Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Khamis, 27 Oktober 2011

Permasalahan Wudu' @ 30min Bersama Ustaz Don

pada rancangan malam tadi, byk isu2 berkaitan dgn mengambil wudu
ustaz mengalakkan membaca doa spt di bawah (setelah m'google' )

1. Ketika berkumur, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, ampunilah dosa mulut dan lidahku ini".
Penjelasan : Kita hari-hari bercakap benda-benda yang tak berfaedah

2. Ketika membasuh muka, berniatlah kamu dengan, "Ya Allah, putihkanlah muka ku di akhirat kelak, Janganlah Kau hitamkan muka ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga mukanya putih berseri-seri

3. Ketika membasuh tangan kanan,
berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, berikanlah hisab-hisab ku di tangan kanan ku ini".
Penjelasan : Ahli syurga diberikan hisab-hisabnya di tangan kanan

4. Ketika membasuh tangan kiri,berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, janganlah Kau berikan hisab-hisab ku di tangan kiri ku ini".
Penjelasan : Ahli neraka diberikan hisab-hisabnya di tangan kiri

5. Ketika membasuh kepala, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, lindunganlah
daku dari terik matahari di padang Masyar dengan Arasy Mu"
Penjelasan : Panas di Padang Masyar macam matahari sejengkal di atas kepala.

6. Ketika membasuh telinga, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, ampunilah dosa telinga ku ini"
Penjelasan : Hari-hari mendengar orang mengumpat, memfitnah, lagu2 berunsur maksiat ..

7. Ketika membasuh kaki kanan, berniatlah kamu dengan."Ya Allah, permudahkanlah aku melintasi titian Siratul Mustaqqim".
Penjelasan : Ahli syurga melintasi titian dengan pantas sekali

8. Ketika membasuh kaki kiri, berniatlah kamu dengan,"Ya Allah, bawakanlah daku pergi ke masjid-masjid, surau-surau dan bukan tempat-tempat maksiat"
Penjelasan : Qada' dan Qadar kita di tangan Allah

disamping itu, sunat juga membaca doa selepas wudu'

link dr http://www.mymasjid.net.my/koleksi-artikel/display/725/doa-ketika-mengambil-wuduk/

Rabu, 26 Oktober 2011

Perancangan utk raya haji & cuti sekolah

Assalamualaikum..

berkecamuk otak ku utk plan budak2 for cuti sekolah.. ia lah, moga cuti dia org terisi dgn
perkara2 yg b'manafat & mereka tak menyalahkan kami sebab boring or tak ada aktiviti..

utk hari raya haji, insya Allah amik cuti hari Jumaat 4-Nov, 2011.
Boleh balik terus ke kg selepas jumaat & kemas barang2 apa yg patut pd pagi tu..

utk nov, cuti awal Muharram yg jatuh pada 27-Nov (Ahad), cuti ganti pd hari Isnin,
plan utk ke Pahang (rumah Pak Cik) or paling senang pun balik kg & JB sekali..
then tinggalkan bdk2 b'sama atuk nya for 2 weeks.

Awal bln Dec, plan pd 10-Dec, 2011 amik bdk2 semula.. so pd cuti Krismas 25-Dec, 2011
plan utk balik ke Kedah & amik AL for 2 days..

Total leave yg tinggal, 7.5 hari.. so dpt aku sediakan utk cuti membuat umrah,
Jan & Feb 2012 akan b'tambah cuti ku utk 3.5 hari, so total cuti 11 hari
Kalau diizinkan Allah & tak ada aral melintang, ambil tarikh hujung bulan Mac utk Umrah..

Ringkasan nya
4-Nov - AL utk prepare blk ke Muar, if rajin buat kek utk Hari Raya Haji preparation
plan balik after solat Jumaat
19-30 Nov - Cuti Persekolahan
26-28 Nov - Balik ke Muar utk post bdk2 duduk di Muar dgn atuk & gi JB utk jalan2..
29 - AL - tambah cuti utk cuti2 Malaysia
(OR 26-29 Nov - ke rumah Pakcik di Pahang (Mizan))
1-30 Dec - Cuti Persekolahan
3-Dec - if pergi ke Pahang (spt plan atas).. post bdk2 blk ke Muar iaitu suruh Abu hantarkan
10-Dec - balik Muar + gi JB (tak sure kena amik cuti atau tidak)
22-23 Dec or 27 & 28 Dec - AL utk blk Kedah
26-28 - Kedah..

tu la plan nye.. harap menepati citarasa semua pihak.. Amin

Ahad, 23 Oktober 2011

Taubat

Assalam..
tajuk post hari ni mengingatkan aku kpd kata2 sesorg yg aku hormati "buat apa nak solat taubat sedangkan aku tak buat dosa"
mcm mana kan, kita nak ajak org utk b'taubat terutama org2 kita hormati.. takut menyinggung perasaan pulak.. mayb ni kena slow talk gak la..

makanya hari ni aku petik dr Imam Muda Hassan yg menulis di Harian Metro
byk isi2 yg bermakna utk peringatan diri ku ini...

Apabila kita diuji, ujian itu mungkin sekali sebagai musibah kerana kekurangan taatnya dalam agama sebagaimana yang telah disebut oleh Imam Al-Ghazali. Oleh yang demikian, taubat menjadi satu cara untuk memohon ampun kepada Allah SWT.

Sebenarnya, perihal taubat ini memang banyak kali dinyatakan Allah SWT sebagaimana firman-Nya yang bermaksud: “Hai orang- orang yang beriman, bertaubatlah kepada Allah dengan taubat yang sebenar.” (At- Tahrim, 8) Dalam surah Az-Zumar, ayat 53 pula, Allah SWT berfirman: “Katakanlah; wahai hamba-hambaKu yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampunkan dosa- dosa semuanya. Sesungguhnya Dialah yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” Apabila menyentuh mengenai soal taubat ini, terdapat lima syarat yang wajib diikuti seseorang itu jika benar-benar ingin bertaubat.

Perkara pertama yang perlu ada dalam dirinya adalah sifat ikhlas. Tanpa keikhlasan, pastinya seseorang itu gagal mencapai matlamat taubatnya.
Syarat kedua pula, seseorang itu perlulah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi.

Ketiga, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan.

Keempat, harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya dan
kelima, taubat itu mestilah sebelum ajal tiba.

Jika kelima-lima syarat ini dipenuhi, maka taubat seseorang itu dianggap sempurna atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai taubat nasuha. Tetapi, jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah dianggap sebagai taubat nasuha. Selain itu, jika kita ingin bertaubat dan dosa yang kita lakukan itu bersangkutan dengan manusia, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri daripada hak orang yang berkaitan. Contohnya, jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika hal berupa cacian, maka dia harus memohon maaf kepada orang yang dicacinya.
Perkara pertama yang perlu ada dalam dirinya adalah sifat ikhlas. Tanpa keikhlasan, pastinya seseorang itu gagal mencapai matlamat taubatnya.
Syarat kedua pula, seseorang itu perlulah berjanji tidak akan mengulangi perbuatan dosa itu lagi. Ketiga, menyesal atas perbuatan yang telah dilakukan. Keempat, harus mempunyai tekad di dalam hati tidak akan melakukan dosa itu untuk selama-lamanya dan kelima, taubat itu mestilah sebelum ajal tiba.

Jika kelima-lima syarat ini dipenuhi, maka taubat seseorang itu dianggap sempurna atau lebih tepat lagi dipanggil sebagai taubat nasuha. Tetapi, jika salah satu syarat tidak dipenuhi, maka taubat yang dilakukan itu tidaklah dianggap sebagai taubat nasuha. Selain itu, jika kita ingin bertaubat dan dosa yang kita lakukan itu bersangkutan dengan manusia, maka syaratnya ditambah lagi, iaitu harus dapat membebaskan diri daripada hak orang yang berkaitan. Contohnya, jika hal itu berbentuk harta, harus dikembalikan. Jika hal berupa cacian, maka dia harus memohon maaf kepada orang yang dicacinya.
Taubat tidak boleh diundur-undur atau ditunda, kerana jika demikian ia sangat berbahaya bagi hati manusia. Jika tidak segera bertaubat, maka dosa itu memberi kesan kepada hati dan akhirnya akan merosakkan hati sehingga tertutup daripada cahaya kebenaran.
Untuk memudahkan kita memupuk sifat taubat ini, perkara penting yang kita perlu pupuk dalam jiwa adalah dengan selalu mengingati kematian serta ketakutan sewaktu hidup bersendirian di dalam kubur. Kematian adalah sesuatu yang sangat menakutkan kebanyakan manusia. Kematian bermaksud perpisahan dengan segala yang disayangi atau dicintai dan hari terputusnya segala nikmat. Sedangkan berpisah sebentar saja dengan anak atau isteri dapat mengalirkan air mata kesedihan, apatah lagi berpisah untuk selamanya. Firman Allah: “Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati pula.” (Az-Zumar, 30) Perkara kedua untuk memupuk sifat taubat ini pula adalah dengan mengingati kenikmatan syurga yang bakal didiami oleh orang- orang yang soleh. Ia juga akan dapat membangkitkan keinginan jiwa untuk melakukan taubat dengan segera. Apabila hadirnya perasaan ingin bertaubat, maka bersegeralah mendirikan solat taubat, mudah-mudahan taubat itu diterima oleh Allah SWT.

