Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Jumaat, 12 Mei 2023

where my 2021 till 2023?

Allahhu allah.. bkn senang nk menanam blk utk menulis.. baik menanam pokok je kn..  byg kn dr 2020 menulis & sepi gitu je blog ni.. then tetiba ank tanya.. ma apa nama blog ma dulu ty.. aduh..baru ku igt.. dh bersawang rupanya .

now dh mei 2023.. nk teruskn...hmmm byk citer ler 2020 till 2023..3 yrs plus..

byk berlaku weii.. jom recall satu persatu..

Isnin, 17 Ogos 2020

Hampir Setahun Menyepi

Assalamualaikum.. lama gak menyepi.. jom mula letak nota2 ilmu & suka duka kehidupan dlm blog yg mudah nk rujuk or kenang kembali..

pd dh jd hampir one year ago..
1, abg blk bercuti dr mesir julai 2019.. extend smpi nov 2019.. ma tlg tanggung kos rm500 tukar date utk flight. abg bljr bwk moto kete.. ada promosi rm750 jer for both. lulus kedua2 alhamdulillah.. cuma kete amjk 2 kali..

2, bby still bljr (thn 1 & 2) di univ azhar & abg continue thn 4 slps blk.. kata bby xmau blk till finished study . ok la camtu, good for her & hope she can explore more at egypt. she enjoy there.

3, acu sambung bljr, amik stam dia smanazah, dia minat tu.. so ikut je la.. result spm keluar mac 2020, syukur alhamdulillah.. rezeki acu begitu.. acu decide utk continue stam.. moga Allah terus cemerlang dunia & akhirat

3, idam still di Dh.. moga dipermudahkn bg nya menghafal alquran, jd sorg huffaz satu hr nnt.. moga dia terus matang menilai & menentu masa dpn nya.. mac2020 ajak dam ke CH utk bercuti wp cara tu xbp ok 🙏😁 supaya dam dpt lps ikut..  then dam masuk hostel few days after dh cuti.. tp during cuti ni start PKP

ok sambung pkp onwards 

today 18/2020 rainy outside.. but me need to feed all the ternakan.. ayam & itik
need to continue.. much more exciting story after this 💖💖🌹🌹

Selasa, 5 November 2019

Lamanya Menyepi.. Azam Nov 2019 dan seterusnya

Assalamualaikum...
lama tul menyepi dr blog ni.. nk tinggalkn terus syg pulak... dh berkurun2 membina nye.. heiii

Now nk citer psl nk diet blk.. after  3 years mula diet berhenti.. tiba2 rasa needs to start again. ye la kn, makin tua bdn pun mcm nk expired.. so berigt la.. hrp sihat & kuat hingga mati, so that tak susahkn sesape..

memang dh plan nk kena diet ni setelah berenti sbb pindah blk kg husbnd.. so nk tolak2 bila org ajak mkn agak susah gak.. kita kurus skt pun ada ckp nmpk sakit.. allahuakbar.. tp lantak la kn.. yg xbole sgt tu.. kena masak lain dr org.. dh jd 2 kali.. aduh.. tu la dugaan

start bln nov 2019 ni dh mula & azam.. then tiba2 hubby pun nk ikut.. maka insya Allah.. plan jd kot.. tp kali ni nk berhemah skt ye.. tak la drastik sgt.. bole hipo mcm masa mula2 dulu..

moga niat kami tercapai.. dpt sihat & hati senang. bdn pun kuat utk buat ibadat pd Allah.

umur makin tua dh.. maka mkn bersederhana..cari peluang byk utk ibadat & buat kebaikan.. lillahhitaala.


Aamin..

Isnin, 27 Mei 2019

Nota Peringatan Lailatul qadar 3

Tazkirah oleh:
Dato' Dr Fatma El-Zahra
Surau Al-Islah
Tmn Seri  Keramat

📌Bagi yg merasakan kurang berpuas hati dgn  ibadah puasanya sejak dr hari pertama berpuasa,  anda  tidak perlu risau.  Kerana masih ada peluang lagi yg Allah berikan. Peluang terakhir ramadhan itu adalah pd 10 malam terakhir.
📌Pd 10 mlm terakhir ini,  banyakkan berjaga  di sebelah malam. (biarlah pd 10 mlm terakhir ini, waktu kita bertukar. Sblh siang, rehat/tidur secukupnya utk kita berjaga/beribadah di sebelah malam.
📌Jika perlu, ambillah supplemen tambahan agar kita tetap sihat/cergas pd mlm2 itu nanti. Atau jika perlu mengambil cuti juga pun, ambillah.
📌Bangun seawal pukul 2 pagi sehingga ke waktu subuh dgn solat, zikir dan mengaji Al-Quran
📌Kurangkan menonton tv pd mlm2 ini
📌Bermula dari sekarang dan sepanjang 10 mlm terakhir, *jangan tinggal doa: "Allahuma, Innaka, 'Afuwwun, Tuhibbul, 'Afwa, Fa'Fu'Anni*"
✅Sentiasa amalkan langkah2 ini sebelum berdoa:
1) Puji Allah dahulu. Dgn 99 nama2-Nya
2)Berselawat
3)Istighfar
4)Doa
📌Apa yg kita doakan, sentiasa diulang 3×. Kerana Allah sangat menyukai angka 3, manakala Nabi saw menyukai angka 7.
📌Banyakkan berdoa dgn memuji Allah. Qadar dan Qada  Allah boleh diubah dgn doa.
📌Kpd wanita yg dlm haid, tetap jangan lepaskan peluang ini. Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Isikan mlm2 ini dgn ZIKIR DAN DOA.
📌Jangan sibukkan diri dgn membuat kuih raya pd mlm2 ini. Buat persiapan raya pd waktu siang. Jgn lepaskan peluang yg Allah berikan ini.
📌Sepanjang mlm2 ini, hidupkan suasana harmoni dlm rumah kita. Elakkan sebarang perbalahan antara suami/isteri/anak2/adik beradik. Sentiasa bersabar dgn kerenah suami/isteri/anak2 sehingga 10 mlm ini berakhir. Tetaplah bersabar dan berdoa tanpa jemu jika anak2 yg degil sekalipun. Allah mendgr doa ikhlas kita
📌 Jika tiada suasana aman di dlm rmh kita, kita tidak mungkin dpt bertemu dgn mlm lailatul  qadar. Krn pernah terjadi pd zaman Nabi saw, terdpt 2 org pemuda yg bertengkar, dan terus malaikat Jibrail membatalkan utk memberitahu bila sbnrnya mlm lailatul qadar itu. *CREATE PEACEFUL IN OUR HOUSE*
📌Jika kita ada merasai kelainan pd mlm ini nanti, beritahu ahli keluarga kita yg lain. Kejut mrk, jika mrk tidur.
📌Bermula dari hari ini sehingga mlm2 tersebut:
1)Sentiasa dlm berwudhu
2)Sentiasa pakai pakaian yg bersih
3)Sentiasa dlm keadaan wangi
👉Kerana kita ingin malaikat sentiasa berada dgn
kita
📌Jangan biarkan Ramadhan ini berlalu, tanpa dosa2 kita diampunkan Allah. InsyaAllah, jika kita melepasi Ramadhan ini dgn dosa2 kita diampunkan Allah, kita tidak akan melakukan perkara2 yg dilarang Allah di luar bulan  Ramadhan nanti.

Nota Peringatan Lailatul Qadar 2

CADANGAN AMALAN SEPANJANG 10 HARI AKHIR RAMADHAN (العشر الأواخر من رمضان)

1) Tunaikan Solat Fardhu pada awal waktu dan secara berjemaah.

2) Laksanakan Solat Tarawih dan Qiyamullail pada setiap malam.

3) Bersedekah walaupun RM 1 pada setiap malam.

4) Membaca al-Quran walaupun satu muka surat setiap malam.

5) Berbuat baik dan banyakkan khidmat bakti kepada ibu bapa, isteri dan anak-anak.

6) Banyakkan berzikir, beristighfar  dan berdoa.

7) Ulang sebanyak-banyaknya doa yang diajar oleh Rasulullah Sollallahu 'Alaihi Wa Sallam kepada isteri Baginda, A'isyah Radhiayallahu 'Anha:

اللَّهُمَّ إِنَّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

8) Banyakkan bertenang dan jauhkanlah diri daripada sebarang perbalahan.

9) Banyakkan berdoa semoga Allah menerima segala amal ibadah yang telah dilakukan.

10) Hindarkan diri daripada sifat riya', 'ujub, sum'ah dan takabbur dengan amalan yang telah dilakukan.

"Ya Allah, taufiqkanlah kami untuk melaksanakan ibadah sebaik mungkin untuk-Mu khususnya pada penghujung Ramadhan yang mulia dan terimalah segala amalan kami".

A'AmM,Ahad, 21 Ramadhan 1437H - 26 Jun 2016.

Nota Peringatan Lailatul qadar 1

🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄

🎯 *Tips menjelang 10 malam terakhir Ramadhan* 🎯

🎥Daripada Syaikh Tawfique Chowdhury, CEO Mercy Mission yg diterjemahkan Ustadz Hilman Rosyad Lc.

Bismillah...⛳

☺⏰1. Mulakanlah dengan *niat yang bersih dan tulus.* Jika sampai hari ini ibadah terasa belum maksima, bersiaplah untuk memaksimakannya. Jika anda benar-benar ingin memperbaikinya, masih ada waktu!

📖💪🏻2. Hari ini, *bacalah tafsir surah Al-Qadr, dan fahamilah apa yang sebenarnya terjadi pada malam al-Qadr.* Anda pasti akan dapat merasakan keagungan dan kekuatannya insya Allah.

🎯3. Jangan menunggu hingga malam ke 27 untuk mengerahkan segalanya. Seluruh malam dari 10 malam terakhir sepatutnya dijadikan sebagai matlamat. *Bangunlah setiap malamnya.* Jangan biarkan malam Al-Qadr berlalu begitu sahaja.

😳❎4. Jangan terikut-ikut dengan perayaan-perayaan atau kegiatan-kegiatan yang diada-adakan (penambahan dalam agama/bid’ah) oleh kelompok-kelompok tertentu. *Ikutilah sunnah Nabi sallallahu ‘alaihi wa sallam.* Tuntunan baginda adalah, “Barangsiapa yang berjaga (sedikit tidur) dan berdoa pada malam Al-Qadr dengan iman dan pengharapan akan ganjarannya, dosa-dosanya yang telah lalu akan diampuni.”

🔖🤲5. *Hafalkan* doa malam Al-Qadr yang diajar oleh Rasulullah sallallaahu ‘alaihi wa sallam ini:
*اللَّـهُـمَّ إنَّكَ عَفُوٌّ تُـحِبُّ العَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي*
Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’ fu’anni (Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau menyukai permintaan maaf, maka maafkanlah aku).

📝👬6. *Siapkan senarai pendek doa-doa untuk dipanjatkan.* Ingat, ini adalah waktu yang sangat istimewa bagi seorang hamba. Malam Al-Qadar! Malam ditetapkannya takdir! Pilihlah doa-doa terbaik untuk agamamu, dunia akhiratmu dan keluargamu. *Jangan lupakan saudara-saudara muslimin* yang sedang dalam kesusahan di pelbagai belahan dunia.

💤😃7. Ambil kesempatan untuk tidur siang sejenak jika memungkinkan. Jagalah perutmu agar tidak terlalu kenyang dan tidurlah segera setelah Solat Isya' dan tarawih sekadar untuk menyegarkan diri. Lalu bangunlah untuk beribadah.

👨‍👩‍👧‍👦8. *Jangan lupakan keluargamu!* Rasulullah sallallahu 'alaihi wa sallam mengejutkan para isterinya untuk bangun beribadat pada malam-malam ini. Anak-anak pun boleh diajak beribadah buat beberapa saat, walau mungkin tidak lama seperti orang dewasa. Siapkan, beri semangat dan motivasi kepada mereka!

👔👚9. Cara kita berpakaian dan mempersiapkan diri berpengaruh secara psikologis. Pakailah pakaian yang bagus dan wangi-wangian (khusus di rumah untuk wanita) ketika beribadah.

🕋🕌10. *Pilihlah spot khusus yang kondusif untuk beribadah,* sama ada di masjid ataupun di musholla. Letakkan sejadah, mushaf dan air minuman sehingga kita tidak perlu beranjak dari sana jika perlu minum.

📱💻11. Ini *BUKAN malam untuk pasang status* (misalnya: “Alhamdulillah, nikmatnya bermunajat kepada-NYA malam ini” dsb) di FB atau media sosial apapun. Biarlah itu menjadi rahsia indah antara hamba dengan Rabb-nya. Maka, matikan dulu HP, tablet dan komputer. *Putuskan dulu hubungan dengan dunia, dan nikmati jalinan hubungan dengan Al-‘Afuww!*

😪😴12. *Jika mengantuk, maka variasikan bentuk ibadah* antara solat, bermunajat dan membaca Al-Quran. Lakukan bergantian. Jangan habiskan malam untuk mendengarkan ceramah atau tilawah, atau kalau sangat mengantuk, dengarkan sebentar sahaja untuk menghilangkan rasa mengantuk tersebut.

💟🔐13. *Sabar adalah kuncinya.* 10 malam terakhir mungkin akan sangat memenatkan. Anda mungkin masih perlu bekerja, ke sekolah atau melakukan pelbagai aktiviti yang lain. Ini adalah saat untuk bersabar dengan kepenatan itu. Ingatlah Allah telah menganugerahimu kesempatan berharga (akan luasnya keampunan) yang kemungkinan tidak akan datang lagi. Bukankah kita akan berlari walau apapun yang terjadi jika kita tahu pasti bahawa ini adalah Ramadhan terakhir kita dan syurga hanya selangkah lagi?

👐🏻💗14. Ini *yang paling penting iaitu husnuzzon (bersangka baik)lah kepada Allah.* Ketika bermunajat, ingatlah anda sedang meminta daripada Raja Yang Maha Pemurah. Jika anda berharap yang terbaik, Dia akan memberimu yang terbaik. Jangan ragu-ragu, yakinlah dan tumpahkan seluruh isi hatimu di hadapan-NYA. Jangan biarkan perasaan ragu-ragu dan prasangka buruk menjauhkanmu dari Ar-Rahman Ar-Rahim.

❤ *Jangan kita jemu mengetuk pintu rahmat-Nya. Selamat berjuang!*💪🏼

Allahumma baariklana fii Ramadhan..  Waballighna lailatal qadr. Allahumma Aamiin.💖

🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄🌱❄

Sabtu, 2 Mac 2019

Doa & Mengurangkan Sakit Tunit

Cnp
Kaedah Doa bagi rawatan sakit tumit dan sendi oleh Ustaz Sharhan Shafie

Doa dan Cara Mengurangkan Sakit Tumit

1. Gunakan Minyak Zaitun – (Ini kerana Zaitun disebut 6 kali di dalam Al-Quran)

2. Baca Surah al-Fatihah
3. Baca Ayat Kursi
4. Baca Surah At Taubah ayat 14
5. Baca Surah Al hasyr ayat 216. Disapu atau lebih baik diurut secara perlahan-lahan kebahagian yang kaki yang sakit

Cara Tradisional Mengurangkan Sakit Tumit

Biasakan berjalan kaki di atas rumput yang dipenuhi embun waktu pagi. Ini kerana , mengikut orang tua-tua zaman dahulu, tapak kaki dan bumi yang dipijak oleh tapak kaki itu adalah dua kembar. Dalam erti kata lain, pasangan tapak kaki secara semulajadinya adalah bumi.

Sediakan lebih kurang satu kilogram garam kasar dan goreng tanpa minyak di dalam kuali menggunakan api yang sederhana besar. Apabila semua garam mulai panas, angkat dan bungkus dalam kain bersih. Gunakan untuk menuam pada bahagian tumit anda yang sakit itu. Amalkan selalu, sakit tumit anda pasti berkurangan dan insya-Allah akan sembuh sepenuhnya.

Bagaimana mencegahnya ?1- Sebaik bangun tidur lakukan regangan kaki dan tapak kaki terlebih dahulu sebelum mula memijak lantai.2- Gunakan alat sokongan tapak kaki atau ‘night splint’ untuk menetapkan posisi tapak kaki semasa tidur.

Isnin, 31 Disember 2018

Amalan Sebelum Tidur Ikut Sunnah

Rasulullah tidak pernah tidur sebelum mencium Fatimah. Pernah suatu ketika ditegur dan ditanya salah satu istrinya, kenapa engkau selalu mencium Fatimah? Rasulullah menjawab, ‘setiap aku rindu surga aku mendapatkan semerbak bau harum surga pada diri Fatimah’.

Suatu hari Siti Fatimah sudah masuk di kamarnya, sudah di dalam selimutnya, mau  tidur.  Rasulullah mengetuk pintu kamarnya, kemudian Rasulullah masuk dan Siti Fatimah bangun, kata Rasulullah ‘jangan, tetaplah kamu di tempat tidurmu’.

Kemudian beliau bersabda ‘putriku Fatimah, kamu jangan tidur sebelum mengkhatamkan Al-Quran.  Kamu jangan tidur sebelum menjadikan seluruh nabi memberikan syafaat untukmu. Kamu jangan tidur sebelum merelakan atau memberi kerelaan kepada seluruh kaum mukminin-mukminat di dunia ini. Dan terakhir wahai putriku Fatimah jangan kamu tidur sebelum kamu Umrah dan Haji’.

Permintaan yang sulit semua. Sebelum tidur khatam Al-Quran. Sebelum tidur menjadikan seluruh Nabi memberikan syafaat.  Sebelum tidur merelakan kaum mukminin-mukminat. Sebelum tidur Umrah dan Haji.

Siti Fatimah terkejut mendapatkan perintah ini. Sebelum sempat Fatimah berkata, Rasulullah shalat  dua rakaat di kamar Siti Fatimah. Siti Fatimah duduk menanti selesai shalat ayahnya untuk menanyakan tentang perintah tadi.

Setelah Rasulullah salam, Siti Fatimah berkata, ‘ayahku, siapa yang mampu sebelum tidur khatam Al-Quran, menjadikan para Nabi memberi syafaat, merelakan seluruh kaum mukminin-mukminat, dan melaksanakan Umrah dan Haji?’

Rasulullah tersenyum kemudian beliau bersabda, ‘bukan begitu putriku, bukankah engkau

kalau membaca Qulhuwallahu Ahad (Surah Al-Ikhlas) sebanyak 3x dihitung seperti khatam Al-Quran.

Kedua, bershalawatlah kepadaku dan seluruh para nabi, nanti kami semua siap memberi syafaat.

Ketiga, doakan kaum mukminin-mukminat; Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat, supaya semua kaum mukminin-mukminat rela kepadamu.

Ke empat, Umrah dan Haji yang kumaksud ialah membaca; Subhanallah, walhamdulillah, wa Laa Ilaha Illallah, wa Allahu Akbar, maka pahalanya seperti kamu melakukan Umrah dan Haji’.

Jadi inilah amalan yang diajarkan Rasulullah kepada putrinya Fatimah. Dan mari kita amalkan dan ajarkan kepada anak-anak kita:

1.     Membaca  Qulhuwallahu Ahad (Al-Ikhlas) 3 x.
2.     Shalawat kepada para Nabi (Allahumma Shalli ala Muhammad wa Ali Muhammad wa Alal Anbiya-i wal Mursalin).
3.     Mendoakan kaum Muslimin (Astaghfirullah lil mukminina wal mukminat).
4.     Kemudian membaca (Subhanallah, wa-Alhamdulillah wa Laa ilaa ha Illallah wa-Allahu Akbar).

Marilah kita mulai praktikkan dan ajarkan kepada anak-anak kita.

Rabu, 7 November 2018

Peringatan utk umur 40 keatas

BILA UMUR MASUK 40 TAHUN

1. Lipat tilam dan bantal yang selesa...hidupkan malam dengan amal.
.
2. Ingat kembali usia yg telah dilalui , hitung msa yg banyak terbuang
     🌼Jangan banyak rehat dan hiburan yang melekakan.
     🌼Kurangkan pakaian mahal dan makanan sedap
     🌼Jangan banyak  bersenang kerana kematian semakin hampir.

3. Imam shafie...umur 40 tahun berjalan pakai tongkat supaya ingat diri sedang berjalan ke akhirat.
.
4. Jika masih tidak berubah ketika masuk 40 tahun...syaitan dah nobat sebagai rakannya untuk ke neraka.
.
5. Kurangkan fikir hal dunia...kumpul amalan untuk mati.
.
6. Pada usia ini...tukarkan niat kerja kerana Allah. Fokus urusan dunia untuk mendapat  redha Allah.
.
7. Apa harta yang ada pada umur ini...cukuplah kerana itu saja rezeki yg Allah bagi. Tumpukan perhatian lebih kepada amal...kurangkan pesona kepada dunia...jika tidak terus tertinggal akhirat.
.
8. Jangan tamak dengan  dunia. Ingat dunia bukan lagi milik kita.
.
9. Kata ulamak, aku dengar  setiap pagi ada suara dari langit ke 4 yang berseru- "wahai anak yg berusia 40 tahun, kamu sudah hampir kepada kematian, wahai anak umur 50 tahun, hitunglah apa yg kamu belum lakukan untuk mati...wahai anak umur 60 tahun masa kamu sudah tiada.."
.
10. Doa semasa umur 40 tahun ke atas..wahai Tuhanku tolonglah lapangkan dalam diri aku rasa syukur atas nikmat yg telah kau beri..kepada kedua- dua ibu bapaku dan redai mereka.
.
11. Bykkan taubat- 70 kali sehari
.
12. Tingkatkan keyakinan kepada agama -hanya Islam yang jadi pegangan sehingga mati.
.
13. Jaga hati, bersihkan hati,  redha dengan ketentuan dan berbaik sangka dengan Allah.
.
14. Tingkatkan iman dan ibadah- tingkatkan amalan sunat...solat lebih khusyuk, Solat Awal waktu, sentiasa Solat berjemaah dan laksanakan semua ibadah lebih berkualiti.
.
15. Amalkan sifat-sifat  Mahmudah, jauhi Dan hindari sifat-sifat Mazmumah.

USTAZ AHMAD DUSUKI

Selasa, 6 November 2018

Hikmah Umur Panjang

Cnp

🌻 *Saat Usia Senja Tiba*
      *Kita Akan Kembali Kepada Allah*

🌻 *Firman Allah SWT :*
*"Dan mereka berteriak di dalam neraka itu : "Ya Tuhan Kami, keluarkanlah Kami niscaya kami akan mengerjakan Amal Shaleh berlainan dengan yang kami kerjakan". Dan apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam masa yang cukup untuk berpikir bagi orang yang mau berpikir, dan (apakah tidak) datang Kepada kamu pemberi peringatan ? Maka rasakanlah (Azab kami) dan tidak ada bagi orang-orang yang Dzalim seorang penolongpun.*
*_(QS. Fathir: 37)_*

*Orang yang Allah panjangkan umurnya hingga 40 sampai 60 tahun, merupakan usia yang dekat dengan kematian, maka inilah kesempatan untuk kita memperbanyak taubat, beribadah dengan Khusyuk,* *dan bersiap-siap*
*bertemu dengan Allah."*
*Maka Lakukan yang terbaik pada sisa usia senja-mu, maka akan diampuni semua dosa-dosamu yang telah lalu.*

*Anjuran dan Nasihat cara menjalani umur yang sudah mencapai usia Senja* :

*JANGAN banyak BERGURAU dan terjebak dalam hal-hal yang tidak ada manfaatnya untuk Akhirat.*

*JANGAN gelisah, berkeluh kesah dan kesal dengan kehidupan sehari-hari. Selalu penuhi diri dengan rasa Sabar dan berSyukur.*

*PERBANYAK doa mengharap keridhaan Allah SWT agar Husnul Khatimah dan dijauhkan dari Su'ul Khatimah.*

*TAMBAHKAN ilmu agama, perbanyak mengingat kematian, dan bersiap menghadapinya.*

*Kerap menjalin hubungan SILATURAHIM dengan sanak keluarga ataupun dengan orang disekitar kita.*

*MINTA MAAF dan berbuat baik terhadap Orang yang pernah kita dizalimi.*

*TINGKATKAN amal SOLEH terutama amal JARIYAH yang dapat terus memberi pahala dan syafa'at setelah kita mati.*

*MAAFkan kesalahan orang lain kepada kita walau seberat apapun kesalahan itu.*

*Berbaik sangka lah kepada Allah atas segala sesuatu yang terjadi dan menimpa diri kita.*

*Penuhi terus hati dan lisan kita dengan istighfar & taubat untuk diri sendiri, orang tua, dan semua orang beriman, di setiap saat dan setiap waktu.*

*Semoga bermanfaat bagi kita semua, walaupun kita belum di Usia Senja. karena...*
*Kematian tidak Mengenal Umur dan kita harus siap menerimanya dalam kondisi apapun.*

🌻 *Semoga kita senantiasa menjadi hamba Allah yang selalu Bersyukur dan memiliki pribadi yang baik dan memiliki hati yang terbaik, bersih dan ikhlas dalam berbuat Kebaikan serta Allah SWT menerima Taubat dan memberikan Ampunan atas Dosa-dosa kita...*
*Aamiin YaRobbal Aalamiin*🤲🤲

🌹Selamat beraktifitas. Jalani hidup penuh dengan rasa syukur, Rendah hati,  ikhlas dan sabar. Semoga keberkahan tetap dilimpahkan kepada kita semua.
🌄🌹🌴🏡

Selasa, 23 Oktober 2018

Ini Cara Untuk Hilangkan Rindu Pada IBUBAPA Yang Telah Meningg@l Dunia – Ustadz Hj Abd Somad


Cnp

Untuk itu, ada 5 cara yang boleh diamalkan untuk mengubati rindu kepada orang yang telah meninggal menurut Ustadz Abdul Somad.

Mari kita baca 5 cara tersebut seperti berikut :

1. Membacakan doa seperti di bawah

“Allahumma firlahu warhamhu wa`afihi wa`fu`anhu”
“Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlahnya

2. Membaca Tahlil Lailahaillallah (لاَ إِلَهَ إِلَّاالله) 

Kemudian berdoa “Ya Allah, sampaikanlah tahlil ini untuk Arw@h Ayah / Ibuku”

3. Membaca Al-Quran

Bacalah Yasin, Atau sekurang-kurangnya Al-Fatihah

4. Menziarahi Kuburnya

5. Bersedekah Kepada Anak Yatim
Begitulah 5 cara yang di nasihatkan oleh Ustadz Abd Somad untuk mengubati kerinduan pada ibubapa yang telah meningg@l dunia.

Disediakan Oleh Ciungwanara / Beritakopak

Selasa, 16 Oktober 2018

Doa selepas tahiyyat akhir

Cnp

Inilah 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir

Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masaalah Hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).

5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari)

9) Doa Mohon Ampun Dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)

10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

#Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka.

Sumber: nabilahumaira.com

Doa selepas tahiyyat akhir

Cnp

Inilah 10 Doa Mustajab Selepas Tahiyat Akhir

Dari Ibn Masud Nabi SAW bersabda maksudnya : “Kemudian (selepas tasyahhud akhir) hendaklah memilih daripada doa-doa yang paling dikaguminya”. (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

1) Doa Mohon Perlindungan Daripada Azab Neraka., Azab Kubur, Fitnah Kehidupan Dan Kematian Dan Fitnah Dajjal.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ ،

وَمِنْ شَرِّ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّال

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah kehidupan dan kematian, dan daripada kejahatan fitnah dajjal.” (Hadis Riwayat Muslim)

2) Doa Ini Sangat Baik Diamalkan Jika Kita Ada Masaalah Hutang.

اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَفِتْنَةِ الْمَمَاتِ ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْمَأْثَمِ وَالْمَغْرَمِ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada azab kubur, aku berlindung denganMu daripada fitnah Dajjal, aku berlindung denganMu daripada fitnah kehidupan dan kematian. Ya Allah! Aku berlindung denganMu daripada dosa dan hutang.” (Hadis Riwayat Bukhari)

3) Doa Yang Ini Amat Baik Untuk Melupuskan Sifat Mazmumah Yang Ada Pada Diri Kita.

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْبُخْلِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ الْجُبْنِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ أَنْ أُرَدَّ إِلَى أَرْذَلِ الْعُمْرِ، وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ فِتْنَةِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ الْقَبْرِ.

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari bakhil, aku berlindung kepadaMu dari penakut, aku berlindung kepadaMu dari dikembalikan ke usia yang terhina, dan aku berlindung kepadaMu dari fitnah dunia dan siksa kubur. (Hadis Riwayat Bukhari)

4) Doa Mohon Diampunkan Dosa Yang Terdahulu.

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ وَمَا أَسْرَفْتُ وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي, أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ, لاَ إِلهَ إِلاَّ أَنْت

Maksudnya: “Ya Allah, ampunilah bagiku dosa-dosa yang terdahulu, yang terkemudian, yang aku rahsiakan, yang aku nyatakan, yang aku melampau, dan yang Engkau lebih mengetahui daripadaku tentangnya. Engkaulah yang mendahulukan dan mengemudiankan sesuatu, tiada illah sebenar melainkan Engkau.” (Hadis Riwayat Muslim no. 1762).

5) Doa Mohon Ampun Kerana Menzalimi Diri Sendiri.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْماً كَثِيراً وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلاَّ أَنْتَ. فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ وَارْحَمْنِي، إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya: “Ya Allah, sesungguhnya aku telah menzalimi diriku dengan kezaliman yang banyak. Tiada sesiapa yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau, maka ampunilah bagiku dengan keampunan dariapda-Mu dan rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau maha pengampun lagi maha penyayang.” (Hadis Riwayat Bukhari no. 6181 dan Muslim no. 6819).

6) Doa Yang Amat Baik Untuk Memohon Allah Jadikan Kita Hambanya Yang Bersyukur Dan Sentiasa Mengingatinya.

اَللَّهُمَّ أَعِنِّيْ عَلَى ذِكْرِكَ، وَشُكْرِكَ، وَحُسْنِ عِبَادَتِكَ.

Maksudnya, “Ya Allah! Berilah pertolongan kepadaku untuk mengingati-Mu, bersyukur kepadaMu dan ibadah yang baik untukMu” (Hadis Riwayat Abu Daud dan Nasaie)

7) Doa Ini Untuk Memohon Allah Mudahkan Urusan Hisab / Perbicaraan Kita Di Mahkamah Allah Di Akhirat Nanti.

اللهم حَاسِبْنِي حِسَابًا يَسِيرَا

Maksudnya, “Ya Allah! Hitunglah aku dengan perhitungan yang mudah.” (Hadis Riwayat Ahmad)

8) Doa Ini Adalah Doa Taubat. Sesuai Sangat Dibaca Selepas Membaca Tahiyyat Akhir Dalam Solat Taubat.

اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا وَلَا يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ ، وَارْحَمْنِي إِنَّك أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku sendiri. Tiada yang dapat mengampunkan dosa-dosa kecuali Engkau, maka ampunilah diriku dengan keampunan yang Engkau miliki. Rahmatilah aku. Sesungguhnya Maha Pengampun dan Penyayang.(Hadis Riwayat Bukhari)

9) Doa Mohon Ampun Dosa

اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ يَا اللَّهُ الْأَحَدُ الصَّمَدُ الَّذِي لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ ، أَنْ تَغْفِرَ لِي ذُنُوبِي إِنَّكَ أَنْتَ الْغَفُورُ الرَّحِيمُ

