Salam
Ahad lepas, aku dpt bertemu 3 org adik b'adik.. mmg terasa amat rindu, kami bagai anak ayam kehilangan ibu, seakan2 mencari2 sesuatu setelah pemergian mak & abah dalam masa setahun sahaja.
Pd mulanya aku minta sangat kpd hubby utk balik ke kg setelah 2 bulan rumah itu tak dihuni & kekosongan. Iya la, bil2 kena byr.. ntah bp la, mungkin bil api ada caj, mungkin tak perlu byr.. dan bil air pulak, minima RM5 jer.. tp mana tau, kena lebih dr itu. Takut2 nanti bila balik, dah kena potong dah.. lagi susah jadinya.
Perasaan ku semasa dikg walau cuma sehari lebih je.. seronok yg amat sgt. Aman & bersih, tenang & damai! Ku sms k.ngah kalo aku balik, aku nak dia pun balik.. dia kata ok, Ahad dia balik.. dan pg Ahad gak, aku sms Jun & Yem, jika dia nak b'jumpa jom la, maka alhamdulillah terjalin la silatulrahim...syukur sgt2
Lauk tghari pd ahad tu ialah "Asam Pedas Ikan Mayong" penangan k.ngah.. best sgt!
Ku doa pd Mu Allah, agar pertemuan dgn mereka akan terus ada & mengetahi perkembangan masing2 & semoga hubungan ni terus terjalin erat..Amin!
Kawasan keliling rumah dipagi yg aman..
|
Orkid yg arwah mak tanam telah berkembang mekar |
|
Bunga2 di pasu memeriahkan laman rumah ini |
|
Pokok bunga raya & pokok melur -sungguh wangi semerbak di laman
|
|
Buah mata kuncing.. kami tak pernah betul2 dpt menikmati hasilnya.. sedekah kat jiran je laa |
|
Pokok limau purut.. sedang subur berbuah.. |
|
Kelapa muda utk dibawa balik oleh K.ngah, pokok kari & bunga kantan & lengkuas |
|
Pokok sirih lebat & dah pucuk yg baru terkeluar dari kayu yg dipacak.. agak terbiar |
|
Alhamdullilah.. rezeki.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan