Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 20 Mac 2014

Cuti Mac 2014 & Perkembangan terbaru MH370

Salam

Esok dah mula cuti utk tolong k.yam apa2 yg patut utk kendurinya pd sabtu. Pastu kena buat persiapan utk blk kedah, ahad hingga rabu ni.

Ya Allah, semoga kau permudahkan urusan ku. Amin.


latest news setakat kol 4pm ni iaitu hari ke-13, australia telah menumpai serpihan yg berkemungkinan mh370 dari satelit. moga Allah izinkan utk kita menemuinya secepat mungkin. Amin



Selasa, 18 Mac 2014

Persediaan - Kiamat

Ustaz Badli shah cerita ttg Dajjal.

Diceritakan 3 tahun sebelum kemunculan Dajjal, Allah akan perintahkan:

1) tahun pertama: utk langit mengurangkan hujan 1/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 1/3 juga.
2) tahun kedua: utk langit mengurangkan hujan 2/3 dan bumi mengurangkan pertumbuhan pokok2 sebanyak 2/3 juga.
3) tahun ketiga: utk langit tidak turunkan hujan langsung dan bumi tidak lagi menumbuhkan sebarang tumbuhan.
Lalu dunia akan mengalami kemarau luar biasa, tiada binatang yg hidup kecuali beberapa ekor yg Allah kehendaki. Ketika itu Dajjal akan muncul. Di saat inilah kita semua akan mengalami fitnah terbesar iaitu fitnah Dajjal.

Dajjal mempunyai kuasa utk menurunkan hujan, dan berkuasa menumbuhkan pokok2. Dajjal dikatakan membawa sungai2 (bagaimana caranya wallahualam) yg berupa sungai api dan sungai air yg sejuk, dan mempunyai gunung roti. Dajjal mempunyai syurga dan nerakanya sendiri utk memperdaya manusia.
Ketika itu, Dajjal akan menawarkan bantuan kpd manusia tatkala bumi sedang nazak dgn kemarau, tanpa air dan makanan. Lalu yg tidak beriman dgn mudahnya akan mengaku Dajjal adalah Tuhan kerana Dajjal berupaya menurunkan hujan dan menghidupkan tumbuhan. Selain sungai dan bekalan gunung roti.
Nabi Muhammad s.a.w berpesan, ketika Dajjal menawarkan air sungai, pilihlah sungai api, celupkan kepala ke dlm sungai api itu lalu minumlah kerana itulah air yg sebenar.
Yg tidak beriman akan terpedaya memilih sungai air, iaitu sebenarnya adalah api.

Persoalannya, mampukah kita percaya bahawa api itu air dan air itu sbnrnya api? Di saat kita semua dlm keadaan terdesak? 

Tepuk dada tanya iman...
buatlah persiapan dr sekarang kerana tanda2 kiamat semua sudah ada.

Isnin, 17 Mac 2014

Doa Untuk Arwah


Ya Allah, Ampunilah dia (dari beberapa hal yang tidak disukai),
maafkanlah dia dan tempat-kanlah di tempat yang mulia (Surga),
luaskan kuburannya, mandikan dia dengan air salju dan air es.
Bersihkan dia dari segala kesalahan, sebagaimana Engkau
membersihkan baju yang putih dari kotoran, berilah rumah yang
lebih baik dari rumahnya (di dunia), berilah keluarga
(atau istri di Surga) yang lebih baik daripada keluarganya
(di dunia), istri (atau suami) yang lebih baik daripada
istrinya (atau suaminya), dan masukkan dia ke Surga,
jagalah dia dari siksa kubur dan Neraka.” (HR. Muslim 2/663)


Doa Lalu Di Kubur
Wahai Allah, ampunilah semua orang-orang Islam , naikkanlah darjatnya diantara orang-orang yang mendapat hidayah, dan lindungilah keluarga dan keturunannya yang masih hidup. Ampunilah dia dan kami, wahai Tuhan sekelian alam, luaskanlah kubur baginya dan berikanlah cahaya didalamnya

Khamis, 13 Mac 2014

salam sayyidul ayyam

salam jumaat..

sehingga hari ni MH370 masih belum dijumpai.. hari ini hari ke-7.



muhasabah diri atas apa yg berlaku ini,
1/ kuasa Allah mengatasi segala2nya.. guna la apa cara pun, kepakaran & alat2 teknologi canggih tak akan dpt mengatasi nya, kerana disebaliknya KUASA ALLAH mengatasi segala2nya
tunduk merendah diri dgn Allah, mohon ampun & taubat seikhlas2 pd Allah swt.

2/ pemerintah yg dipertanggungjwb utk menyelesaikan masalah ni - semasa rakyat marah kerana brg2 naik dan byk isu2 tak telus, pemerintah buat dek jer.. now pemerintah kena tanggung atas apa yg berlaku sebagai balasan masalah rakyat tak pernah diambil tahu.

namun, aku tetap berdoa utk keselamatan MH370 & ditunjuki jalan & dimudahkan urusan, moga doa hamba ini diterimaNya.. Amin!


Selasa, 11 Mac 2014

Tazkirah Ofis - Hadis Nabi saw - Syukur & Sabar

Salam

Bismillahirahamanirahim..

Ustaz menghurai Hadis Nabi saw berikut : (google utk dpt maksud hadis yg tepat)

“Sungguh menakjubkan perkara seorang muslim, sesungguhnya seluruh perkaranya adalah BAIK. Dan hal ini tidak terjadi pada seseorang kecuali pada diri seorang mukmin. Jika ia mendapat kesenangan, ia BERSYUKUR dan itu baik baginya. Apabila ia mendapat kesusahan ia BERSABAR dan itupun baik baginya.” (H.R. Muslim diriwayatkan dari sahabat Abu Yahya Shuhaib bin Sinan)
baik = pahala


hadis ini mempunyai makna yg mendalam sekali, lebih2 lagi dgn musibah yg berlaku skrg iaitu Kehilangan MH370 yg masih belum dijumpai.





Selasa, 25 Februari 2014

Perjuangan ibubapa utk sekolah anak

Salam

terpanggil untuk menghadiri Majlis Perjumpaan Ibubapa dgn ceo & pengetuanya pd jumaat mlm yg lepas, rupa2nya ia menjadi majlis yg teramat la hangat..
kesian sbb yg jd mangsanya adalah anak2 kami, kami lebih mengatakan ini semua agenda politik shj.. kenapa smpi seklh2 pulak jd mangsa keadaan..

kami ibubapa sebulat suara INGIN MENGEKAL APA YG ANAK2 KAMI BELAJAR SEKARANG,
TOLONG JGN UBAH APA2 lagi.. kerana ini lah satu2nya seklh yg ada di WP yg masih ada pelajaran Azahari.

benar spt yg wakil ibubapa luahkan dgn semangat
1- kami ingin ank kami belajar agama, kerana ilmu ini akan membentuk mereka menjadi manusia
2- pelajaran akademik sbg tambahan shj bg kami, kerana ilmu agama adalah segala2nya, kami pertaruhkan ank kami sbg harta akhirat kami.
3-  rezeki telah ditentukan Allah, jika mereka jd doktor or engineer pun, mereka akan menjadi yg berilmu agama
4- kami tidak mahu ank2 kami menyimpang & hidup sosial tanpa pegangan agama yg kuat

Pendirian ku spt yg pernah ku coretkan sebelum ini, rujuk SINI

Bagus juga baca link Ilmiah ini..  ini kajian dibuat mengenai matapelajaran diniah yg sikit demi sikit dimansuhkan

Ahad, 23 Februari 2014

Hadis 40 – Hadis 2

Salam

Daripada Saiyidina 'Umar juga, r.a. beliau berkata:

Ketika kami sedang duduk di sisi Rasulullah SAW pada suatu hari, tiba-tiba muncul di hadapan kami seorang lelaki yang memakai pakaian yang sangat putih, berambut sangat hitam, yang tidak ternampak pada dirinya kesan-kesan tanda musafir dan tidak seorangpun di kalangan kami yang mengenalinya.

Lalu  dia duduk menghampiri Nabi SAW lalu disandarkan kedua-dua lututnya ke lutut Baginda dan meletakkan dua tapak tangannya atas dua paha Baginda seraya berkata: 

Wahai Muhammad! Terangkan kepadaku tentang lslam. Lalu Rasulullah SAW bersabda: lslam itu bahawa engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawa Muhammad itu utusan Allah, (dan bahawa) engkau mendirikan sembahyang, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, menunaikan haji ke BaitulLah (Mekah) sekiranya engkau berkuasa mengerjakannya. 

Lelaki tersebut berkata: Benarlah engkau. 

Maka kamipun merasa hairan kepadanya, dia yang bertanya dia pula yang membenarkannya.

Dia bertanya: Terangkan kepadaku tentang lman. 

Baginda bersabda: (lman itu ialah) bahawa engkau percaya kepada Allah, para MalaikatNya, kitab-kitabNya, para RasulNya, hari Qiamat dan bahawa engkau percaya kepada Qadar baik dan buruk. 

Lelaki itu berkata: Benarlah engkau. Dia berkata lagi: Terangkanlah kepadaku tentang Ehsan. Baginda bersabda: Ehsan itu ialah bahawa engkau menyembah Allah seolah-olah engkau melihatNya. Sekiranya engkau tidak dapat melihatnya, maka sesungguhnya Dia melihatmu. Lelaki itu bertanya lagi: Terangkan kepadaku tentang Qiamat. Baginda bersabda:
Orang yang ditanya tentang Qiamat tidaklah lebih mengetahui daripada orang yang bertanya. Lelaki itu berkata: Maka terangkanlah kepadaku tentang tanda-tandanya. 

Baginda bersabda: (Antara tanda-tandanya ialah) apabila seorang hamba perempuan melahirkan tuannya dan apabila engkau melihat orang-orang miskin yang berkaki ayam, tidak berpakaian dan papa kedana yang hanya menjadi pengembala kambing berlumba-lumba membina bangunan (iaitu bertukar menjadi kaya raya).

Kemudian lelaki itu berlalu, lalu aku terdiam sebentar. Kemudian Baginda bertanya: Wahai 'Umar!
Adakah engkau tahu siapa lelaki yang bertanya itu? Aku berkata: Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda bersabda: Sesungguhnya dia adalah Malaikat Jibril yang datang kepada kamu
untuk mengajar kamu tentang agama kamu.

Hadis riwayat al-lmam Muslim (Hadis riwayat Muslim, kitab al-iman, no: 9 dan 10, al-Tirmizi, kitab al-iman, no: 2535, beliau berkata: hadis ini hasan shahih, al-Nasaa’ie, kitab al-iman, no: 4904, 4905, Abu Dawud, kitab al-sunnah, no:4075, Ibn Majah, kitab al-muqaddimah, no: 62 dan 63, Ahmad, musnad العشرة المبشرین , no: 346).