Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Sabtu, 24 September 2016

Senaman utk sihat

Assalamualaikum...
Copy & paste dr FB Dr Rahim

ILMU KESIHATAN. Artikel 410.
"Kenapa perlu kita bersenam? Mai jogging bersama doc..."

Dgn bersenam, badan doc & anda akan sihat & kuat. Insyallah di jauh drp pelbagai penyakit.

A. Ni doc bgi sikit info faedah klu kita bersenam :

1.Senaman dpt tingkatkan struktur & kekuatan otot anda.
2.Jantung anda kerja lebih eficient ketika anda bersenam & berehat. Kadar nadi anda lbh baik. Cegah pengerasan arteri, Menurun tekanan darah tinggi. Klu Arteri keras, tekanan darah anda naik tinggi & anda mudah kena penyakit jantung & angin ahmar/strok.
3. Paras glukosa darah & cholesterol mudah dikawal.
4. Kuatkan tulang menungkat & elak proses osteoporosis/reputan tulang yg mudah patah.
5. Kurangkan lembakkan lebihan lemak yg buat anda mkin gemok/ boroi. Hihihi doc maintain slim lagi ni.....hihihi Alhamdulillah.

B. Nasihat doc cara betui kita senam. Ikut umur ye.
1.Mula le dgn aktiviti memanaskan badan (spt jalan2; stretching) untk elakkan rasa sakit lepas senaman nanti.
2. Lps tu start bersenaman apa yg anda suka/enjoy dgn perlahan dan tingkatkan secara beransur2 untk bbrp hari.
3. Pd mulanya bersenam 15 min cukup je.... Yg mampu 30 min maximum tpi ada inteval relax ye. Amalkan senaman pernafasan di antara senaman. Cuba kekalkan denyutan jantung di antara 90 dan 135 seminit semasa bersenam.
4. Doc minat jogging. Tak larat doc stop je. Jgn ikut stimina org...ikut stimina kita je. Klu kita overlimit, tu bukan exercise tpi STRESS!! Terbaik 3 x seminggu. Klu no time Exercise weekend je dgn famili pun ok. Ikut apa yg anda suka : Exercise Berjalan kaki ke, menaiki tangga, bersenam aerobik/ zomba ke.Berlari, lari2 anak (joging), berbasikal, berenang, atau merentas desa.Bersukan bermain tenis, bola sepak, atau skuasy.Berjalan-jalan, berkebun.Melakukan kerja2 rumah atau menari dgn isteri tersayang...kan romantik tu sambil jaga kesihatan., dll aktiviti kesukaan anda.
5. Doc nasihat henti dgn serta merta senaman jika anda mengalami: • Ketidakselesaan • Sakit dada • Sesak nafas• Pening. Cek doctor anda jika ada simptom ni.
6. Pakaian mestilah bersesuaian, longgar & selesa serta pakai kasut yg sesuai.
7. Best time kita exercise sebelum 9.30 pagi atau selepas 6 petang...kurang panas terik matahari.
8.Pastikan anda ambil minuman mencukupi, sebelum, semasa & selepas senaman untk gantikan kehilangan air drp peluh anda.
9. Yg nak hilang boroi tu..hihihi rajin2cle buat sit up cam doc ni...hihihi. Baru ada 6 pax. Klu rajin buat push up...hihi baru le bicep berulas2 mcm buah durian...hihihi.

C. Peringatan!!
1. Jika anda ada Diabetes:
Bawa gula2/manisan bersama anda. Makan sekiranya anda rasa pening jika anda hipoglisemia/paras glukos rendah.
2.Pakai kasut bersarung kaki elakkan dari kecederaan kaki.
3.Jgn lakukan senaman waktu lapar atau kenyang.
4. Jika anda ada Darah Tinggi:
Henti bersenam jika pening, sakit dada atau sukar bernafas.
5. Hihihi...Jika anda Gemuk:
Jgn senaman yg agresif. Hihihi Bagi Si ibu hanya goyang2 punggung & gerak2 badan minima je... supaya lemak tu longgar2 dan tak padat tepu.... kesian kat Si Suami tu nak peluk dukungkan...hihi doc melawak je.

Jom...rini Ahad cuti...mai join doc jogging ni. Jaga KESIHATAN ANDA. KLU SEHAT SERONOK CARI REZEKI & BERGEMBIRA dgn KELUARGA. Klu dah terlentang atas katil...wang berjuta TIADA NILAInya.

Ada soalan...doc jawap.

Drp.
Dr. Abdul Rahim
Klinik Abdul Rahim
2-D Pangsapuri Garuda,
11900 Bayan Lepas,
Penang.
Tel: 04-6444181 .

Info sihat elak alzheimer

Assalamualaikum

Copy & pastr dr FB

Tingkatkan minda dan daya ingatan

1. Bila umor sudah melebihi 70 tahun risiko penyakit alzheimer 10% atau lebih. Ketika itu pengidap menjadi nyanyuk banyak kehilangan daya ingatan. Fungsi2 otak semakin terganggu sehingga fungsi2 asas saperti buang air ditandas dan seterusnya istinjak pun sudah lupus dari ingatan. Nauzubillah, Ya Allah lindungilah aku dari penyakit tua dan segala keburukkanya.

2. Sebenarnya sel2 otak iaitu neurons masih tumbuh bercambah serta berfungsi baik walau pun dengan meningkat umor dengan syarat orang berkenaan mengamalkan caragaya hidup yang sihat serta aktif fizikal dan mental (neuroplasticity). Rangsangan otak dilakukan dengan pembelajaran, maklumat dan aktiviti2 kemahiran. Walau pun telah wujud jutaan jalur2 maklumat dan sambungan2 synapses, masih ada ruang untuk peningkatan.
Otak kita saperti otot, menjadi lebih kuat jika kita beri exercise dan latihan.

3. Rajin membaca quran serta cuba menghafal beberapa ayat setiap hari. Untuk mengingati ayat2 quran kita perlu baca berulang2 tidak kurang dari 40 kali. Ulang baca bila2 masa, ketika solat atau memandu kereta dan dimana saja kita berada.
Saya hafal beberapa surah diantaranya almulk, sajadah, asSaf, alinsan, al kiamah, separuh alwakiah dll. Kena selalu baca untuk terus ingat.
Disamping menghafal quran kanak2 perlu dilatih menghafal sifir dan bila buat kira2 dan hitungan cuba jangan bergantung kpd calculator atau komputer.
Ketika dalam sekolah rendah saya dipaksa hafal sifir satu hingga dua belas. Latihan ini munkin punca saya dapat markah A dalam matemaik dalam semua peperiksaan.

4. Exercise atau aktiviti fizikal selama 30 minit selain beri menfaat kpd kesihatan tubuh badan, membantu cegah penyakit2 kencing manis dan darah tinggi, ia juga banyak beri kebaikan kepada otak. Menambah sel2 neuron, kuatkan sambungan dan cegah kerosakkan neuron. Exercise mengeluarkan brain drive neurotrophic factor (BDNF) yg meningkatkan fungsi pembelajaran dan meluaskan pusat ingatan disamping melancarkan aliran darah keotak. Jom exercise 30 minit setiap hari.

5. Pelajari sesuatu kemahiran baru. Cari satu hobi yang kita minati dan gembira membuatnya - berkebun, pertukangan, menjahit, memasak dll. Dalam peroses membina hobi kita kena timba ilmu dalam bidang yg kita minati dan seterusnya melatih serta mempraktikan kemahiran2 yang baru. Dengan latihan ini otak kita sentiasa berfungsi.

6. Jauhkan multi tasking atau membuat dua kerja serentak saperti membuat panggilan talipon serta menyusun dan menyimpan barang. Pasti kita akan lupa dimana kita letak barang tersebut.

7. Cukup tidur , 5 hingga 7 jam setiap malam. Tidur menguatkan sambungan saraf (synapses) dan seterusnya meningkatkan peroses2 pembelajaran dan ingatan.
Kajian keatas kanak selepas tidur siang hari ketajaman otak meningkat. Orang dewasa yang amalkan tidur sekejap siang hari (power nap) meningkat daya fungsi otaknya.

