Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Isnin, 14 Januari 2013

Zikir - Penenang Hati


Perbanyakkan zikir setiap masa... bukan selepas solat saja... usah tertipu dengan dunia yang mengasyikkan.. sedangkan semua makhluk ALLAH sama ada burung, ikan maupun lalat pun berzikir... manusia disibukkan dengan dunia sehingga tidak berzikir... akhirnya dada hati kosong tiada berisi... jiwa merana menderita... merintih.. kerana sejak azalinya merindui Sang Pencipta... berzikirlah La ilaha il-lallah... dalam setiap setiap degup jantung nafasmu... 
(FB Ust Don)
 
i) Zikir Murah Rezeki Dari Imam Ghazali

Imam Ghazali mengajarkan suatu amalan untuk dibaca setiap hari. 
Menurutnya orang yang mengamalkan amalan ini akan dimudahkan segala urusannya dan dilapangkan rezekinya, serta dihindarkan dari segala macam kesulitan. 


Amalan ini dibaca untuk setiap hari yang berbeda sebanyak 1000 kali.

Hari Isnin baca “Lahaula walaa quwwata illaa billahil ‘aliyyil ‘adhiim”, ar
tinya “Tidak ada daya dan kekuatan melainkan daya dan kekuatanTuhan Yang Maha Tinggi dan Maha Besar”

Hari Selasa baca “Allaahuma shalli ‘alaa sayyidina Muhammad wa ‘alaa aalihi wa shahbihi wasallim”
, artinya “ Ya Allah berilah kesejahteraan atas Nabi Muhammad dan para sahabatnya dan juga keselamatan.”

Hari Rabu baca “Astaghfirullahal adhiim”,
artinya “Saya meminta ampun kepada Tuhan yang maha besar”.

Hari Khamis baca “Subhaanallahil ‘aliyyil ‘adhimi wabihamdihi”,
artinya “ Maha suci Allah SWT dari segala sifat kekurangan Tuhan yang maha tinggi dan maha besar.”

Hari Jumaat baca “Ya Allah “

Hari Sabtu baca “Laailaaha illallaah“, ertinya “Tiada tuhan selain Allah.”

Hari Ahad baca “Ya hayyu Ya Qayyuum”, ertinya “Wahai yang maha hidup dan berdiri sendiri.


ii) Zikir Selepas Solat

Selasa, 8 Januari 2013

Qiamullail

Salam

Surah al-Muzamil by Ust Dr Zahazan, Tafsir al-Quran 6.30am @Ikim (Entri ini akan diupdate dr masa ke semasa)

7/1/2013 - menyatakan bhw solat selpas isyak atau qiamullail pd awal turunnya ayat ni, Nabi saw melakukan tiap2 mlm, iaitu menjadi perkara wajib sehingga setahun ia dilaksanakan.Ini menunjukkan betapa besarnya ibadat ni utk dilaksanakan.



~ Dipetik dari Ustaz Zahazan Mohamed


Petua Rasulullah s.a.w buat yang menghidap penyakit kronik..

Sekiranya sahabat mempunyai kenalan yang menghidap penyakit kronik 
(kanser, kencing manis, sakit jantung, darah tinggi dll) 
  • pujuklah dia/mereka untuk mengamalkan solat pada waktu malam (walaupun sekadar 1 rakat witir)
  • kerana dari Salman al-Farisi katanya, telah bersabda Rasulullah saaw;
"Dituntut ke atasmu melakukan solat malam kerana sesungguhnya solat malam itu merupakan antara kebiasaan orang soleh sebelum kamu, sebagai jalan untuk mendekatkan diri kepada Tuhanmu, penutup segala kejahatan, penghapus segala dosa dan pembasmi segala penyakit dalam badan."



Menurut guru kami, Al Fadhil Ustaz Wan Nasir Wan Abdul Wahab, pembasmi segala penyakit dalam badan bukan sahaja merujuk kepada menyembuh penyakit tetapi turut bermaksud MENGHALAU penyakit tersebut dari menghinggapi badan si-sakit semula.



Sabda Rasulullah s.a.w bermaksud: “Allah s.w.t sayang kepada lelaki yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan akan membangunkan isterinya manakala kalau isterinya enggan, dipercikkan air di wajahnya. Allah s.w.t sayangkan perempuan yang bangun malam kemudian mengerjakan solat dan membangunkan suaminya manakala jika suaminya enggan, dipercikkan air ke wajahnya.” (Hadis riwayat Abu Daud)
Amalan solat tahajud bukan hanya diamalkan Nabi Muhammad s.a.w, malah ia diamalkan umat nabi sebelumnya. Ini bererti perintah mengerjakan tahajud bukanlah dikhususkan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w semata-mata.

Saidina Umar al-Khattab menyatakan kelebihan solat malam dengan berkata: “Sesiapa mengerjakan solat malam (tahajud) dengan khusyuk nescaya dianugerahkan Allah sembilan perkara, lima di dunia dan empat di akhirat. Kurniaan di dunia ialah:-

  • 1.  Jauh daripada segala penyakit·
  • 2.  Lahir kesan takwa pada wajahnya·
  • 3.  Dikasihi sekelian mukmin dan seluruh manusia·
  • 4.  Percakapannya mengandungi hikmah (kebijaksanaan)·
  • 5.  Dikurniakan kekuatan dan diberi rezeki dalam agama (halal dan· diberkati)

Sementara empat perkara di akhirat ialah:-
  • 1.  Dibangkitkan dari kubur dengan wajah berseri-seri·
  • 2.  Dipermudahkan hisab·
  • 3.  Cepat melalui sirat al-Mustaqim seperti kilat·
  • 4.  Diserahkan suratan amalan pada hari akhirat melalui tangan kanan.”·