Assalam...
Hahaha.. tertinggal utik post moment ni. Tp sbb ada acu ada melengkapkn sikit keluarga kami.
Perjalanan menaiki feri & plan ke rmh adik ipar dulu. Kemudian baru cari kereta sewa dan hotel.
Dan tak sangka satu keluarga adik ipar pun nk join. So bertmbh meriah la rombongan kami.
Oleh krn hubby nk pinjam adiknya punya kereta maka hal kereta sewa dh settle, cuma adik ipar yg join kami je kena cari kereta. Kesian depa.. kondisi kereta amat la teruk.. tp gagah la utk bjln.
Lps mkn tghr di rmh adik, kami bertolak ke hotel di Pantai Cenang. Adik ipar dh book dgn kwnnya 3 bilik di Amzar Hotel. Katanya kawan dia punya. Rate utk kwn2 pd masa tu rm320 utk 3 bilik memandangkn semua dh full.
Ptg semua dh lapar wp srh rehat dulu, kami mkn pasembur yg dibeli kt kedai dlm motel ni.. harga brg mkn mmg ler mahallll..
Lps tu bersiap ke pantai. Lokasi motel agak jauh dr pantai tp bole berjalan. Bdk2 dpt naik banana boat dgn harga rm50 satu boat.. iaitu utk 5 org.
Mlm kami dinner di rmh adik & dijamu nasi arab. Esok pagi2 kami bertolak ke pantai teluk tenggorak yg bersih sikit dan kurang ramai org. Breakfast di warung pun dh mencecah ratus ringgit pdhal makanan pg jer.
Kami menikmati pantai smpi kol 11pg and prepare utk blk & checkout motel. Siap keluar kami ke Padang Matsirat beli kain batik & lain2. Kenudian singgah lunch tmpt yg murah sikit iaitu jauh skt dr pelancung. Sempat singgah shopping cokat di Hbr. Balik ke rmh adik & htr kami ke jeti. Tiket blk kami pukul 6.15ptg.
Ok itu la pengalaman kami.. setelah hampir 15 thn gak x ke sini. Masa pergi dulu bdk2 masih kecik lg.
Satu pengalaman yg menarik.
Waalahualam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan