dipetik dr blog http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-07-persiapan.html
Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:
1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Taala.
Semata-mata kerana
Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. – menunaikan tuntutan
Allah s.w.t. mengerjakan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang
muslim. Jadi niat ini perlu selalu disemak dan diperbetulkan supaya
jangan terpesong.
2. Bertaubat atas segala dosa dan kelalaian kita kepada Allah s.w.t.
Kalau kita sebelum ini jauh dengan ajaran Allah s.w.t., kita dekatkan
diri kita kepada Allah. Lakukan solat taubat dan perbanyakkan istighfar.
Kalau boleh solat taubat tersebut dikhususkan untuk satu-satu
kesalahan.
3. Tingkatkan amalan ibadat, zikir, membaca quran, qiamullai, bersedekah
(harta, anggota badan, lisan), tafakkur, dan sebagainya dengan harapan
mudahlah kita lakukan amalan-amalan tersebut di tanah suci nanti.
4. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.
5. Banyakkan berdoa terutama pada masa dinihari, memohon supaya ibadah
umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada
Allah s.w.t. Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, selamat
orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa
agar Allah kurniakan kita hati yang ikhlas, agar Allah memberi petunjuk
dan sebagainya.
6. Jaga kesihatan agar diri sentiasa sihat dan berstamina sebab ibadah
umrah atau haji banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti
tawaf dan bersaie.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan