Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 10 Jun 2012

Tamat Cuti Sekolah 1/2 Thn -Jun2012

Salam anak2 ku..

hari ini telah bermula sesi persekolahan kembali, setelah 2 minggu Cuti Sekolah..

hari Sabtu, afiq telah kembali ke JB untuk balik ke asrama... ku doa utk Afiq.. terus berjaya,
beroleh kesedaran & semangat utk terus b'jaya dlm PMR... Target utknya cuma la 7A
harap dia bole mencapai lebih dari itu..Insya Allah
Mama pesan.. setiap usaha pasti berjaya, tingkat usaha jika ingin lebih berjaya..
buat solat hajat & minta pd Allah apa jua hajat & cita2..

semalam Ahad, juga hantar Atiqah balik ke asrama.. moga Atiqah pun terus berjaya..
usaha jg jemu ya sayang..

untuk anak ku yg ber 2 yg masih bersama2 mama... jangan lalai & lupa ya, kena bermula dari sekarang jika ingin berjaya,

untuk semua anak2 ku, moga kalian dpt m'perolehi ilmu dunia & akhirat...
ingat matlamat kita sebenarnya iaitu mencari keredhaan Nya & semua kita lakukan adalah buat Nya semata2..


Isnin, 4 Jun 2012

Hanyalah Kerana MU ALLAH

 dipetik dr blog http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-07-persiapan.html

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:

1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Taala.
Semata-mata kerana Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. – menunaikan tuntutan Allah s.w.t. mengerjakan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim. Jadi niat ini perlu selalu disemak dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

2. Bertaubat atas segala dosa dan kelalaian kita kepada Allah s.w.t. Kalau kita sebelum ini jauh dengan ajaran Allah s.w.t., kita dekatkan diri kita kepada Allah. Lakukan solat taubat dan perbanyakkan istighfar. Kalau boleh solat taubat tersebut dikhususkan untuk satu-satu kesalahan.

3. Tingkatkan amalan ibadat, zikir, membaca quran, qiamullai, bersedekah (harta, anggota badan, lisan), tafakkur, dan sebagainya dengan harapan mudahlah kita lakukan amalan-amalan tersebut di tanah suci nanti.

4. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.

5. Banyakkan berdoa terutama pada masa dinihari, memohon supaya ibadah umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, selamat orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa agar Allah kurniakan kita hati yang ikhlas, agar Allah memberi petunjuk dan sebagainya.

6.  Jaga kesihatan agar diri sentiasa sihat dan berstamina sebab ibadah umrah atau haji banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti tawaf dan bersaie.



Ahad, 3 Jun 2012

Panduan Umrah

Salam... dlm process membaca buku/blog/doa2 utk umrah

Buku2 ..
1- Panduan Umrah & Ziarah Madihan & Makkah - Ust Dato  Hj Daud Che Ngah by Andalusia Travel & Tours
2- Makkah al-Mukarramah - Kelebihan & Sejarah oleh Dr Abd Basit Penerbit : Telaga Biru
3- Pedoman Lengkap Ke Tanah Suci - Haji Umrah & Ziarah - Jasmin Publications
4- Travelog Haji - Prof Muhd Kamil

Blog..
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-01-pengenalan.html

http://sinar-permata.blogspot.com/2009/04/umrah-transit.html
(updated 7/6/2012 - dpt dr blog Us MsaadHamid)

Khamis, 31 Mei 2012

Persediaan Menjadi Tetamu Allah 2

Alhamdullilah...

telah selesai membayar di agensi semalam 30/5/2012, menyerahkan passport, 4 kpg gambar visa, kad suntikan & salinan sijil nikah

dan dpt beg percuma 2 set..


jugak dah membeli sedikit barang2.. telekung 3 psg, jubah putih 2 (masih dlm tempahan)


aku cuma ingin membuat yg sesederhana mungkin..
yg penting dpt beribadat dgn ikhlas & diterima Nya, amin!



Khamis, 24 Mei 2012

Alhamdulillah - beberapa perkara sudah settle

Syukur ku panjatkan ke hadrat Mu ya Allah, Alhamdullilah

1- claim utk insuran sbb telah tamat housing loan, duit telah dikreditkan hari ini, setelah sejak feb lagi di melayan kerenah insuran company
2- pindah milik rumah, sudah siap & document perlu di ambil di pejabat Lawyer di BBB
3- kitaran haid pd bulan ni normal.. so harapnya sblm umrahku.. kitaran terakhir pun begini juga

Ya Allah, Kau lebih Mengetahui apa yg terbaik utk hambaMu, Amin..




Rabu, 23 Mei 2012

Pra Persediaan Menjadi Tetamu Allah

Salam

Terlupa pulak, sebelum persediaan2 seperti ku ceritakan semalam, pra persediaan yg telah dibuat :

1- membuat suntikan pelalian meningococcal meningitis mencevax atau ACYW135 (dibuat di Klinik Penawar, Seri Serdang), bayaran sebanyak RM150 seorang dikenakan
2- membuat passport antarabangsa - telah siap minggu lepas 17-May lg.. aku & hubby telah ke Jabatan Imigresen di Putrajaya.. bayaran sebanyak RM15 utk gambar passport & RM100 untuk passport antarabangsa valid utk tempoh 2 tahun
3- menyediakan 2 keping gambar Visa

Semua perkara di atas perlu diserahkan kepada Andalusia sebulan sebelum berangkat bersama bayaran penuh.

Insya Allah, kami akan submit pd 2-Jun nanti.



Persediaan Menjadi Tetamu Allah 1

Salam

masa semakin hampir, dp pendaftaran kami 24-Apr lepas... cuma tinggal sebulan shj lg...

sebenarnya dah berkecamuk dlm kepala dah ni, bila buat ni, terfikir itu, bila buat tu, terigat ni pulak...
so baiknya disenaraikan apa yg penting & perlu dulu
1- cari ilmu ttg umrah - buku, baca blog pengalaman org, (gi kursus umrah... insya Allah)
2- brg2 keperluan
3- urusan anak2 ketika kami tiada (insya Allah dah settle dgn K.Yam) & bgmana anak2 kena b'dikari hidup di rumah org... slow2 ler..
4- persiapan mental & fizikal..
    i- kesihatan - harap sihat walafiat, dah cek BP.. setakat ni stabil, amik pil darah tinggi utk sementara
    ii- cuba menjadi sabar, tabah pd semua cubaan & dugaan.. x kira dlm pekerjaan or hidup seharian...

Ya Allah permudahkan aku & suami dlm perjalanan ini.. Amin !

Info di andalusia2u.com ....

PENERBANGAN  (SV) - VISA UMRAH
Penerbangan Bil.Hari Bilik Ber 4/5 Bilik Ber 3 Bilik Ber 2 Baki Seat








2 JUL - 13/14 JUL 13H/11M 5,390 5,590 5,890 0