Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 14 Jun 2015

Ramadhan Selamat datang...

Assalamualaikum..

Ya Allah berkatilah ku dibulan syaaban dan sampaikan ku di bulan ramadhan...

lagi 2 hari je lagi, moga dpt menambahkan lagi amal ibadatku..Insha Allah berazam, nak tumpu 100% kearah mendapatkan keberkatannya.

Cuti sekolah pun telah berlalu, anak2 pun dah balik ke asrama.. moga mereka tingkatkan usaha untuk mencari ilmu dan berjaya dunia akhirat..


Jumaat, 12 Jun 2015

Batch 1 - Selamat Tinggal Jaring

Assalam

Lebih kurang 100 staff diberhentikan berkuatkuasa 30 Mei, 2015... sedihnya... walaupun belum sampai masa ku lagi, tp mmg dah terasa kesunyian ofis pada Jun nanti

aku doa sama2 dimurahi rezeki, sesuatu tu berlaku itu ada hikmah nya..

hari ni 12 Jun, dah 2 minggu berlalu.. ofis mmg sunyi, mood kerja pun kelaut..


Macam2 cerita kesan dari Retrenchment ni..  apa2 pun, aku harap sahabat2 kembali kpd Nya,
‘Ada yang diberhentikan ketika masih cuti pantang’ http://www.sinarharian.com.my

SHAH ALAM -  “Pada  23 April 2015, Jaring dilikuidasi dan 97 (50 peratus) orang pekerja Jaring telah diberikan notis singkat 9 hari (terima notis 22 Mei) untuk diberhentikan dan tarikh akhir perkhidmatan adalah 31 Mei 2015. Tiada sebarang pampasan diberikan dan sehingga hari ini gaji terakhir bulan Mei belum dibayar."

Demikian luahan seorang pekerja Jaring yang hanya ingin dikenali sebagai Muhammad, 27, tatkala berbicara mengenai nasibnya selepas diberhentikan kerja oleh Jaring, sebuah syarikat penyedia internet pertama di Malaysia.

Berbicara lanjut, Muhammad berkata, apa yang lebih menyedihkan ialah nasib rakan-rakannya yang lain kerana ada yang diberhentikan ketika masih cuti berpantang.

“Ada beberapa orang pekerja yang menerima surat pemberhentian sedang dalam pantang. Ada yang diberhentikan dalam keadaan sedang mendapat rawatan di hospital.

“Mereka yang diberhentikan ada yang hanya suami seorang sahaja yang bekerja dan ada juga suami isteri yang bekerja di Jaring yang diberhentikan serentak.

“… ini amat-amat menyedihkan kerana diberhentikan secara tiba-tiba dan kebanyakannya belum mendapat pekerjaan baru,” katanya kepada Sinar Online.

Dalam pada itu, Muhammad berkata, bagi menuntut hak mereka pekerja-pekerja sedang berusaha mendapatkan pampasan yang sepatutnya dari syarikat.

“Sebelum ini pada bulan Ogos 2014 aduan dan laporan juga telah dibuat ke KWSP. LHDN, SOCSO tentang duit tidak carum oleh pihak syarikat.

“Kami akan terus memperjuangkan nasib kami,” luahnya.

Ujarnya lagi, pada  Julai 2014 syarikat sudah mula tidak melunaskan bayaran seperti caruman Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Socso, Tabung Haji, Zakat, cukai Lembaga Hasil Dalam Negeri, (LHDN) pinjaman Bank Rakyat, kereta, rumah walaupun dalam slip gaji semua yang disebut dipotong.

“Ramai hanya menyedari setelah pihak bank menelefon setelah tidak menerima pembayaran beberapa bulan dan ada yang tiba-tiba mendapat surat saman dari pihak bank.

“Syarikat juga sudah tidak membayar insuran perubatan dan mengakibatkan pekerja mengeluarkan duit sendiri untuk perubatan,” katanya.

Jaring Communication Sdn. Bhd merupakan sebuah syarikat GLC di bawah Kementerian Kewangan telah diambilalih oleh Utusan Printcorp awal Januari 2014.

Sejak diambilalih tiada sebarang prestasi memberangsangkan yang ditunjukkan syarikat itu.

