sempat masak on time, tp semua sabar apatah lagi mereka kata sedap dari nasi tomato yg kami beli semalam di Bazar Ramadhan
Resepi Nasi Tomato spt berikut
4 pot beras dibasuh (guna beras biasa coz tak ada beras basthmati)
1 cwn susu cair
2 sudu besar tomato puri
2 sudu besar sos tomato
1 biji buah tomato di dadu
1 labu bwg besar & 3 biji bwg putih - dimayang - bahan A
kayu manis, buah pelaga, bunga lawang & cengkih - bahan B
daun pandan, sedikit garam
sedikit minyak (nak sedap guna minyak sapi dlm 2 sudu besar, smlm dah abis stok)
air secukup (ikut beras yg digunakan)
Cara ; panaskan minyak, masukkan B, kemudian masukkan bahan A
sampai naik bau. masukkan tomato puri & sos tomato sekejap
masukkan susu cair, air dan tomato dadu
masukkan beras & biar nasi masak
**nak sedap - bila 1/2 masak masukkan kismis dan gajus
Ayam Masak Merah
1 ekor ayam - masuk garam + serbuk kunyit & goreng
1/2 botol sos tomato (saiz besar)
2 sudu besar sos cili
2 labu bwg besar di mayang or kisar
10 btg lada kering, rebus & kisar
1 btg karot di hiris
2 biji tomato -potong
minyak utk menumis
daun bwg & daun sadari
garam & gula
panaskan minyak, masukkan bwg besar hingga naik bau
masukkan lada kisar, biar smpi garing, masukkan sos tomato
masukkan sos tomato & cili, masukan karot biar hingga naik minyak..
masuk bahan perasa & buah tomato
masuk ayam + daun bwg & daun sadari
Acar Pencok
nenas, timun, cili merah+hijau, bwg besar - dihiris
satukan, masukkan sikit air + garam + gula + cuka (jika hendak)
Solat Sunat Sebelum & Selepas Solat Fardhu
rujuan : http://www.tayibah.com/eIslam/solatsunat.htm
SOLAT SUNAT RAWATIB
Solat Sunat Rawatib mengiringi solat fardu sebelum ataupun selepas.
Tujuannya ialah untuk mencari keredaan Allah, di samping menampung kekurangan-kekurangan dalam solat fardhu.
NIAT SOLAT RAWATIB
أصَلِّي سُنَّةَ الظُّهْرِ / المَغْرِبِ / العِشَاءِ بَعْدِيَّةً رَكَعَتَيْنِ لِلهِ تَعالىَ Sahaja aku menunaikan solat sunat (Zohor / Asar / Isyak / Subuh) dua rakaat Selepasnya kerana Allah Taala.
Solat Dhuha
Kekasihku shallallahu ‘alaihi wasallam telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan pernah aku tinggalkan sehingga akhir hayatku; berpuasa tiga hari setiap bulan (hijrah), mengerjakan dua rakaat solat Dhuha dan mengerjakan solat Witir sebelum tidur – Hadis riwayat Imam al-Bukhari dalam Shahihnya, Kitab al-Shaum, no: 1981.
"Kekasihku Rasullullah
Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak
meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan
witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia
adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap
bulan"
"Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ." ( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim) Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku
sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "
|
Doa Dhuha
“Ya Allah, sesungguhnya waktu dhuha adalah waktu duhaa-Mu, keagungan adalah keagungan-Mu, kebagusan adalah kebagusan-Mu, kekuatan adalah kekuatan-Mu, kekuasaan adalah kekuasaan-Mu, penjagaan adalah penjagaan-Mu. Ya Allah, apabila rizqi kami di atas langit, turunkanlah, bila dalam bumi, keluarkanlah, bila sukar, mudahkanlah, bila haram, sucikanlah, bila jauh, dekatkanlah, dengan hak waktu dluhaa, keagungan, kebagusan, kekuatan dan kekuasaan-Mu. Berilah kepada kami apa-apa yang telah Engkau berikan kepada hamba-hamba-Mu yang shalih-shalih.”