Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 16 April 2013

Rombongan SRA 2012 - Ladang Anggur, Taman Seni Budaya & Ladang Burung Kasawari, Negeri 9

Salam
13/10/2012

























Jalan-jalan

Salam

Setelah berjaya mengupload semua foto2 dari kamera & hphone, baru ku sedar byk perkara yg aku tak sempat nak kongsi sejak dari tahun lepas. Anak2 pulak minta memasukkan foto2 mereka juga supaya mereka dpt menghayati kisah2 mereka.. utk melaksankan impian mereka, maka ku perlukan masa utk membuat post2 tersebut..

Kenangan yg ingin dishare hari ni ialah jalan2 kami ke klang (Pelabuhan Klang), anak2 belum pernah pergi ke sini lagi. Aku b'cerita mengingatkan yg dulu2, masa mama & abah baru je berkahwin, abah ada bwk mama ke sini utk makan seafood yg konon2nya sedap sgt. restoran itu tutup pd masa ini sbb dibuka lewat petang la kott...

26.12.2012 - Jalan-jalan ke Klang












Pilihanraya Oh Pilihanraya

Salam

Hangat la kalau tiba musim PR ni.. adus, aku pun teruja ingin sgt lihat perubahan.. jom sama2 meriahkan PR yg b'laku 4-5 thn sekali jer.. Ini diambil semasa perjalanan balik ke KL dr kg.







Click kalau nak tgk bendera parti apa..hehehe

 Harapan aku sbg rakyat Malaysia, semoga org yg benar2 ikhlas menjadi wakil akan berjaya dan mereka  tiada apa2 agenda lain dlm hidup melainkan untuk membantu rakyat dan bg mereka yg ingin mengubah Malaysia kearah negara Islam & rakyat merasa selamat berada didalam nya.



Isnin, 15 April 2013

Resepi Mee Bandung Muar - Original dari arwah mak..

Salam

resepi ni mmg yg arwah mak selalu masakkan utk kami, tp kami pulak, sibuk nak guna perencah segera.. arwah mak lak ckp, alah senang jer, nape nak kena pakai perencah? Keenakan mee bandung muar ni terletak pd udang kering nya, lagi byk kuantiti udang kering lagi ngam rasanya..

Bahan2 utk 600gm mee kuning..

1. Bwg besar 3 biji sederhana, lada kering direbus (ikut kepedasan masing2), bwg putih 4-5 biji, udang kering direndam 200gm, blender semua bahan & tumis dgn minyak hingga naik minyaknya (utk pastikan lada itu masak betul2); Air rebusan daging atau ayam bersama isi daging & ayam nya, dimasukkan setelah bahan no-1 garing & naik minyak, biar mendidih
2. Masukkan mee kuning, (Mee Kuning - basuh dulu supaya hilang rasa kapur)
3. Bila mee hampir kembang, masuk Sayur Sawi
4. Pecahkan telur. Jangan kacau supaya telur masak elok.Hidangkan dgn bwg goreng & daun sup & daun bwg. Nak letak tomato pun bole jer kalo nak masam.. tp yg ori punya tak de ya.



Siratulrahim..

Salam

Ahad lepas, aku dpt bertemu 3 org adik b'adik.. mmg terasa amat rindu, kami bagai anak ayam kehilangan ibu, seakan2 mencari2 sesuatu setelah pemergian mak & abah dalam masa setahun sahaja.

Pd mulanya aku minta sangat kpd hubby utk balik ke kg setelah 2 bulan rumah itu tak dihuni & kekosongan. Iya la, bil2 kena byr.. ntah bp la, mungkin bil api ada caj, mungkin tak perlu byr.. dan bil air pulak, minima RM5 jer.. tp mana tau, kena lebih dr itu. Takut2 nanti bila balik, dah kena potong dah.. lagi susah jadinya.

Perasaan ku semasa dikg walau cuma sehari lebih je.. seronok yg amat sgt. Aman & bersih, tenang & damai! Ku sms k.ngah kalo aku balik, aku nak dia pun balik.. dia kata ok, Ahad dia balik.. dan pg Ahad gak, aku sms Jun & Yem, jika dia nak b'jumpa jom la, maka alhamdulillah terjalin la silatulrahim...syukur sgt2

Lauk tghari pd ahad tu ialah "Asam Pedas Ikan Mayong" penangan k.ngah.. best sgt!

Ku doa pd Mu Allah, agar pertemuan dgn mereka akan terus ada & mengetahi perkembangan masing2 & semoga hubungan ni terus terjalin erat..Amin!

Kawasan keliling rumah dipagi yg aman..
Orkid yg arwah mak tanam telah berkembang mekar



Bunga2 di pasu memeriahkan laman rumah ini


Pokok bunga raya & pokok melur -sungguh wangi semerbak di laman



 
Buah mata kuncing.. kami tak pernah betul2 dpt menikmati hasilnya.. sedekah kat jiran je laa


Pokok limau purut.. sedang subur berbuah..

Kelapa muda utk dibawa balik oleh K.ngah, pokok kari & bunga kantan & lengkuas


Pokok sirih lebat & dah pucuk yg baru terkeluar dari kayu yg dipacak.. agak terbiar

Alhamdullilah.. rezeki..