Maksudnya, “Ya Allah! Aku memohon kepada Mu. Ya Allah Yang Maha Esa Yang… Yang Tidak Melahirkan dan Tidak Dilahirkan, dan tidak ada yang setara dengannya, Engkau ampunilah dosa-dosaku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan Penyayang (Hadis Riwayat Abu Daud)

10) Doa Memohon Dimasukkan Ke Syurga Dan Diselamatkan Dari Neraka

اَللَّهُمَّ إِنِّيْ أَسْأَلُكَ الْجَنَّةَ وَأَعُوْذُ بِكَ مِنَ النَّارِ

Maksudnya, “Ya Allah! Sesungguhnya aku mohon kepada-Mu, agar dimasukkan ke Syurga dan aku berlindung kepada-Mu dari Neraka.” (Hadis Riwayat Abu Daud)

#Semoga perkongsian ini menjadi asbab kita semua mendapat redha dan rahmat Allah SWT dan terlepas dari siksa kubur, siksa mahsyar semasa hisab dan siksa neraka.

Sumber: nabilahumaira.com

Isnin, 15 Oktober 2018

Selamat Hari Lahir

Alhamdulillah.. Alhamdulillah.. Alhamdulillah

Syukur pd Allah diberikn hidup lg hari ni. Semoga Kau berkati & rahmati hidupku ya Allah.

Berikn aku tubuh badan yg sihat utk beribadat kps Mu, kuatkn & teguhkn iman ku. Bawa la aku & keluarga ku pd syurga Mu, jauhi kami dr neraka Mu.

Aamiin aamiin yaraballallamin..

Ahad, 14 Oktober 2018

Hampir 50thn..


Cnp..

Seandainya kita diberi umur untuk hidup oleh Allah hingga 50 tahun apakah yang akan kita lakukan untuk memanfaatkan umur tersebut?

Andaikan umur kita saat ini sudah 45 tahun, maka baki umur yang tersisa ada 5 tahun lagi, jika hari ini kita telah pun berumur 49 tahun, bererti sisa umur kita ada 1 tahun lagi. 1 tahun itu adalah waktu yang sangat singkat, tidak terasa detik demi detik, malah minggu demi minggu lalu setahun itu telah pun berlalu, tidak terasa ajal sudah di depan mata, jadi bagaimanakah persiapan kita menjelang kehidupan hakiki yang penuh berkat?

Oleh yang demikian, Rasulullah SAW telah meninggalkan satu pesanan yang amat berharga buat kita semua sebagai umatnya. Baginda telah bersabda: “Memberi sedekah, menyuruh pada kebaikan, berbakti kepada ibu bapa dan silaturahim dapat mengubah penderitaan menjadi kebahagiaan, menambah berkat umur dan menolak kejahatan.” (Hadis riwayat Abu Naim).

Dengan ini, empat perkara di atas sangat perlu dititikberatkan oleh kita semua sebagai umat Islam dalam meraih keberkatan hidup dan keredhaan Allah demi mencapai kebahagiaan di dunia dan akhirat. Maka seharusnya kita jadikan elemen tersebut sebagai “the way of life”.

Tq moga ilmu ini mdpt pahala besar pd penulis

Blog ku lama menyepi.. 49thn esok..


Bismillahirahmannirrahim..

Maksudnya, dh byk aktiviti hari2 la kn.. atau aktiviti tetap hari2 berjln.. alhamdulillah Allah beri ku bernafas lg hingga hari ni.. sehingga lani 49thn, umur dh hampir setengah abad

Nikmat mana yg harus didustakn.. surah ar rahman..

Ustaz kata, sethn Hijrah kurang 11 hari Masihi jdnya aku dh dekat 52thn gak ler.. 11x49= 539; 539 ÷ 365hari sethn = 1.5 thn.... peh !!

Jd esok 16hb oktober, genap dh 49 thn.. moga Allah merahmati hidupku.. beri keberkatan & kebahagian dunia & akhirat..

Aamiin ya rabalalamin..

Allah ya Allah

Jumaat, 16 Mac 2018

Khasiat Jambu Batu

Khasiat Jambu Batu
Orang Melayu sememangnya mempunyai banyak ilmu mengenai khasiat jambu batu. Daun jambu batu telah digunakan berzaman untuk memulih sakit perut dan ceret beret. Buah jambu batu juga digunakan untuk mengubat kencing manis (diabetes). Kini, kajian saintifik mengesahkan itu semua.
Antara yang ditemui melalui kajian saintifik adalah:
1. Bahan asli dalam daun, buah dan batang pokok jambu batu dapat  menghalang penghadaman karbohidrat. Ia menghalang penyerapan maltose dan sukrosa (jenis gula). Ini bermakna badan kita tidak akan mengeluarkan insulin secara berlebihan.  Maknanya, badan kita dapat mengawal kadar gula dengan lebih baik/effisyen.
2. Kajian menggunakan haiwan mendapati ektraksi jambu batu mengurangkan kadar gula dalam badan (selepas makan) sebanyak 37%
3. Kajian dengan manusia (pre-diabetic) pula mendapati jika mereka mengambil ekstraksi jambu batu bersama makanan mereka, kadar gula dalam darah mereka berkurangan hingga 20%. Juga, didapati ada penurunan kadar lemak dan trigliserida didalam darah.
4. Satu kajian lain mendapati teh yang diperbuat dari daun jambu batu mengurangkan kadar gula dalam darah. Kaedah ini telah digunakan di Jepun bagi mengubati diabetes.
Diturunkan dibawah ini cara membuat  teh dari daun jambu batu:
1. Ambil 8oz air dan 1oz daun jambu batu kering yang telah dihancurkan
2. Masukkan kedalam bekas (jangan guna bekas aluminium)
3. Biar rendam selama 30 minit
4. Panaskan air hingga mendidih. Kurangkan api, dan biarkan renih (simmer) selama 30-60 minit ATAU hingga air tinggal tiga suku dari asal
5. Sejukkan, tapis, dan minum satu cawan setiap hari

Selamat mencuba.
RUJUKAN
1. Sears, Al (MD). Healing herbs of Paradise. Wellness Research and Consulting,Inc (2016)
2. Eidenberger T., et al. “Inhibition of dipeptidyl peptidase activity by flavonol glycosides of guava (Psidium guajava L.): A key to the beneficial effects of guava in type II diabetes mellitus.” Fitoterapia. 2013.
3. Deguchi Y., et al. “Effects of extract of guava leaves on the development of diabetes in the db/db mouse and on the postprandial blood glucose of human subjects.” Nippon Nogeikagaku Kaishi. 1998.
4. Deguchi Y., et al. “Effectiveness of consecutive ingestion and excess intake of guava leaves tea in human volunteers.” J Jap Counc Adv Food Ingredients Res. 2000.
5. Asano T., Tuji A., Deguchi Y., Makino K. “Clinical effect of Guava Tea (Bansoureicha®) on diabetes patient.” Jap J Nutr Assess. 2005.

A short review by Dr. ABBH

Fadhilat Solat Duha

Mengulang kaji ttg sholat Duha
*INILAH AKIBAT SHALAT DHUHA*

Banyak Orang Yang belum tahu apa akibat yang akan mereka rasakan bila rajin shalat dhuha.

Beruntung sekali anda punya kesempatan membaca tulisan dibawah ini, semoga memjadi pelajaran berharga untuk kita semua.

Seperti diungkap oleh Sayid Muhammad bin Alwi al-Maliki dalam bukunya Khasais al-Ummah al-Muhamadiyah tentang keutamaannya, penulis membeberkan keutamaan-keutamaan yang disediakan oleh Allah bagi hamba yang menunaikannya lengkap dengan sumber haditsnya.

*Pertama*
orang yang shalat Dhuha akan diampuni dosa-dosanya oleh Allah. “Barangsiapa yang selalu mengerjakan shalat Dhuha niscaya akan diampuni dosa-dosanya walaupun sebanyak buih di lautan.” (HR. Turmudzi)

*Kedua*
Barangsiapa yang menunaikan shalat Dhuha ia tergolong sebagai orang yang bertaubat kepada Alah. “Tidaklah seseorang selalu mengerjakan shalat Dhuha kecuali ia telah tergolong sebagai orang yang bertaubat.” (HR. Hakim).

*Ketiga*
Orang yang menunaikan shalat Dhuha akan dicatat sebagai ahli ibadah dan taat kepada Allah. “Barangsiapa yang shalat Dhuha dua rakaat, maka dia tidak ditulis sebagai orang yang lalai. Barangsiapa yang mengerjakannya sebanyak empat rakaat, maka dia ditulis sebagai orang yang ahli ibadah. Barangsiapa yang mengerjakannya enam rakaat, maka dia diselamatkan di hari itu. Barangsiapa mengerjakannya delapan rakaat, maka Allah tulis dia sebagai orang yang taat. Dan barangsiapa yang mengerjakannya dua belas rakaat, maka Allah akan membangun sebuah rumah di surga untuknya.” (HR. At-Thabrani).

*Keempat*
Orang yang istiqamah melaksanakan shalat Dhuha kelak ia akan masuk surga lewat pintu khusus, pintu Dhuha yang disediakan oleh Allah. “Sesungguhnya di dalam surga terdapat sebuah pintu bernama pintu Dhuha. Apabila Kiamat telah tiba maka akan ada suara yang berseru, ‘Di manakah orang-orang yang semasa hidup di dunia selalu mengerjakan shalat Dhuha? Ini adalah pintu buat kalian. Masuklah dengan rahmat Allah Subhanahu Wata’ala.” (HR. At-Thabrani).

*Kelima*
Allah menyukupkan rezekinya. “Wahai anak Adam, janganlah engkau merasa lemah dari empat rakaat dalam mengawali harimu, niscaya Aku (Allah) akan menyukupimu di akhir harimu.” (HR. Abu Darda`).

*Keenam*
Orang yang mengerjakan shalat Dhuha ia telah mengeluarkan sedekah. “Hendaklah masing-masing kamu bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu pada setiap pagi. Sebab tiap kali bacaan tasbih itu adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh kepada yang ma’ruf adalah sedekah, mencegah yang mungkar adalah sedekah. Dan sebagai ganti dari semua itu, maka cukuplah mengerjakan dua rakaat sholat Dhuha.” (HR Muslim).

*Setelah Baca Tulisan Diatas Masih Punya Alasan Untuk Meninggalkan Shalat Dhuha ?*

Shalat Dhuha mempunyai kedudukan mulia. Disunnahkan untuk kita kerjakan sejak terbitnya matahari sampai menjelang datangnya shalat dzuhur.
Syukron ...siapapun yg menulis Pertama tulisan ini semoga kita bisa mengambil pelajaran dan kita amalkan dikeseharian kita.
SEMANGAT SHALAT DUHA

Semoga Bermanfaat.
*Silahkan Di Share Kepada Sahabat/Saudara Yang Lain.*