Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Ahad, 23 Oktober 2011

Taubat

Assalam..
tajuk post hari ni mengingatkan aku kpd kata2 sesorg yg aku hormati "buat apa nak solat taubat sedangkan aku tak buat dosa"
mcm mana kan, kita nak ajak org utk b'taubat terutama org2 kita hormati.. takut menyinggung perasaan pulak.. mayb ni kena slow talk gak la..

makanya hari ni aku petik dr Imam Muda Hassan yg menulis di Harian Metro
byk isi2 yg bermakna utk peringatan diri ku ini...

Apabila kita diuji, ujian itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama sebagaimana yang telah disebut oleh Imam Al-Ghazali. Oleh yang demikian, taubat menjadi satu cara untuk memohon ampun kepada Allah SWT.

Sebenarnya, perihal taubat ini memang banyak kali dinyatakan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang- orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At- Tahrim, 8) Dalam surah Az-Zumar, ayat 53 pula, Allah SWT berfirman: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Apabila menyentuh mengenai soal taubat ini, terdapat lima syarat yang wajib diikuti seseorang itu jika benar-benar ingin bertaubat.

Perkara pertama yang perlu ada dalam dirinya adalah sifat ikhlas. Tanpa keikhlasan, pastinya seseorang itu gagal mencapai matlamat taubatnya.
Syarat kedua pula, seseorang itu perlulah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Ketiga, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan.

Keempat, harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya dan
kelima, taubat itu mestilah sebelum ajal tiba.

Jika kelima-lima syarat ini dipenuhi, maka taubat seseorang itu dianggap sempurna atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai taubat nasuha. Tetapi, jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah dianggap sebagai taubat nasuha. Selain itu, jika kita ingin bertaubat dan dosa yang kita lakukan itu bersangkutan dengan manusia, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri daripada hak orang yang berkaitan. Contohnya, jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika hal berupa cacian, maka dia harus memohon maaf kepada orang yang dicacinya.
Perkara pertama yang perlu ada dalam dirinya adalah sifat ikhlas. Tanpa keikhlasan, pastinya seseorang itu gagal mencapai matlamat taubatnya.
Syarat kedua pula, seseorang itu perlulah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Ketiga, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. Keempat, harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya dan kelima, taubat itu mestilah sebelum ajal tiba.

Jika kelima-lima syarat ini dipenuhi, maka taubat seseorang itu dianggap sempurna atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai taubat nasuha. Tetapi, jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah dianggap sebagai taubat nasuha. Selain itu, jika kita ingin bertaubat dan dosa yang kita lakukan itu bersangkutan dengan manusia, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri daripada hak orang yang berkaitan. Contohnya, jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika hal berupa cacian, maka dia harus memohon maaf kepada orang yang dicacinya.
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda, kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera bertaubat, maka dosa itu memberi kesan kepada hati dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup daripada cahaya kebenaran.
Untuk memudahkan kita memupuk sifat taubat ini, perkara penting yang kita perlu pupuk dalam jiwa adalah dengan selalu mengingati kematian serta ketakutan sewaktu hidup bersendirian di dalam kubur. Kematian adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Kematian bermaksud perpisahan dengan segala yang disayangi atau dicintai dan hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar saja dengan anak atau isteri dapat mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar, 30) Perkara kedua untuk memupuk sifat taubat ini pula adalah dengan mengingati kenikmatan syurga yang bakal didiami oleh orang- orang yang soleh. Ia juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera. Apabila hadirnya perasaan ingin bertaubat, maka bersegeralah mendirikan solat taubat, mudah-mudahan taubat itu diterima oleh Allah SWT.

Jadi, sewaktu kita masih dalam keadaan sihat, lakukanlah solat taubat pada bila-bila masa iaitu sebaik- baiknya pada dua pertiga malam dan janganlah melakukannya pada waktu makruh tahrim.
http://www.hmetro.com.my/articles/Usahtundataubat/Article

Tiada ulasan:

Catat Ulasan