Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 1 November 2015

Perjuangan tetap diteruskan ke JPP

Assalam

Setelah terperap dirumah lebih kurang 2 bulan, maka tiba masanya kami keluar berjuang untuk mendapatkan hak kami  pada jumaat lepas (30 Oct).

Ya Allah permudahkan rezeki kudan berikan aku dari rezeki yang baik2

Walaupun sblm kol 7pg dah keluar rumah dan jem ke KL dekat sejam.. usaha mesti ada disamping percaya segala2 nya ada ketentuan Allah swt

Borang JPP kami dah hantar sebulan lebih, pada 29 Sept, aku terima panggilan minta hadir di JPP untuk mengambil keterangan dan semua kawan2 pun diminta hadir sekali. Kami bertindak mengisi borang JPP sebelum ini untuk mendapatkan pampasan.
Tapi nampaknya setelah berbincang dgn pegawai JPP, mereka kata bukan bidang kuasa mereka dan orang yang bertanggungjawab membuat kami begini juga tak boleh dilibatkan..

aduh kat sape lagi kami perlu buat aduan.. alahai.. percaturan dunia, boleh terlepas walaupun sah2 mmg "dia" punya angkara
takpe, aku doa kau akan dpt balasannya atas perbuatan membuat ramai manusia teraniaya dan moga Allah berikan hidayah kpdmu utk kembali kpd Nya.

Ok, macam ni la.. percaya rezeki itu dari Allah,  itu lebih utama. Kalau mmg pampasan yg tertera dalam surat "retrenchment" itu mmg rezeki kami, makanya tidak kemana. Cuma aku harap, "Ya Allah, Kau berikah rezeki yg baik2 kepada ku" dan aku tidak kecewa jika rezeki ku bukan milikku semuanya.

Hanya pada Mu Allah aku berserah dan mengharap pertolongan




Tiada ulasan:

Catat Ulasan