Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Jumaat, 16 Mac 2018

Khasiat Jambu Batu

Khasiat Jambu Batu
Orang Melayu sememangnya mempunyai banyak ilmu mengenai khasiat jambu batu. Daun jambu batu telah digunakan berzaman untuk memulih sakit perut dan ceret beret. Buah jambu batu juga digunakan untuk mengubat kencing manis (diabetes). Kini, kajian saintifik mengesahkan itu semua.
Antara yang ditemui melalui kajian saintifik adalah:
1. Bahan asli dalam daun, buah dan batang pokok jambu batu dapat  menghalang penghadaman karbohidrat. Ia menghalang penyerapan maltose dan sukrosa (jenis gula). Ini bermakna badan kita tidak akan mengeluarkan insulin secara berlebihan.  Maknanya, badan kita dapat mengawal kadar gula dengan lebih baik/effisyen.
2. Kajian menggunakan haiwan mendapati ektraksi jambu batu mengurangkan kadar gula dalam badan (selepas makan) sebanyak 37%
3. Kajian dengan manusia (pre-diabetic) pula mendapati jika mereka mengambil ekstraksi jambu batu bersama makanan mereka, kadar gula dalam darah mereka berkurangan hingga 20%. Juga, didapati ada penurunan kadar lemak dan trigliserida didalam darah.
4. Satu kajian lain mendapati teh yang diperbuat dari daun jambu batu mengurangkan kadar gula dalam darah. Kaedah ini telah digunakan di Jepun bagi mengubati diabetes.
Diturunkan dibawah ini cara membuat  teh dari daun jambu batu:
1. Ambil 8oz air dan 1oz daun jambu batu kering yang telah dihancurkan
2. Masukkan kedalam bekas (jangan guna bekas aluminium)
3. Biar rendam selama 30 minit
4. Panaskan air hingga mendidih. Kurangkan api, dan biarkan renih (simmer) selama 30-60 minit ATAU hingga air tinggal tiga suku dari asal
5. Sejukkan, tapis, dan minum satu cawan setiap hari

Selamat mencuba.
RUJUKAN
1. Sears, Al (MD). Healing herbs of Paradise. Wellness Research and Consulting,Inc (2016)
2. Eidenberger T., et al. “Inhibition of dipeptidyl peptidase activity by flavonol glycosides of guava (Psidium guajava L.): A key to the beneficial effects of guava in type II diabetes mellitus.” Fitoterapia. 2013.
3. Deguchi Y., et al. “Effects of extract of guava leaves on the development of diabetes in the db/db mouse and on the postprandial blood glucose of human subjects.” Nippon Nogeikagaku Kaishi. 1998.
4. Deguchi Y., et al. “Effectiveness of consecutive ingestion and excess intake of guava leaves tea in human volunteers.” J Jap Counc Adv Food Ingredients Res. 2000.
5. Asano T., Tuji A., Deguchi Y., Makino K. “Clinical effect of Guava Tea (Bansoureicha®) on diabetes patient.” Jap J Nutr Assess. 2005.

A short review by Dr. ABBH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan