Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 20 Ogos 2013

Plan utk Open House di Kg - Laksa Johor

salam

semalam dah berbincang dgn angah utk preparation Open House pd 31-ogos nanti..
menu adalah menu hari raya, rendang ayam, lodeh, kuah kacang & nasi impit. manakala aku insya Allah akan sponsor Laksa Johor..



<gambar2 hilang.. kenapa?>

utk persiapan, aku copy paste balik resepi Laksa Johor diambil dr arwah mak,

LAKSA JOHOR - RESEPI MAK
7bwg merah
3bwg putih
4 sudu makan rempah kari /atau rempah kurma
1" halia
1" lengkuas
(bahan atas diblend sekali)

6 ikan kembung hijau -sederhana besar (atau ikan parang lagi sedap)
- rebus,amik isi dan blend dgn air rebusan ikan (akhir sekali tulang2 ikan
juga diblend dgn air rebusan - tapiskan) - satukan kesemua

1 paket speggetti - direbus, toskan & gaul ngan margerin skit biar tak lekat
1 biji kelapa -dapatkan 1 1/2 liter santan
1 sudu makan kerisik
2 batang serai dititik
2-3 keping asam keping
2 kuntum bunga kantan-optional
sedikit udang kering- optional
Sedikit Minyak untuk menumis
Garam secukup rasa


Caranya:
Panaskan minyak dan tumis bahan2 yg diblend tadi sehingga naik bau.
Masukkan kerisik dan udang kering. Biar sekejap. Masukkan ikan dan santan.
Akhir sekali masukkan asam keping dan bunga kantan.
Masukkan garam. Biar hingga mendidih.


Bahan Ulam:
Kacang panjang diracik halus2
Daun kesom dihiris
Daun selasih dihiris
Timun dipotong membulat dan diracik
Bawang besar dihiris
Taugeh dibuang ekor
Limau kasturi dibelah dua
Lobak Jeruk diracik

Sambal belacan
5 biji cili merah
2-3 biji cili api (jika suka pedas)
1" belacan dibakar
Perahan air limau kasturi/nipis

Tumbuk cili merah & belacan. Jangan terlalu lumat & masukan air limau.

Taburkan bahan ulam di atas spegetti. Tuang kuah dan letakkan sedikit sambal
belacan. Bolehlah dimakan.

Note : mak memang tak suka spagetti. so mak makan dengan laksa beras..

Tiada ulasan:

Catat Ulasan