8. Amalan mencatit dalam buku nota kecil setiap perkara yang baru dipelajari dalam bentuk ringkas atau points memang dapat meningkatkan ingatan kita. Saya memang amalkan tabiat ini dan saya dapati orang2 jepun dan korea juga berbuat demikian.
Saperti imam Shafie bila dengar kuliah dari gurunya sering guna jari tangan kanan untuk menulis nota pada tapak tangan kirinya. Lepas itu dia bolih mengingat semula segala yang dicaritkan ditapak tangan.
Satu kajian keatas kanak2 yang bertabiat melukis tentang perkara2 yang baru dipelajari didapati berjaya dapat markah tinggi dalam ujian.

9. Makan terbaik untuk otak.
Makanan yang berkhasiat dan berzat yang mentah serta segar dari sayur2 dan buah2 sangat penting bagi pertumbuhan sel2 otak dan myelin sheath. Kurangkan gula, karbohaidret, fast dan junk foods kerana meracuni sel2 otak.
9.1 Kunyit dan kari  dikatakan mencegah timbunan amyloids dalam yg menyebabkan alhzeimer. Membersihkan salurdarah dalam otak. Meningkatkan ingatan, meningkatan pertumbuhan sel2 neuron.
9.2 Celery, peppers dan carrots mengandungi luteolin yg mencegah kerosakkan sel2 neuron.
9.3 Broccoli dan cauliflour serta kuning telor mengandungi choline iaitu amino asid yg meningkatkan fungsi kognitif, pembelajaran dan ingatan. Cegah tindakan racun otak.
9.4 Kacang walnut, macademia dan almond nuts, ikan makeral dan salmon mengadungi omega 3/ DHA, phytosterol dan antioxidant. Meningkat fungsi otak dan pemulihan sel2 otak.
9.5 Pisang, sayur2 hijau dan beans mengandungi magnesium yg berfungsi mempercepat transmisi maklumat2. Magnesium meningkatkan aliran darah kedalam otak. Kajian keatas kanak yg diberi makan pisang waktu sarapan kecerdasan otak mereka melonjak.
9.6 Daging lembu adalah sumber B12 yg penting bagi pertumbuhan sel2 otak.
9.7 Blue berries mengandungi antioxidant dan phyto kimia yg meningkatkan pembelajaran pemikiran dan ingatan. Serta mengurangkan kerosakkan sel2 otak.
9.8 Extra virgin olive oil, minyak kelapa dara (VCO), fish oil dan krill oil adalah makanan2 otak yg berkesan utk mencegah penyakit alhzeimer dan nyanyuk. Makanan tersebut menggalakan pertumbuhan se2 otak dan myelin sheaths. Seterusnya meningkatkan fungsi2 otak termasuk ingatan. Saya minum sesudu extra virgin olive oil setiap hari.

10. Permainan otak  / brain games . Dalam internet terdapat beberapa websites  saperti Luminosity.com. Permainan ini merangsang otak meningkatkan kemahiran untuk membaca, fahaman dan hafalan.

11. Cegah stress dan rawat penyakit2.
Tekanan fizikal, mental dan emosi semakin berluasa pada zaman sekarang dan timbul dari pelbagai punca.
Stress meracuni sel2 otak dan merosakkan jalur2 maklumat. Fungsi otak dan ingatan menurun akibat stress.
Penyakit saperti darah tinggi dan kencing manis perlu dirawat dengan sempurna kerana bolih mengganggu aliran darah bekalan makanan dan oksijen kedalam otak dan seterusnya merosakkan fungsi otak dan ingatan

http://www.jabalnur.net/376648670

Rabu, 7 September 2016

Upsr hr terakhir

Assalamualaikum..

Hr terakhir subjek sains mama tunggu smpi abis kt sek adik.
Demam pun kurang berbanding dgn smlm.
Harapan mama adham dah keluarkn segala ilmu2 yg ada di kepala & dada di kertas jawapan. Doa ma & abah tak putus2 utk adik berjaya di dunia & akhirat.

Aaminn
Coretan ma di hari terakhir upsr 11.45am

Upsr bermula 5-8Sept - Doa buat anak ketika exam

Assalamualaikum

DOA BUAT ANAKANDA DARIPADA AYAHANDA & BONDA

Al-Fatihah..

Allah  Allahurobbi, Ya Rahman Ya Rahim Ya Sami' (Yang Maha Mendengar)  Ya Mujib (Yang Maha Memakbulkan)
Ya Allah Ya Zohir (Yang Maha Menampakkan) , Nampakkan kepada anakku jawapan bagi soalan-soalan peperiksaannya.

Ya Allah Ya Haadi (Maha Beri Petunjuk) , berikan petunjuk jawapan-jawapan bagi soalan peperiksaanya.📝

Ya Allah Ya Nuur (Maha Bercahaya) , pancarkan cahayaMu di dalam fikirannya agar dia mendapat jawapan bagi segala Persoalan Peperiksaan dan Persoalan Kehidupannya ⌛

Ya Allah Ya Baari' yang Maha Mengatur, aturkanlah jari-jemarinya untuk menulis ilmuMu dalam peperiksaannya.✏

Allah ya 'Alim, Ya Hakim Ya Rashid
Ya Allah, kurniakan kepada anakku Kefahaman  ilmu-Mu yang Luas, kebijaksanaan dan kepintaran agar dia menjadi pelajar yang cemerlang Di Akhirat dan Dunia ini 📚

Semoga anakanda ( *nama anak* Adham Hafiz Bin Aminurdin) tenang menjawab peperiksaan dengan jayanya.

Aamiin Ya Rabb.

Wassalam

Selasa, 30 Ogos 2016

Sabtu, 27 Ogos 2016

Kisah pengajaran zaman sahabat nabi saw

Assalamualaikum...

Moga diberikn kita hidayah oleh Allah swr.

-------------------------------
Memang panjang tapi berisi
------------------------------
Suatu hari, Umar al Khattab sedang duduk di bawah pohon kurma berdekatan Masjid Nabawi. Di sekelilingnya, para sahabat sedang asyik membincangkan sesuatu.
Tiba-tiba datanglah 3 orang pemuda. Dua pemuda memegang kuat seorang pemuda berpakaian lusuh yang diapit oleh kedua mereka.

Ketika mereka sudah sampai, berhadapan dengan Umar, kedua pemuda yang ternyata adik beradik itu berkata :
"Tegakkanlah keadilan untuk kami, wahai Amirul Mukminin!"

"Qishaslah pembunuh ayah kami sebagai hak atas kejahatan pemuda ini !".

Umar segera bangun dan berkata :
"Bertakwalah kamu kepada Allah, benarkah engkau membunuh ayah mereka, wahai anak muda?"

Pemuda berpakaian lusuh itu menunduk dan dalam nada suaranya yang menyesal ia berkata :
"Benar, wahai Amirul Mukminin."

"Ceritakanlah kepada kami kejadiannya.", ujar Umar.

Pemuda berpakain lusuh itu kemudian memulakan ceritanya :

"Aku datang dari pendalaman yang jauh, kaumku memercayaiku atas suatu urusan muamalah untuk aku selesaikan di kota ini.

Apabila sampainya aku di kota ini, aku ikat untaku pada sebuah pohon kurma lalu aku tinggalkan dia (unta). Begitu pantas, setelah aku kembali, aku sangat terkejut melihat seorang laki-laki tua sedang menyembelih untaku, rupa-rupanya untaku terlepas dan merosakkan kebun yang dimiliki oleh lelaki tua itu. Sungguh, aku jadi sangat marah tidak terkawal waktu itu, segera aku cabut pedangku dan kubunuh ia (lelaki tua tadi). Ternyata ia adalah ayah dari kedua pemuda ini."

"Wahai, Amirul Mukminin, engkau telah mendengar ceritanya, kami boleh mendatangkan saksi untuk itu.", sambung pemuda yang ayahnya terbunuh.

"Tegakkanlah hak Allah keatasnya!" Setimpal dengan yang lain.

Umar terpegun dan bimbang mendengar cerita si pemuda berpakaian lusuh itu.

"Sesungguhnya yang kalian tuntut ini adalah seorang pemuda yang soleh lagi baik budi pekertinya. Dia membunuh ayah kalian hanya kerana khilaf kemarahan sesaat", ujarnya.

"Izinkan aku, meminta dari kalian berdua supaya memaafkannya dan akulah yang akan membayarkan diyat (tebusan) atas kematian ayah kamu", kata Umar.

"Maaf Amirul Mukminin," balas kedua pemuda yang kelihatan masih marah dengan keadaan mata mereka merah menyala,

"Kami sangat menyayangi ayah kami, dan kami tidak akan redha jika korban jiwa belum dibalas dengan korban jiwa juga".

Umar semakin bimbang, di hatinya telah timbul rasa simpati kepada si pemuda berpakaian lusuh yang dinilainya amanah, jujur, dan bertanggungjawab.

Tiba-tiba si pemuda berpakaian lusuh berkata :
"Wahai Amirul Mukminin, tegakkanlah hukum Allah, laksanakanlah hukum qishas keatasku. Aku redha dengan ketentuan Allah", ujarnya dengan tegas.

"Namun, izinkan aku menyelesaikan dahulu urusan kaumku. Berilah aku tangguh selama 3 hari. Aku akan kembali untuk penghukuman qishas".

"Mana boleh begitu?", ujar kedua pemuda yang ayahnya telah terbunuh itu.

"Nak, tidakkah engkau mempunyai kaum kerabat atau kenalan untuk menguruskan urusanmu?", tanya Umar al Khattab.

"Sayangnya tidak ada, wahai Amirul Mukminin".
"Bagaimana dengan pendapatmu jika aku mati membawa hutang tanggungjawab kaumku bersamaku?", pemuda berpakaian lusuh itu sebaliknya bertanya kepada Umar.

"Baiklah, aku akan memberimu waktu tiga hari. Tapi harus ada orang yang mahu menjaminmu, agar kamu dapat kembali untuk menepati janjimu" kata Umar.

"Aku tidak memiliki seorang kerabatpun di sini. Hanya Allah, hanya Allah-lah penjaminku wahai orang-orang yang beriman", katanya dalam nada kesedihan..

Tiba-tiba dari belakang kerumunan orang ramai terdengar suara lantang :
"Jadikan aku penjaminnya, wahai Amirul Mukminin".

Ternyata Salman al-Farisi yang berkata.

"Salman?" Umar mengherdik, kelihatan agak marah.
"Kau belum mengenal pemuda ini, Demi Allah, jangan engkau main-main dengan urusan ini".

"Perkenalanku dengannya samalah dengan perkenalanmu dengannya, yaa, Umar. Dan aku mempercayainya sebagaimana engkau percaya padanya", jawab Salman dengan tenang.

Akhirnya dengan berat hati, Umar mengizinkan Salman menjadi penjamin kepada si pemuda berpakaian lusuh tersebut. Pemuda itu pun segera pergi menguru
skan urusannya.

Hari pertama berakhir tanpa ada tanda-tanda kedatangan si pemuda berpakaian lusuh itu. Begitupun juga hari kedua. Orang ramai mulai tertanya-tanya apakah si pemuda tersebut akan kembali. Kerana dengan mudah sahaja si pemuda itu boleh menghilang ke negeri yang jauh jika ia mahu memungkiri janjinya dan waktu dan masa yg ditetapkan

Hari ketiga pun tiba. Orang ramai mulai meragukan kedatangan si pemuda tersebut, dan mereka mulai khuatir akan nasib Salman, salah seorang sahabat Rasulullah S.A.W. yang paling utama.

Matahari hampir tenggelam, hari mulai berakhir, orang ramai sedang berkumpul untuk menunggu kedatangan si pemuda berpakaian lusuh. Umar berjalan mundar-mandir menampakkan kegelisahannya. Kedua pemuda adik beradik yang menjadi pendakwa kes qishas itu sangat kecewa dengan keengkaran janji si pemuda berpakaian lusuh itu.

Akhirnya tiba waktu jatuhnya hukuman qishas. Salman dengan tenang dan penuh tawakkal berjalan menuju tempat penghukuman. Hadirin mulai teresak-esak menangis, kerana menyaksikan seorang yang hebat seperti Salman akan dikorbankan.

Tiba-tiba di kejauhan ada bayangan seseorang sedang berlari tersengguk-sengguk, sekejap jatuh, sekejap bangun, kemudian jatuh lagi, lalu ia bangun kembali.

”Itu dia!” teriak Umar.
“Dia datang menepati janjinya!”.Masa dan waktunya

Dengan tubuhnya bermandi peluh dan nafas tercungap-cungap, si pemuda itu jatuh di pangkuan Umar.

”Hhuhuh..hh.. maafkan aku.. maafkan.. aku, wahai Amirul Mukminin..” ujarnya dengan susah payah,
“Tidak ku sangka... urusan kaumku... mensiakan... banyak... waktu...”.
”Kupacu... tungganganku... tanpa henti, hingga... ia sampai pada sakaratulmaut di gurun... Terpaksa... aku tinggalkan ia... lalu aku berlari dari sana..”

”Demi Allah”, ujar Umar menenanginya dan memberinya minum,

“Mengapa kau bersusah payah untuk kembali? Padahal kau boleh lari dan menghilang diri?” tanya Umar.

”Aku kembali agar jangan sampai ada yang mengatakan... di kalangan Muslimin...sudah tidak ada lagi pemuda...yang menepati janji...” jawab si pemuda berpakaian lusuh itu sambil tersenyum.

Mata Umar berkaca-kaca, sambil menahan sedihnya, lalu ia bertanya :
“Lalu engkau pula, Salman, mengapa semahu- mahunya engkau bersungguh untuk menjamin orang yang baru sahaja engkau kenal?"

Kemudian Salman menjawab :
"Agar nanti jangan sampai dikatakan, di kalangan Muslimin, sudah tidak ada lagi rasa saling percaya dan mahu menanggung beban saudaranya”.

Hadirin mulai merasa sedih sambil menahan tangisan mereka kerana terharu dengan kejadian itu.

”Allahu Akbar!”, Tiba-tiba sahaja kedua pemuda adik beradik itupun berteriak.

“Saksikanlah wahai kaum Muslimin, bahawa kami telah memaafkan saudara kami itu”.

Semua orang tersentak dan terkejut mendengar kata-kata kedua pemuda tersebut.

“Kamu berdua...” ujar Umar.
“Apakah maksudnya ini? Mengapakah kamu..?” Umar semakin terharu.

Kemudian dua pemuda itu menjawab dengan mengatakan :
”Agar jangan sampai dikatakan nanti, di kalangan Muslimin tidak ada lagi orang yang mahu memberi maaf dan sayang kepada saudaranya”.

”Allahu Akbar!”...terdengar ucapan takbir daripada hadirin.

Pecahlah tangisan bahagia, terharu dan sukacita oleh semua orang.

------------

Khamis, 25 Ogos 2016

Belajar di U Alazhar

Assalamualaikum..

Alhamdulillah, syukur pd Allah akhir abg telah berjays memasuki universiti al-azhar, kaherah, mesir setela keputusan keluar dr kementerian pengajian tinggi.

Abah & mama daftarkn abg dibwh ilmam negeri selangor kerana mudah berurusan walaupun abg sepatutnya dibawah negeri johor. Tak pe, mana2 pun sama yg ptg ilmu yg nk ditimba & dpt kwn2 baru la pulak.

Rombongan selangor telah bertolak ke mesir pd 22 jun, 2016 iaitu pd bln ramadan.. berkat tu ye ank2 wp xsempat nk raya kt tanahair.. mesti seronok bila smpi dibumi anbia..

Oleh kerana abg telah berada di mesir maka abg akn tunggu rombongan & dipanggil oleh wakil ilmam nnt.

Jadi selepas itu, abg dh menetap di Rumah Selangor. Abg telah diberi orientasi & kurus bhs arab sblm menghadapi Imithan Qabul (Peperiksan Tahap Bahasa Arab) pd 20 Julai, 2016.

Setelah keputusan Imtihan Qabul, abg mdpt peringkat  Mutawassi Thani yg membolehkn abg bljr bhs di markaz bhs selama 4 bln shj. Sebaik pengajian univ dibuka pd bln nov, abg akn masuk ke tahun 1. Alhamdulillah & tahniah utk abg.

Doa mama sentiasa utk abg.. so jgn susah hati yg ptg bljr & cari ilmu krn Allah taala.

Ni gmbr2 abg slps masuk rumah selangor & raya aidil fitri disana.