Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Rabu, 25 Mac 2015

Menyelesaikan hutang rumah dengan kwsp

Assalam

kat sini nak share proses selesaikan hutang rumah dengan kwsp yang dah buat sejak 2011 lagi. Mungkin ada perubahan sedikit masa ni, tapi langkah2 nya masih sama kot

1- check akaun kwsp untuk Akaun 2, cukup ke tak untuk cover hutang
2- dapatkan penyata akaun di bank, bank saya adalah CIMB, seri petaling. jumpa pengawai bank dan beritahu nak penyata untuk selesaikan hutang dgn kwsp. pegawai bank akan nego masa ni, dia org nk kita stay hutang dgn dia.. tp abaikan je
3- pergi ke kwsp, bawak penyata tersebut. isi borang kwsp (tanya di kaunter). saya pergi kwsp, petaling jaya buka hari sabtu minggu pertama & ketiga, selesai di kwsp je.. pegawai menggalakkan sgt utk clearkan hutang
4- proses di kwsp ambil masa seminggu
5- followup dgn bank, amik contact pegawai bank tersebut
6- kwsp akan membuat bayaran direct kpd bank. bila bank dah terima dan akaun dah settle atau kosong, pergi ke bank untuk ambil surat 'Settlement'. bank akan nasihatkan cari lawyer untuk tuntut document dan geran
7- minta pegawai bank, lawyer yg senang berurusan & murah. biasanya pegawai bank mesti ada cadangan. saya pergi ke lawyer di bangi
8- pergi jumpa lawyer, bg document yg bank provide sekali dgn s&p, bayar kos lawyer (nego ler), kos tak bergantung pd harga rumah.. katanya standard price :-)
9- tunggu panggilan lawyer dlm 2 bulan (katanya lambat coz Pejabat Tanah) untuk ambil semua document iaitu geran, s&p original dari bank dll
10-anda telah memiliki rumah anda sendiri!!!!

Selepas itu, boleh claim insuran MRTG dari sykt insuran... yg jenuh nak followup..

Tp alhamdulillah, segala2nya dah selesai.. bebas dr hutang..

History di online kwsp
15 Okt 2011 Perumahan / Menyelesai/Mengurangkan Pinj.Perumahan Pusat Prosesan Lulus 19 Okt 2011
20 Okt 2011 CIMB BANK BHD ()




Selasa, 24 Mac 2015

Selasa, 10 Mac 2015

sekolah terkini

assalam

sedar2 dah masuk bulan 3..
dah perbagai dihadapi dlm 3 bln ini,


nak update sini mengenai status persekolahan anak2..
1/ abang/afiq masuk ke Maahad Johor utk sambung Stam
2/ baby/atiqah selepas PT 3, masih di sekolah lama.. sma maiwp, ambil sains perakaunan
3/ acu/afiqah selepas UPSR, masuk ke ting 1 dia SMA Nadzah, yan, kedah
4/ adik/adham terus di skbj..

since abah nak semua ank2nya ambil smpi ke Stam, alhamdulillah semua ingin mengikutinya...
syukur mereka tahu apa yg ibubapa mereka inginkan..
moga mereka menjadi ank yg soleh dah solehah.. Amin

utk mama, tmpt kerja dah x seronok.. mama tunggu masa je utk berenti dan tumpukan pd anak2,
maklumlah dulu mama kerja & x dpt concentrate
Insya Allah, jika dah smpi masa.. mama akan bersama2 anak2 semua ikuti perkembangan pembelajaran..

Ya Allah, beri semangat & kekuatan kpd ku




Isnin, 9 Mac 2015

Keputusan SPM pd 3 -Mac 2015.. Satu kejutan !!!


Assalam

Syukur tidak terhingga ke hadrat Ilahi diatas kurniaNya ini..

Afiq telah berjaya dgn cemerlangnya.. dan Mama memang tak sangka walaupun memang meletak harapan yang tinggi.. Alhamduillah, tercapai niat dan harapan tersebut..

Afiq... teruskan usahamu yer, ini satu permulaan.. Ingat, mama pernah ckp, untuk menyambung ke Mesir or Jordon, perlukan usaha yg kuat dan jgn patah semangat jika ada yg memandang rendah dgn kebolehan kita..

Teringat di hari kejadian..
Kerana mama x dpt bersama pd hari mendapat keputusan iaitu tanggal 3-mac, setelah pukul 10pg mama dah suspen sbb abg belum umum keputusan lagi.. dan x bp lama tu, abg whatsapp ckp belum dpt lg.
Mama terus teringat utk sms je ke 15888... sudahnya belum pukul 11pg Mama dh dpt keputusan itu..
dan keputusan itu Mama tau dulu dah fwdkan pada abg & Abah.. Tahniah abg!

Untuk seterusnya, Mama x kisah untuk abg nak apply apa pun. Lagi baik kalau teruskan STAM shj..
Apa2 abang buat pilihan sendiri..

skrg tgh tgk :
1/ http://app.moe.gov.my/timurtengah/  dibuka dari 10 mar - 10apr.. dokumen yg lengkap perlu dihtr sblm 8 Mei, 2015
tp didapati utk ambil ke Jordon abg x ada SPM-Bahasa Arab Tinggi
2/ Jais -dermasiswa (mungkin kena apply 1/ dulu )
3/ Universiti Islam Madinah - dah tgk smlm.. mcm susah nk layak
(youtoube -cara memohon di UIM)