Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Selasa, 8 Januari 2013

Qiamullail

Salam

Surah al-Muzamil by Ust Dr Zahazan, Tafsir al-Quran 6.30am @Ikim (Entri ini akan diupdate dr masa ke semasa)

7/1/2013 - menyatakan bhw solat selpas isyak atau qiamullail pd awal turunnya ayat ni, Nabi saw melakukan tiap2 mlm, iaitu menjadi perkara wajib sehingga setahun ia dilaksanakan.Ini menunjukkan betapa besarnya ibadat ni utk dilaksanakan.



~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed


Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik 
(kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) 
  • pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir)
  • kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."



Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si-sakit semula.



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • 1.  Jauh daripada segala penyakit·
  • 2.  Lahir kesan takwa pada wajahnya·
  • 3.  Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia·
  • 4.  Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)·
  • 5.  Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan· diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
  • 1.  Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri·
  • 2.  Dipermudahkan hisab·
  • 3.  Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat·
  • 4.  Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”·

Tiada ulasan:

Catat Ulasan