Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 28 Jun 2012

Hari Akhirku bekerja sebelum ke tanah suci

salam
hari ni hari akhir ku sblm melangkah ke tanah suci.. kenapa la rasa sayu la pulak..
adus..

Aku telah emailkan kpd semua AIJ, yg aku akan bercuti 2 minggu..
dpt byk reply & respon.. mrk doakan selamat pergi & balik, terima kasih

Sekali lagi aku doakan buat rakan2, semoga Allah membuka peluang & mengizinkan rakan2 ini pula menjadi Tetamu Allah..

Mood

Salam

mood kerja makin kurang... semangat utk menjadi Tetamu Allah amat tinggi..
tp kkdg rasa takut...
Ya Allah, permudahkan urusan kami disana.. redhai la kami..
 Semoga selepas ni, kwn2 ku & sahabat handai & sanak saudara akan menyusul kami jua nanti,
dimurah rezki & diberkati hidup.. Amin!

Selasa, 26 Jun 2012

Persediaan Menjadi Tetamu Allah 5

Salam..

Kini aku berada difasa terakhir iaitu sampai pula masanya utk menghayati doa2 di Tanah Suci, mendalami makna.. kalau boleh hafal, kalau tidak dpt hafal pun pastinya tidak janggal utk ku baca..

blog utk doa2 ketika umrah, baca blog ni dah ikuti satu per satu doa selepasnya..
http://doaayatdanzikir.wordpress.com/2010/08/20/doa-ketika-melihat-rumah-di-mekah/

Ramai juga meminta aku b'doa buat mereka, insya Allah... aku cuba sedaya & semampu utk penuhi mereka.. mmg la doa sendiri lg afdal.. tp barakah berdoa di tanah suci, moga2 lebih makbul..
1- mak mertua & pak mertua abg tan.. mohon doakan beliau sihat kembali (ini permintaan pertama aku terima.. utk pertama kali aku menjejaki kaki ke tanah suci/haram)
2- abah & arwah mak - sebaik2 kehidupan buat beliau
3- adik beradik.. mohon anak2 mereka berjaya & hidup mereka diberkati..
4- kwn2 pejabat.. mohon agar apa yg bakal berlaku kpd company, m'beri kebaikan kpd semua & semogaperubahan dpt memanfaatkan semua
5- doa sendiri... Tuhan shj yg mengetahui..

Yg minta utk beli/carikan barang pun ada..
1- kismis mekah rm50..
2- buah delima mekah..
3- minyak wangi mekah -afiq..
4- smpikan salam pd Rasulullah, yg ni org pompuan x lepas masuk ke makan Rasullullah,
hubby kena smpikan & juga salam ku buat Rasulullah

Anak2 pula..
1- Hazirah & Adham akan diserahkan jagaan kpd K.Yam/Umi, baru je tadi aku tanya kalau baju2 & keperluaan anak2 ku itu aku telah serah pdnya... dia kata jangan fikir, tahu la dia menjalankan amanah, lagipun budak2 tu bukannya kecik lagi.. sungguh terharu aku mendengarnya
mmg k.yam terlalu baik kepada kami, jasa beliau sekeluarga amat2 la dihargai..
2- Afiq - ada telefon bgtau ibubapa kena ambil kad kemajuan.. nampaknya aku serah pd K.Bit shj la..
keputusan Afiq telah dilihat dlm  http://saps.moe.gov.my/ibubapa2/index.php
Alhamdullilah, cuma dia kena lebih usaha utk dptkan sebanyak A.. satu2 doa utk anakku ini, boleh terus gandakan usaha jika ingin lebih berjaya
3- Atiqah - akan berjumpa dgnnya pd Jumaat atau Sabtu ni kerana Hari Balik Rumah, so akan dgr apa permintaannya

Since dah tinggal beberapa hari, persiapan terakhir perlu di ambil kira...
tadi hubby dah meronda mencari Money Changer, dia dah tukar kan sbyk RM400.. katanya dpt 485 SAR

katanya cukup & kalau nak tukar, boleh buat di Madinah atau Mekah sendiri..



Isnin, 25 Jun 2012

Abah.. anak mu mendengar..

Salam..

Sewaktu berjumpa abah pd Sabtu yg lepas, abah ada meminta ku utk amik... "Ani, Ambik la aku" tiga kali abah meminta sambil keluar airmatanya..
Aku jawap "Ani kerja & tak ada dirumah masa kerja, abis waktu tu ok ke abah dok sorang"
Abah jawap "Boleh.. boleh"

Apa lagi daya ku & kemampuanku... rasa bersalah sgt2.. rasanya tak sanggup aku nak biar abah sorang2 di rumah semasa aku bekerja..
Tapi selepas itu.. aku mula berfikir, jika sampai itu abah berfikir, mmmg abah nak tukar angin..
seolah2 abah terdesak sgt.. kesian nye...

Masa bgtau hubby psl ini sambil aku menangis coz sedih dgn nasib abah, hubby diam je.. so aku tak tau apa tindakan dia or apa yg ada dlm fikiran dia.. cuma aku agak, dah pasti la dia tak akan terlibat coz kita tak mahu berdosa pulak meninggalkan abah di rumah spt itu, lg pun t/jwb bkn pd anak pompuan.. namun hati aku lega.. aku sudah luahkan rasa hati ku..

Sabtu & abad lepas, kepala rasa tak stabil, maybe darah tinggi naik lagi.. plus aku "off"
tapi hubby beria2 mengemas rumah, clearkan semua brg2 di bilik anak2.. aku ckp, "biarlah dulu bah, tunggu la kita balik umrah nanti kot ye pun nak mengemas.. elok masa yg ada ni kita mentelaah & hafal doa2 yg patut"

abah tetap meneruskan kerja2 nya... dgn semangat & tekun lg teliti.. (adus.. abis la buku2 lama.. baju2 di simpan nnti)

skrg baru aku tau tujuan dia berkemas seolah2 tidak ada masa lain lg........ rupa2nya hubby hendak membawa abah ke sini, agaknya setelah aku b'cerita pd nya yg aku tak boleh terima keadaan abah dibuat begitu (walaupun +ve nya, siapa yg bole menjaga dia sebaik mungkin, semua ada kelemahan)

hubby ckp, "Kita akan letak abah dok di atas, bilik ada aircond, ada tingkap masuk udara, tandas pun dekat, nanti aku nak tambah besi kat dinding, senang dia nak pegang kalau ke tandas, letak tv & radio siap2 dlm bilik ni.. "
aduh!.... mmg tak disangka begitu sekali hubby menyahut.. mendgr keluhan aku yg pd masa itu smpi keluar air mataku bercerita..

So skrg, aku tunggu masa shj utk ambil abah... atas perjanjian kita jaga & jgn la harap org2 lain lagi..
insya Allah plan aku, akan jenguk abah masa break jika abah dah berada di rumah & harap dpt menjaga abah diwaktu itu dgn sebaiknya dah selainkan aku berserah pd Allah

Ya Allah, mudahkan lah urusan hambaMu ini..






Semangat Baru - Too Excited & Kursus


Sabtu lepas 23hb, telah menghadiri sekali lagi kursus Umrah oleh Dato' Us Daud Che Ngah kali ini ustaz menyentuh sekali  ibadat umrah di bln Ramadhan.. mmg la sukar kurasakan,
ibadat yg plg sukar sekali tp dgn pahala yg berganda2 jika dilakukan di Bumi Haram
tp jika niat ikhas & benar2 utk ibadat, Insya Allah niat akan tercapai & diredhai Allah

Harapan, aku telah bersiap2 sekarang & cuba mendalami segala2nya sebaik yg mungkin.

Alhamdullilah, perkara yg aku tunggu pun telah smpi.. 2 hari lebih awal dr jangkaan..
Allah mmg menyambut aku utk m'jd tetamu Nya.. syukur ya Allah, Kau permudahkan bg ku..

Sekarang dah boleh pack semua pakaian & keperluan dlm beg.. semua di letak di ruang tamu bg memudahkan nya.

Cuma, diberitahu yg Visa kami belum lulus, biasanya paling lmbt pun 2-3 hari sebelum hari bertolak tetapi
Surat dah dapat & maklumat tentang pergi & balik telah diperolehi..








Jumaat, 22 Jun 2012

Persediaan Menjadi Tetamu Allah - Kerja


Salam

1- Kerja - pd mulanya aku ingin zarina sbg backup kerja2 ku & aku nak mula train beliau, tp salmiza kata dia boleh handle, lgpun melibatkan 3rd party mmg perlukan org2 yg b'pengalaman & biasa dgn mereka.
So aku proceed je la, takat ni apa yg zarina dah tau.. boleh la teruskan & miza akan handle 80% dr kerja2 aku.
 2- Clearkan email2 aku, kerana takat ni pun dah nak full... harap dpt settle dlm minggu depan..
aku perlu savekan email2 ke local/notebook..

3- pd hari terakhir bekerja, iaitu  jumaat depan.. aku perlu email kpd team2 supaya mereka dpt merujuk kepada org2 berkenaan semasa ketiadaan ku

4- apply cuti utk 2-6 Jul & 9-13 Jul dlm HRMS, pastikan hari senin ni, 25hb cuti telah cukup menjadi 10 hari.. & submit ke 10 hari

Khamis, 21 Jun 2012

Persedian Menjadi Tetamu Allah 4 (1 minggu sebelum melaksanakan Umrah)

Salam

Telah habis membaca satu blog ni http://some-w-h.blogspot.com
(sorg akak yg mempunyai impian utk dia dan keluarganya ke umrah & haji bersama2) - catatan ni semasa dia mengerjakan umrah bersama ibubapa mertua... pengalaman yg berguna utk mereka yg ingin membawa org tua bersama utk ibadat ini
di sini ada catatan/diari harian malah setiap aktiviti beliau berada di tanah suci makkah & madinah..
bertuahnya beliau kerana dpt mengerjakan beberapa kali haji & umrah.. terharu dgn semangat beliau..



Rujukan blog sterusnya http://go-umrah.blogspot.com

60 Tip & Manual Pelaksanaan SATU MINGGU SEBELUM BERLEPAS

Antara point2nya :

13. Laksanakan niat dan hajat untuk mengadakan kenduri kesyukuran dalam minggu ini. Sebaik-baiknya kenduri tersebut janganlah menjejaskan bajet dan kedudukan kewangan anda dan juga janganlah menyebabkan anda penat dan tergugat kesihatan diri serta kestabilan emosi dan perasaan anda.
akan dilaksanakan pd 29 Jun ini di sykt ku bekerja, Insya Allah

16. Sahkan wakil penjaga bagi anak-anak serta harta benda saperti rumah, kereta dan sebagainya sama ada dari kalangan saudara mara atau sahabat handai terdekat sepanjang berada di tanah suci bagi menyempurnakan ibadah Umrah anda itu.serah kpd K.Yam dah suaminya kerana mereka telah lama mengasuh anak2 ku.. K.Yam menyambut sgt2 permintaan ku ini

17. Pasrahi hati dan keyakinan diri serta berikan sepenuh keprcayaan kepada wakil yang telah diamanahkan itu kerana Umrah yang Berjaya memerlukan ketenangan jiwa serta penyerahan diri yang mutlak dan tidak berbelah bahagi kepada Allah SWT.


20. Tarbiah anak yang bakal ditinggalkan supaya mereka tidak berasa kecil hati atau tersinggung perasaan keana tidak dibawa bersama. Tegas dan nyatakan kepada mereka bahawa pemergian itu adalah sebahagian daripada tuntuan ibadah dan syariat Allah SWT yang difardukan-Nya ke atas setiap orang dewasa yang telah berkemampuan manakala kanak-kanak belum lagi dituntut berbuat demikian.
Ongoing process

22. Mantapkan lagi pemikiran minda serta kepasrahan niat dan ketulusan matlamat anda menunaikan ibadah Umrah itu dengan meningkatkan lagi amalan solat sunat tahajjud, tasbih, taubat dan hajat anda supaya amalan berkenaan boleh menjadi dinding atau benteng yang kebal dan kalis daripada tipu daya dan muslihat berhelah iblis dan syaitan.
Ongoing process


57. Gunakan sepenuh kesempatan satu minggu sebelum berlepas ke tanah suci itu untuk memohon keampunan daripada kedua ibu bapa, sahabat handai serta sanak saudara atas apa jua kesalahan yang telah dilakukan secara tidak sedar atau separa sedar. Anda semua amat beruntung kerana dalam era alam siber ini anda boleh berhubung dan berinteraksi dengan begitu mudah melalui alat komunikasi yang canggih dan sofistikated saperti telefon bimbit, internet dan menerusi perkhidmatan pesanan ringkas (SMS) yang tidak memerlukan anda berhadapan dengan pelanggan anda itu.
Ongoing process

INI BELUM LAGIII..... 
33. Buat senarai tugas serta sasaran-sasaran aktiviti yang bakal anda laksanakan sepanjang berada di tanah suci berkenaan saperti berapa kali atau berapa kerap kita melakukan qiamullail, solat sunat tahajjud, tasbih, taubat dan hajat serta berdoa di Multazam, dalam Hijir Ismail di belakang Hajar Aswad, melakukan Umrah sunat, tawaf sunat, membaca Quran, menghafal surah serta bersedekah kepada fakir miskan sepanjang 

34. Senarai semak dan sasaran tugas ini amat penting diputuskan dalam tempoh satu minggu sebelum berangkat ke tanah suci itu bagi memastikan ibadah Umrah yang bakal anda laksanakan itu penuh dengan pengisian serta aktiviti yang berfaedah serta dapat mengelakkan diri anda daripada hanyut dalam kelalaian serta kelekaan yang tidak menguntungkan.
berada di tanah suci kelak.


35. Mantapkan serta mahirkan diri anda dengan solat jama’ dan qasar secara taqdim atau ta’khit serta solat menghormati waktu yang amat diperlukan sepanjang waktu dalam perjalanan dan semasa menunaikan ibadah Umrah berkenaan.

58. Lengakapi juga telefon bimbit anda itu dengan kemudahan liputan antara bangsa (international roaming service) bagi memudahkan anda berhubung dengan anak pinak, saudara mara serta sahabat handai di tanah air untuk saling bertanya kahbar dan saling mengetahui keadaan satu sama lain sepanjang berada di tanah suci kelak.

59. Pastikan anda telah menukar sebahagian wang anda kepada mata wang Saudi Riyal yang bakal digunakan sepanjang perjalanan. Anda memerlukan sekurang-kurang SR200 untuk kegunaan membeli makanan dan minuman atau apa jua keperluan dalam perjalanan sebelum tiba di destinasi terakhir.



 

Selasa, 19 Jun 2012

solat sunat sebelum & selepas solat


 Salam...




Solat Tahajjud

SOLAT tahajud atau solat malam adalah solat sunat yang paling afdal ketika semua orang nyenyak tidur. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sebaik-sebaik solat selepas solat fardhu ialah solat malam (tahajud).” Waktu afdal ialah pada waktu separuh akhir malam dan waktu sahur selepas terbangun daripada tidur. Solat tahajud biasa dilakukan dalam dua rakaat.

Dalam sujud terakhir dibaca doa daripada ayat al-Quran surah al-Isra’, ayat 80 yang bermaksud:
“Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan agamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi; dan berikanlah kepadaku daripada sisi-Mu hujjah keterangan serta kekuasaan yang menolongku.”

Selepas selesai solat disunatkan memperbanyakkan bacaan doa dan istighfar. Antara doanya ialah doa yang bermaksud:
“Ya, Allah! Bagi-Mu segala puji, Engkau yang mengurusi langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau Tuhan yang menguasai langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau cahaya langit dan bumi serta seisinya. Bagi-Mu segala puji, Engkau benar, janji-Mu benar, (terutusnya) Muhammad adalah benar (dari-Mu), peristiwa hari kiamat adalah benar.

