kat sini nak share proses selesaikan hutang rumah dengan kwsp yang dah buat sejak 2011 lagi. Mungkin ada perubahan sedikit masa ni, tapi langkah2 nya masih sama kot
1- check akaun kwsp untuk Akaun 2, cukup ke tak untuk cover hutang
2- dapatkan penyata akaun di bank, bank saya adalah CIMB, seri petaling. jumpa pengawai bank dan beritahu nak penyata untuk selesaikan hutang dgn kwsp. pegawai bank akan nego masa ni, dia org nk kita stay hutang dgn dia.. tp abaikan je
3- pergi ke kwsp, bawak penyata tersebut. isi borang kwsp (tanya di kaunter). saya pergi kwsp, petaling jaya buka hari sabtu minggu pertama & ketiga, selesai di kwsp je.. pegawai menggalakkan sgt utk clearkan hutang
4- proses di kwsp ambil masa seminggu
5- followup dgn bank, amik contact pegawai bank tersebut
6- kwsp akan membuat bayaran direct kpd bank. bila bank dah terima dan akaun dah settle atau kosong, pergi ke bank untuk ambil surat 'Settlement'. bank akan nasihatkan cari lawyer untuk tuntut document dan geran
7- minta pegawai bank, lawyer yg senang berurusan & murah. biasanya pegawai bank mesti ada cadangan. saya pergi ke lawyer di bangi
8- pergi jumpa lawyer, bg document yg bank provide sekali dgn s&p, bayar kos lawyer (nego ler), kos tak bergantung pd harga rumah.. katanya standard price :-)
9- tunggu panggilan lawyer dlm 2 bulan (katanya lambat coz Pejabat Tanah) untuk ambil semua document iaitu geran, s&p original dari bank dll
10-anda telah memiliki rumah anda sendiri!!!!
Selepas itu, boleh claim insuran MRTG dari sykt insuran... yg jenuh nak followup..
Tp alhamdulillah, segala2nya dah selesai.. bebas dr hutang..
History di online kwsp
15 Okt 2011 | Perumahan / Menyelesai/Mengurangkan Pinj.Perumahan | Pusat Prosesan | Lulus | 19 Okt 2011 | 20 Okt 2011 | CIMB BANK BHD () |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan