Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 21 Februari 2013

Seronoknya bersedekah

Salam



melihat pd kelebihan & keutamaan kesedekah, seharusnya amalan ni sentiasa ada disemat dlm hati & dilaksanakan tanpa mengira2 lagi..

Abu Hurairah radhiAllahuanhu berkata bahwa seseorang datang bertanya kepada Rasullullah s.a.w, Ya Rasulullah, sedekah apakah yang paling besar pahalanya?, Rasulullah shallallahu 'alaihi wa sallam menjawab, kamu bersedekah disaat kamu keadaan sihat, masih menyanyangi harta, di saat kebimbangan takut2 kalau kalau dengan sedeqah itu menjadi miskin dan memiliki angan-angan untuk menjadi kaya. Dan janganlah bertangguh tangguh sehingga ajalmu hampir tiba, maka barulah kamu mengatakan, “harta ini aku berikan kepada si fulan, harta yang ini kepada si fulan.” padahal sesungguhnya harta itu telah menjadi milik orang lain di sebabkan kematian kamu itu..
Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda :
“Senyummu di hadapan saudaramu adalah sedekah bagimu.” (HR. At-Tirmidzi)

Surah Al-Baqarah : Ayat 26
Allah swt Berfirman "Bandingan (pahala) orang2 yg membelanjakan harta mereka pada jalan Allah adalah seperti sebiji benih yg menumbuhkan 7 tangkai dan pada tiap2 tangkai itu pula terdapat 100 biji. Allah melipat gandakan (pahala) bagi sesiapa yang dikehendaki dah Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui"

Isnin, 14 Januari 2013

Zikir - Penenang Hati


Perbanyakkan zikir setiap masa... bukan selepas solat saja... usah tertipu dengan dunia yang mengasyikkan.. sedangkan semua makhluk ALLAH sama ada burung, ikan maupun lalat pun berzikir... manusia disibukkan dengan dunia sehingga tidak berzikir... akhirnya dada hati kosong tiada berisi... jiwa merana menderita... merintih.. kerana sejak azalinya merindui Sang Pencipta... berzikirlah La ilaha il-lallah... dalam setiap setiap degup jantung nafasmu... 
(FB Ust Don)
 
i) Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. 
Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. 


Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeda sebanyak 1000 kali.

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, ar
tinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”
, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”,
artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”,
artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah “

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.


ii) Zikir Selepas Solat

Selasa, 8 Januari 2013

Qiamullail

Salam

Surah al-Muzamil by Ust Dr Zahazan, Tafsir al-Quran 6.30am @Ikim (Entri ini akan diupdate dr masa ke semasa)

7/1/2013 - menyatakan bhw solat selpas isyak atau qiamullail pd awal turunnya ayat ni, Nabi saw melakukan tiap2 mlm, iaitu menjadi perkara wajib sehingga setahun ia dilaksanakan.Ini menunjukkan betapa besarnya ibadat ni utk dilaksanakan.



~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed


Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik 
(kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) 
  • pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir)
  • kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."



Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si-sakit semula.



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • 1.  Jauh daripada segala penyakit·
  • 2.  Lahir kesan takwa pada wajahnya·
  • 3.  Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia·
  • 4.  Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)·
  • 5.  Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan· diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
  • 1.  Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri·
  • 2.  Dipermudahkan hisab·
  • 3.  Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat·
  • 4.  Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”·

Ahad, 30 Disember 2012

Ketentuan Allah mengatasi segalanya.. Perginya abah..

Salam

Ketentuan Allah mengatasi segala2nya...

Walau dah plan berbagai2 utk keluargaku... akhirnya, kami pasrah di atas pemergian abah pd 7 Safar 1434 atau 21-Disember-2012.

Tidak ku duga, lebih sebulan menjaga beliau, merupakan saat akhir kita bersama.. namun aku b'syukur kerana telah menunaikan hajat beliau utk ke rumah ku.


Genap setahun kalendar Islam mak meninggalkan kami, akhirnya abah pula menyusul. Mak pergi pd tanggal 28 Safar 1433H atau 22-Januari-2012 (jatuh pd raya cina).

Ya Allah cucuri rahmat ke atas roh abahku.. & roh ibuku jua Amin!

Selasa, 18 Disember 2012

Cuti Sekolah - Plan & @ Maha 2012

Salam

Plan utk ke Langkawi ujung bln ni ie utk 3D2N tp hubby lak 2D1N, apa2 pun tengok la dulu mcm mana nanti. Oleh kerana hubby tak mahu booking apa2, dia prefer walk-in shj & buat apa yg patut selepas tu, maka tak dpt nak tentukan betul2 budjet.

Ini gambar2 kami di MAHA 2012.. Standard kalu gi MAHA, dpt tgk binatang2 ternakan & peliharan & juga teknologi pertanian berserta tanam2an yg dihasilkan.
























Keputusan PMR diumumkan hari ini!!!

Salam

Afiq telah ke JB smlm utk mengambil result di sekolahnya.
apa yg kuharap ialah apa2 keputusan yg abang dpt.. kami terima seadanya.. kalau result baik, itu adalah usahanya.. kalau tidak berapa baik pun, jadikan ini sbg kayu pengukur utk teruskan usaha..
apa2 result yg abang perolehi pun ucapan syukur Alhamduillah..

tepat kol 11am tadi, abang dah kol ku utk umum keputusannya... syukur pd Allah
mama bangga dgn mu, apatah lg matematik boleh score A, tahniah!

nasihat mama ialah sekarang abang perlu teruskan perjuangan.. tahu apa yg dicita2kan & jgn mengalah walau apa jua halangan & dugaan. bagi mama, keputusan itu adalah satu titik utk abang terus berusaha lebih giat lagi..