Ya Allah, kepada-Mu aku serah, kepada-Mu aku beriman, kepada-Mu aku bertawakal, kepada-Mu aku kembali (bertaubat), dengan pertolongan-Mu aku berdebat (kepada orang-orang kafir), kepada-Mu (dan dengan ajaran-Mu) aku menjatuhkan hukum. Oleh itu, ampunilah dosaku yang lalu dan yang akan datang. Engkaulah yang mendahulukan dan mengakhirkan, tiada Tuhan yang hak disembah kecuali Engkau. Maha suci Engkau, Tiada daya dan upaya kecuali dengan Allah yang maha Tinggi dan maha Agung.”


Doa berkenaan hendaklah dibaca dalam bahasa Arab sekiranya dibaca dalam tahiyyat akhir sebelum salam.

Sekiranya tidak dapat menguasai bahasa Arab lebih baik dibaca selepas salam dan diharuskan dalam bahasa Melayu.

mymetro Ustaz Dr Abdul Salam 20/06/2012

Isnin, 18 Jun 2012

Pasrahku..




Selamat bertemu ayahanda pd sabtu lepas..

Ya Allah, ampuni la dosa2 abah ku, rahmati la dia spjg hidpnya...



Jumaat, 15 Jun 2012

Jumpa Abah..

Salam

Alhamdullilah esok akan b'jumpa ayahanda... too excited
Allah shj yg mengetahui hatiku ini..

Khamis, 14 Jun 2012

Hikmah

salam...

alhamdullilah, ku panjatkan kesyukuran yg tidak t'hingga...

1- husband b'janji dia akan beriku duit poket sbyk rm2k utk perbelanjaan nanti
ya Allah, semoga aku dpt memanfaatkan sebaik mungkin

2- setelah semalam rasa t'kilan kerana majlis bacaan yassin tak dpt dianjak & aku cuba b'sabar,
& b'diam je kerana perkara kecik tak perlu jd besar... aku redha & terima hakikatnya.. istighfar byk2

sudahnya hari ini... badan kebajikan akan menganjakan ke tarikh itu... alhamdullilah...
tp aku masih b'diam diri lg... tunggu masa je..

nanti sambung lg...

Rabu, 13 Jun 2012

Persedian Umrah - Belajar Untuk Sabar

Salam

Semakin dekat & hampir aku menjd tetamu Nya, semakin itu pula pelbagai ujian mendatang ...
ini bermaksud aku perlu m'jd sabar & b'diam dulu dlm apa perkara yg kita tak suka & tak tahu asal usulnya..
Yg penting... mesti bersangka baik... sesungguhnya yg benar akan tetap muncul dikemudiannya..

Maka itu yg terlebih baik dari ku dlm perjalanan membersihkan diri.. seterusnya m'capai matlamat pengabdian kpd Allah semata-mata

Ini pokok apa ek? Mungkin dpt ku compare dgn pokok kurma bila balik umrah nanti..


Ahad, 10 Jun 2012

Persedian Menjadi Tetamu Allah 3

Salam...

pd Sabtu lepas 9-Jun-2012, saya & hubby telah menghadiri kursus Umrah di Pejabat Andalusia..
Kursus diberikah oleh Ustaz Dato Daud Che Ngah sendiri..

isi2 kursus
1- Mukadimah - Ustaz telah memperjelaskan lg, apa tujuan kita hidup..
ustaz telah mengupas asas2 bg org Islam..
dimulai dgn shadah dan kita perlulah mendalami Rukun Iman & Rukun Islam..
fahami konsep ini semua dahulu.. baru la ibadah lain kita dpt dilaksanakan
dgn sebaik2nya..
(**Ustaz menekan Islam tidak pernah memisahkan agama dgn politik, bahkan politik itu sebahagian
dari agama. Ustaz begitu kesal dgn keadaan politk m'sia skrg, di mana Ustaz pernah dioffer berjuta
ringgit atas kepentingan politik, tp Ustaz tak akan t'libat dgn perkara2 demikian malah Ustaz tak gentar
andai berlaku apa2 halangan dlm dia b'dakwah)

2- dgn konsep 5W & 1H, Ustaz menghuraikan apa itu ibadat Umrah..

Tamat sessi pertama pd 11.15am... hubby kata nak balik & insya Allah akak join sekali lg nanti/next week..
penat kakinya coz lama kena duduk.. hehehe..

Sessi berikutnya, sebenarnya Ustaz ingin menerangkan lebih detail apa itu umrah & bgmana melakukan nya iaitu HOW..


Tamat Cuti Sekolah 1/2 Thn -Jun2012

Salam anak2 ku..

hari ini telah bermula sesi persekolahan kembali, setelah 2 minggu Cuti Sekolah..

hari Sabtu, afiq telah kembali ke JB untuk balik ke asrama... ku doa utk Afiq.. terus berjaya,
beroleh kesedaran & semangat utk terus b'jaya dlm PMR... Target utknya cuma la 7A
harap dia bole mencapai lebih dari itu..Insya Allah
Mama pesan.. setiap usaha pasti berjaya, tingkat usaha jika ingin lebih berjaya..
buat solat hajat & minta pd Allah apa jua hajat & cita2..

semalam Ahad, juga hantar Atiqah balik ke asrama.. moga Atiqah pun terus berjaya..
usaha jg jemu ya sayang..

untuk anak ku yg ber 2 yg masih bersama2 mama... jangan lalai & lupa ya, kena bermula dari sekarang jika ingin berjaya,

untuk semua anak2 ku, moga kalian dpt m'perolehi ilmu dunia & akhirat...
ingat matlamat kita sebenarnya iaitu mencari keredhaan Nya & semua kita lakukan adalah buat Nya semata2..


Isnin, 4 Jun 2012

Hanyalah Kerana MU ALLAH

 dipetik dr blog http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-07-persiapan.html

Antara perkara-perkara yang perlu dibuat persediaan ialah:

1. Mengikhlaskan niat semata-mata kerana Allah Taala.
Semata-mata kerana Allah s.w.t. Semata-mata kerana Allah s.w.t. – menunaikan tuntutan Allah s.w.t. mengerjakan umrah yang diwajibkan ke atas diri seseorang muslim. Jadi niat ini perlu selalu disemak dan diperbetulkan supaya jangan terpesong.

2. Bertaubat atas segala dosa dan kelalaian kita kepada Allah s.w.t. Kalau kita sebelum ini jauh dengan ajaran Allah s.w.t., kita dekatkan diri kita kepada Allah. Lakukan solat taubat dan perbanyakkan istighfar. Kalau boleh solat taubat tersebut dikhususkan untuk satu-satu kesalahan.

3. Tingkatkan amalan ibadat, zikir, membaca quran, qiamullai, bersedekah (harta, anggota badan, lisan), tafakkur, dan sebagainya dengan harapan mudahlah kita lakukan amalan-amalan tersebut di tanah suci nanti.

4. Pupuklah diri dengan sifat-sifat yang terpuji dan cuba buangkan sifat-sifat yang tercela.

5. Banyakkan berdoa terutama pada masa dinihari, memohon supaya ibadah umrah yang akan dilaksanakan diterima dan mendapat ganjaran daripada Allah s.w.t. Juga berdoa agar selamat perjalanan pergi balik, selamat orang yang ditinggalkan, selamat harta benda, sihat tubuh badan, doa agar Allah kurniakan kita hati yang ikhlas, agar Allah memberi petunjuk dan sebagainya.

6.  Jaga kesihatan agar diri sentiasa sihat dan berstamina sebab ibadah umrah atau haji banyak melibatkan aktiviti-aktiviti fizikal seperti tawaf dan bersaie.



Ahad, 3 Jun 2012

Panduan Umrah

Salam... dlm process membaca buku/blog/doa2 utk umrah

Buku2 ..
1- Panduan Umrah & Ziarah Madihan & Makkah - Ust Dato  Hj Daud Che Ngah by Andalusia Travel & Tours
2- Makkah al-Mukarramah - Kelebihan & Sejarah oleh Dr Abd Basit Penerbit : Telaga Biru
3- Pedoman Lengkap Ke Tanah Suci - Haji Umrah & Ziarah - Jasmin Publications
4- Travelog Haji - Prof Muhd Kamil

Blog..
http://msaadhamid.blogspot.com/2010/03/panduan-menunaikan-umrah-01-pengenalan.html

http://sinar-permata.blogspot.com/2009/04/umrah-transit.html
(updated 7/6/2012 - dpt dr blog Us MsaadHamid)