Assalam
hari ni dah Ramdhan ke-7 , kiranya dah seminggu umat Islam menjalani ibadat puasa.
Moga sehingga ini, amalam kita diterima.. teruskan menambah ibadat dan istiqamah dengan ibadat yang ada..
Seperti biasa.. Ramadhan jugak sibuk ke dapur, kalau boleh nak berbuka atau sahur dgn air tangan sendiri.. lagi berbaloi dan sedap dari yang di Bazar Ramadhan
so untuk menu kali ni, hubby teringin mkn nasi ulam kedah aka utaranya.. dah ler kita ni org selatan, mmg pernah makan nasi ulam tu.. tp mana la kita tau apa isi kandung dlm tu...
baik punya hubby, dia balik kerja sebelum ni membawa bbp resepi nasi ulam.. aduh, setelah study sikit, campur aduk lerr resepi nye.. hubby ckp, ikut je mana2 sama jer.. ye la tu, org yg nk masak ni ler yg kelam kabut nanti..
so ini ler jadinya..
dan bersama menu2 lain
Resepi nasi ulam suamiku
(kuantiti agak2, ikut masing2.. nk mkn 2 org, anggar ler nasi utk 2 org..)
kalo utk 3 org.
Bahan2..
Nasi dimasak.. biar sejuk
1 sudu makan kerisik
ikan talang kering digoreng & ditumbuk, byknya ikut suka. kalau nak rasa masin2 sikit lebihkan la..
yg sepatutnya kena guna kan ikan tenggiri masin sbb ikan talang kering je yg ada pd masa ni
1 biji bwg besar, 1/2 inci halia, 1/2 inci lengkuas
-dihiris halus, kalau tumbuk lagi ngam
ulam2an dihiris halus ala2 hiris daun pandan utk bunga rampai,
kalau lg halus baru ler nmpk seninya org kedah ni..
sungguh teruja krn sendiri tak bole buat :-)
ulam2an lagi banyak jenisnya lagi bagus, yg kami ada
bunga kantan, daun kesom, ulam raja, selom, pegaga, daun selasih,
putik daun limau purut, cekur, pucuk daun bebuas
yang sepatutnya ada tp tak ada, maklumlah kat KL mana mau cari ni...
daun sekentut, daun putat, daun tenggek burung
Gaul semua bahan2, dah perasakan dgn garam.. kalau ikan masin tu
dah cukup masin, tak perlu ltk garam
Blog ni kucipta utk menempek kenangan & impian keluarga ku, dlm masa yg sama ingin share apa jua ilmu-ilmu yg kuperolehi utk sama2 memanfatinya
Kenangan & Impian & Nota Ilmu
Selasa, 23 Jun 2015
Isnin, 22 Jun 2015
Hidangan Ramadhan 1346H
Assalam..
datangnya Ramadhan, sibuk kembali ke dapur.. sbb tak mahu makan yang beli, nak makan yang dr dapur sendiri jugak..
Menu Ramadhan pertama :Meehoon goreng, ayam masak merah dan bubur sum sum
Menu Ramadhan ke 2 - Nasi Tomato, Bubur Gentel
Menu Ramadhan ke 3 - Laksa Utara
Menu Ramadhan ke 4 - Nasi kerabu

Khamis, 18 Jun 2015
Rabu, 17 Jun 2015
Makan2 ofis sebelum ramadhan
Assalam..
Bersama team baru buat mkn2 sblm ramadhan & rai kwn yg resign
Menu tghr: nasi, udang lemak, tomyam, ayam merah & sambal belacan& ulam dan pelbagai pencuci mulut..

Selasa, 16 Jun 2015
Bagaimana tempat tinggal ku selepas dunia...
Assalam
Takutnya melihat video mengenai tmpt tinggal slps dunia ini.. rasa teringat2 & terbayang mcm mana la tmpt tinggal ku nanti...
KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”
Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

Isnin, 15 Jun 2015
Resepi Burung Wak Wak Goreng Rempah
Assalam...
Hasil dr aktiviti menjerat, maka dpt la 2 ekor burung wak2..

Lepas dh Hubby sembelih, no idea lak nk kumasak apa pulak dgn daging yg xbp byk tu.. Google pun xdpt gak idea nk masak apa... Nk mengulai, betul ke rasanya nnt.. Dh ler dagingnya liat.. Nk buat rendang..setoet sgt la pulak..
Stlh disimpan 2 hr dlm petiais, terfikir nk merasakan bdk2 sblm blk Asrama... Maka ini la hasilnya yg plg cepat..
bhn2.. Serbuk kunyit, serbuk kari, garam.. Gaul dgn burung rata2
Terus goreng... Peh! Sedap.. Syukur Allah atas nikmat mknan yg Kau beri

Langgan:
Catatan (Atom)