Salam..
copy paste info ni utk peringatan daku..
Kelebihan Syaaban
1- Menurut Prof Dr Yusuf al-Qaradhawi, tidak ada suatu pun keistimewaan
pada pertengahan bulan Syaaban (nisfu Syaaban) sebagaimana yang
digembar-gemburkan oleh masyarakat pada hari ini.
2- Sebaliknya peristiwa besar yang berlaku pada pertengan bulan Syaaban
ialah peristiwa yang berlaku pada tahun kedua hijrah iaitu peralihan
kiblat daripada Baitul Maqdis ke Kaabah iaitu daripada Masjid al-Aqsa
ke Masjid al-Haram. Perkara itu telah dirakamkan oleh Allah s.w.t. di
dalam Surah al-Baqarah ayat 144 yang bermaksud:"Kerapkali kami melihat
engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang menadah ke langit, maka kami
benarkan engkau berpaling mengadap kiblat yang engkau sukai, oleh itu
palingkanlah muka kearah al-Masjidil Haram (tempat letaknya kaabah) dan
di mana sahaja kamu berada maka hadapkanlah mukamu ke arahnya…"
3- Pada bulan Syaaban ini Nabi saw memperbanyakkan berpuasa sunat
sebagai suatu persediaan menyambut ketibaan Ramadhan al-Mubarak. Dalam
satu hadis yang diriwayatkan oleh Imam Muslim Aisyah r.a menyatakan
bahawa:
"Adalah Rasulullah saw sering berpuasa hingga kami
menyangka bahawa baginda akan berpuasa berterusan. Dan baginda sering
berbuka (tidak berpuasa) sehingga kami menyangka baginda akan berbuka
(tidak berpuasa) seterusnya. Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa
sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadan, dan aku tidak pernah melihat
baginda berpuasa sunat dalam sebulan yang lebih banyak daripada
puasanya di bulan Syaaban."
4- Di samping berpuasa, kita juga boleh memperbanyakkan amalan-amalan
sunat yang lain untuk memepertingkatkan keimanan dan ketakwaan kepada
Allah dan sebagai suatu persediaan untuk memperbanyakkan lagi amalan
pada bulan Ramadhan. Antara amalan yang boleh dilakukan selain daripada
berpuasa ialah membaca al-Quran, bertaubat, beristighfar, berzikir,
memperbanyakkan solat sunat, bersedekah bagi menolong meringankan
penderitaan fakir miskin atau anak-anak yatim, melakukan amalan
kebajikan, memohon keampunan untuk ibu-bapa, memohon restu kehadrat
Allah s.w.t. bagi keselamatan dan kebahagiaan di dunia dan di akhirat
dan sebagainya.
Info & terperinci di http://www.ustazshauqi.com/2011/07/kelebihan-bulan-syaaban.html
Tiada ulasan:
Catat Ulasan