Salam
Esok dah Eidul Adha @ Raya Korban.. moga amalanku diterima Allah swt.. Amin!
Hafsah r.a.
menceritakan; “Empat amalan yang tidak ditinggalkan Rasulullah s.a.w. iaitu;
puasa ‘Asyura, puasa al-‘asyr, puasa tiga hari pada setiap bulan dan solat dua
rakaat sebelum subuh”. (Riwayat Imam Abu Daud dan an-Nasai)
Menurut ulamak hadis; maksud puasa al-‘asyr dalam hadis di atas ialah hari pertama Zulhijjah hingga hari ke sembilannya.[1] Disunatkan berpuasa pada hari-hari tersebut terutamaya pada hari ke sembilan iaitu hari ‘Arafah berdasarkan dalil yang akan kita sebutkan nanti.[2]
Selain berpuasa, kita juga digalakkan beramal dengan amalan-amalan kebaikan pada hari-hari tersebut kerana Nabi s.a..w bersabda dalam hadis yang lain; “Tidak ada hari yang paling disukai Allah untuk melakukan amal soleh melebihi hari-hari tersebut (yakni hari-hari awal Zulhijjah tersebut)” (Riwayat Imam Bukhari dari Ibnu ‘Abbas r.a.)[3]
Nota kaki;[1] Soheh Muslim Bisyarhi an-Nawawi, kitab al-I’tikaf, bab Shaumi ‘Asyri Zilhijjah.[2] Lihat Nailul-Authar, 4/239.[3] Nailul-Authar, 3/312.
Posted by USTAZ AHMAD ADNAN FADZIL

Puasa sunat Hari
Arafat ini hanya disunatkan kepada mereka yang tidak mengerjakan Haji. Mereka
yang sedang mengerjakan Haji tidak disunatkan berpuasa pada tarikh tersebut.
Terdapat tegahan dari Nabi s.a.w. sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah
r.a.; “Sesungguhnya Nabi s.a.w. menegah dari
berpuasa pada hari ‘Arafah bagi jamaah haji yang berada di ‘Arafah”
(Riwayat Imam Abu Daud, Ahmad, Ibnu Majah dan al-Hakim).
Hari
‘Arafah ialah hari sembilan Zulhijjah. Ia adalah hari
terbaik sepanjang tahun kerana Nabi s.a.w. bersabda; “Tidak ada hari yang paling banyak Allah membebaskan
hambanya pada hari tersebut dari neraka dari hari ‘Arafah” (Riwayat
Imam Muslim).
Adapun
disunatkan berpuasa pada hari tersebut, dalilnya ialah; hadis dari Abu Qatadah
r.a. yang menceritakan;
وَسُئِلَ عَنْ
صَوْمِ يَوْمِ عَرَفَةَ , فَقَالَ: يُكَفِّرُ السَّنَةَ الْمَاضِيَةَ
وَالْبَاقِيَةَ
Nabi s.a.w.
ditanya tentang puasa hari ’Arafah. Baginda bersabda;
“(Puasa
hari itu) dapat menghapus dosa tahun lalu dan yang akan datang” (Riwayat Imam
Muslim).
Tiada ulasan:
Catat Ulasan