Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 18 Jun 2015

Rabu, 17 Jun 2015

cuti2 lepas - part 1

assalam

cuti2 sekolah lps, baru acu dpt balik ke rumah setelah berjauhan sejak bulan Nov lepas..




Makan2 ofis sebelum ramadhan

Assalam..
Bersama team baru buat mkn2 sblm ramadhan & rai kwn yg resign
Menu tghr: nasi, udang lemak, tomyam, ayam merah & sambal belacan& ulam dan pelbagai pencuci mulut..

Selasa, 16 Jun 2015

Bagaimana tempat tinggal ku selepas dunia...

Assalam

Takutnya melihat video mengenai tmpt tinggal slps dunia ini.. rasa teringat2 & terbayang mcm mana la tmpt tinggal ku nanti...


KEADAAN SESEORANG KETIKA DALAM KUBUR
Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila si mati dikuburkan.., datanglah kepadanya dua Malaikat hitam legam, lagi biru (matanya), salah satu di antaranya disebut dengan nama “Munkar” dan yang satulagi disebut dengan nama “Nakir”, (lalu keduanya mendudukan si mati itu setelah dikembalikan rohnya ke dalam jasadnya) kemudian mereka menyoalnya:”Apa yang pernah engkau katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (dan pada satu riwayat oleh Abu Daud:
Mereka bertanya kepadanya: “Apa yang engkau pernah sembah?” Maka kalau Allah memberi hidayah pertunjuk kepadanya, ia akan menjawab dengan berkata: “Aku menyembah Allah!” Kemudian ia ditanya lagi: “Apa yang engkau pernah katakan mengenai orang ini (Muhammad s.a.w)?” (Dan pada satu riwayat yang lain, oleh Abu Daud juga: Mereka menyoalnya dengan berkata: “Siapa Tuhanmu?” Ia menjawab: “Tuhanku ialah Allah!” Mereka bertanya lagi: “Apa agama mu?” Ia menjawab: “Agamaku ialah Islam!” Mereka bertanya lagi: “Siapa dia orang yang telah diutuskan dalam kalangan kamu)?” Maka kalau si mati seorang yang beriman, ia akan menjawab dengan berkata: “Orang itu (Muhammad s.a.w) ialah hamba Allah dan RasulNya, aku mengetahui serta meyakini bahawa sesungguhnya tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Muhammad itu ialah hamba Allah dan RasulNya!”
Mereka berkata kepadanya: “Kami sedia mengetahui bahawa engkau mengakui yang demikian”; (Dan pada satu riwayat oleh Abu Daud bahawa Baginda s.a.w bersabda: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sungguh benar hamba-Ku, maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Syurga, dan pakaikanlah dia pakaian dari Syurga, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Syurga”. “Rasulullah s.a.w bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bau Syurga dan keharumannya ); kemudian dilapangkan kuburnya seluas tujuh puluh hasta persegi, dan diberikan cahaya yang menerangi kuburnya; kemudian dikatakan kepadanya: “Tidurlah!” Lalu ia berkata: “Bolehkah aku balik kepada keluargaku supaya dapat aku ceritakan kebaikan halku?”
Dua Malaikat itu berkata kepadanya: “Tidurlah seperti tidurnya pengantin yang tidak dibangkitkan dari tidurnya melainkan sekasih-kasih ahlinya; Demikianlah halnya sehingga ia dibangkitkan Allah dari tempat baringnya itu. Jika si mati itu seoarang munafik, ia menjawab pertanyaan Malaikat itu dengan katanya: “Aku dengar orang berkata demikian, maka aku pun turut berkata sama; aku tidak tahu benarkah atau tidak”. Lalu dua Malaikat itu berkata: “Memang kami tahu engkau berkata demikian”; (dan menurut satu riwayat oleh Abu Daud: “Lalu diseru oleh penyeru dari langit katanya: “Sesungguhnya orang itu berdusta maka bentangkanlah kepadanya satu hamparan dari Neraka, dan pakaikanlah dia dari Neraka, serta bukakanlah baginya sebuah pintu ke Neraka”. Rasulullah s.a.w. bersabda lagi: “Lalu datang kepadanya sebahagian dari bahang Neraka dan udara panasnya) kemudian diperintahkan bumi supaya mengapitnya lalu bumi mengapitnya sehingga berselisih tulang-tulang rusuknya, maka tinggallah ia dalam azab itu terus menerus ke masa Allah bangkitkan dia dari kuburnya.”

Isnin, 15 Jun 2015

Resepi Burung Wak Wak Goreng Rempah

Assalam...
Hasil dr aktiviti menjerat, maka dpt la 2 ekor burung wak2..
Lepas dh Hubby sembelih, no idea lak nk kumasak apa pulak dgn daging yg xbp byk tu.. Google pun xdpt gak idea nk masak apa... Nk mengulai, betul ke rasanya nnt.. Dh ler dagingnya liat.. Nk buat rendang..setoet sgt la pulak..
Stlh disimpan 2 hr dlm petiais, terfikir nk merasakan bdk2 sblm blk Asrama... Maka ini la hasilnya yg plg cepat..
bhn2.. Serbuk kunyit, serbuk kari, garam.. Gaul dgn burung rata2
Terus goreng... Peh! Sedap.. Syukur Allah atas nikmat mknan yg Kau beri

Resepi air bandung muar

Assalam...
Mmg best.. Lain dr lain
Utk buat satu jug sederhana
1tin susu cair
1tin ais cream soda jenama f&n
2 sudu Pewarna merah or sirap
1/2 cwn gula bancuh dgn 1 cwn air panas
1/2 sudu kecik garam
Ais
Cara2 : campur semua kecuali ais.. Bila nk minum baru masukan ais

Aktiviti jerat burung wak wak di cuti sekolah

Assalam..
Tiba lak cik Abg bersungguh nk jerat burung wak wak. Persiapan dh buat.
Tak sangka bole dpt 2 ekor