Sabtu, 23 Mei 2015

Akhirnya.. Semakin dekat dgn perpisahan

Assalam...
Perjumpaan staff dibatalkan pd jumaat 22/5.. So aku decide amik cuti 1/2 day petang, nk rehat & xkan nk burn cuti gitu saja jika co tutup dlm masa terdekat ni. Ada 4 1/2 hari lg kena perabis.
Sedang dok berehat kt rmh.. Tg whatsapp group ofis ckp ada hal ptg dr HR. Aduh suspen wp kt rmh. Apa citer kt ofis ?
Sorg teman mghtr Surat "retrenchment"  allahuakbar!!
Co buat penamatan staff peringkat demi peringkat ikut keperluan.
Ya Allah, aku redha andai diri ku tersenarai..
Aku whatsapp kt kwn2 rapat... Finally nama aku BELUM tersenarai. Syukur ya Allah...
Namun aku redha utk next aku tersenarai, mungkin isnin ni akn diumumkan...
Ya Allah amat berat utk ku terima, hakikat akn hilang perkerjaan, hilang suasana meriah diofis dan kesibukan utk pergi kerja.. Aduh! Berila hamba Mu ini kekuatan

Kenangan dgn team 2015.. tempat terakhir hingga kini 

 

Isnin, 18 Mei 2015

Yang pergi dan akan pergi

Assalam..
Walaupun sedih tp mereka pergi atas pilihan sendiri dan pastinya amat payah nk dilepaskan.
Apa yg pasti tiada yg kekal melainkan Pencipta mahluknya.. Maha suci Allah. Aku pasrah walaupun berat, sayu & sunyi & sebenarnya ia akan tamat jua akhirnya.
Kenangan bersama yg rapat..

Ahad, 17 Mei 2015

Minggu exam & menanti cuti sek

Assalam..
Sejak minggu lepas, anak2 berjuang dgn peperiksan dan bersambung lagi pd minggu ni... Moga Allah permudahkan kalian dlm menjwb soalan dan dilapangkan dada dlm menerima ilmu. Moga berjaya dunia & akhirat! Amin.
Abang kol mama tanya khabar, akn blk insha Allah senin. Mama lak kol Acu sbb hphone Acu rosak, minta bersedia sbb umi akn amik pd senin. Atiqah lak mtk mama htr brg yg tinggal & beli mknan skt. Td mama jenguk baby. Esok baby exam lg..add math. Ok mama doakan utk semua.

Sempat selfie

Jumaat, 15 Mei 2015

Syukur.. Aku Bahagia

Assalam..
 
Ntah nape hr ni rasa happy.. Bahagia.. Wp demam & hidung sok sek sok sek..
Alhamdulillah ya Allah, atas segala nikmat Mu yg x terhingga buat ku &  keluargaku...
 
Mungkin pg td rasa motivate skt, atas peringatan ofismate.. Prepare for the worst..stay at your own risk.. 

Rasanya dh nmpk jelas ada niat xbaik org2 itu & dot dot dot disebalik apa yg berlaku..  biarkan mrk, moga Allah beri hidayah pd mrk & hidup mrk dipengakhiran yg baik..Amin. Doa org teraniaya pasti makbul.

Khamis, 14 Mei 2015

Apa nk biz ?

Assalam.. Perjalanan ke ofis tk lama akn tamat.. Menunggu masa.. Cari keje lain mungkin tk kot.. Reason
1/  cukup apa yg dh dpt skrg.. Insha Allah tabungan dibuat cukup.. Alhamdulillah
2/ nk tumpu utk ank2 pulak.. Masa depa seklh rendah.. Sibuk keje.. So ini peluang coz seklh men lbh mencabar.. Nk doa & restukan mrk dlm perjlnan mencari ilmu.. Krn doa ibubapa lerr yg mrk perlukan
3/ bila fikir nk redah KL, so sorry x sanggup dh.. Igt masa awal pekerjaan meredah bangi ke KL.. Seusai subuh dh nenunggu bas & berebut2 pulak.. Lps tu dok di jln jelatek, keramat.. Wp dh dok KL tp 5.50 pg dh tercongok tunggu Bas Khas ke ofis.. Mula2 jln cendarasari pastu join mimos di jln semantan.. Pengalaman xdpt lupa.. Rebut naik bas mini bila tertinggal Bas Khas
4/ fikir2 lg.. X lalu ler nk interbiu bagai.. Nk cari environment baru... Baik kata sudah sudah ler...
5/ dlm kepala cuma fikir nk biz..  Kecil2an dulu.. Cari mana yg serasi.. Mmg akn ada turun naik... Malah x untung or sesuai utk diteruskan.. Bgmanapun.. Itu pengalaman
So tgh fikir2 nk biz apa ekkk..
Ok sambung nk solat maghrib...