Jadi, sewaktu kita masih dalam keadaan sihat, lakukanlah solat taubat pada bila-bila masa iaitu sebaik- baiknya pada dua pertiga malam dan janganlah melakukannya pada waktu makruh tahrim.
http://www.hmetro.com.my/articles/Usahtundataubat/Article

Khamis, 20 Oktober 2011

Hikmah Hari Jumaat & Dakwah utk Islam

As salamualaikum..
hari ini jumaat... penghulu segala hari, berbagai kejadian dlm Islam yg berlaku pd hari yg rahmah ini..

semalam, otw balik ke rumah.. aku dgr "Islam itu Indah" di radio Ikim.
kisah pengalama sorg mualaf melalui detik2 mengenali Islam seterusnya melafazkan kalimah syahadah..
amat b'kesan di hati ku.. org2 yg spt ini, lebih kuat.. lebih baik & istiqamah dr kita2 yg dilahirkan Islam
hampir mengalir airmata ku & meremang bulu roma ku.. bila dia menceritakan detik2 dia melafazkan syahadah itu.. dia spt ringan & segala bebanan2 yg ada pdnya, seakan hilang & perasaanya mmg x dpt digambarkan dgn kata2.. hanya Allah shaja lebih mengetahui
yg bagusnya.. dia b'cerita itu tanpa gangguan.. straight & m'buatkan aku terus fikir & memikir malah cuba mendalami & menghayati bait2 ungkapan beliau

dlm perjalanan balik dr kantin tadi, aku berkata... utk menjadi pendakwah aku mmg bukan selayaknya.. tp tugas tu mmg ada pd setiap umat Islam
jika kemampuan ku tidak smpi ke tahap itu, ada baiknya aku cuba m'buat kebaikan & harapan ku bangsa lain, boleh lihat kebaikan ini utk menilai Islam itu sendiri..

takut rasanya aku, bila satu hari org Islam dituduh tidak b'dakwah kpd org bkn Islam supaya memasuki Islam di hari pembalasan.. nauzubillah.

aku duty hari ini tetapi apa yg dpt ku perhatikan;
1- ada lelaki2 yg terkejar2 nak ke masjid, wp pun sudah kedengaran azan pertama (dr corong tv1 di sebelahku)
2- terpandang di tv1, di masjid Putrajaya itu.. lelaki2 berlari2 memasuk masjid wp pun iman telah selesai membaca surah di raakat pertama..

aduh... sedih rasa hati..


tiba2... waduh! dugaan, Allah saja memberi ku ujian ini, atas teki teki ku semalaman hingga hari ni.. dlm hal2 b'dakwah utk Islam

sorg customer dtg m'bayar tiba2 bertanya.. kenapa org perempuan Islam kena sembahyang..
aduh!!!!! maybe masa dia dtg aku gi surau utk solat & dah ku pesan dgn guard yg aku naik ke atas (x pulak aku ckp gi solat, bagus gak pak guard tu wp non-muslim)
aku jwp.. aah semua org Islam kena sembahyang tak kira perempuan atau lelaki

dia bertanya lg.. kenapa org perempuan sembahyg di surau & lelaki gi masjid..
aduh.. aku jawap, hari ini hari jumaat, mmg org lelaki kena solat di masjid.. wajib, & perempuan solat ikut waktu ditetapkan iaitu flexi la.. sblm sampi waktu solat seterusnya..
dia bertanya lak.. org lelaki ada yg x solat kenapa ya?
peh... kena balik kat aku spt yg ku tulis kat atas tadi... lelaki2 yg masih terhegeh2 ke masjid
aku fikir : nak ckp.. b'gantung pd iman, ada ke cina ni faham ek..
aku jwp : tak semua org boleh ikut undang2, kadang2 tu ada yg tak nak ikut.. itu masing2 punya hati
cina tu mencelah.. betul2.. mcm cina pun sama, tak semua mcm tu.. yg igt Tuhan Alla pun dia sembahyg la..
(ni kira kami saling faham memahami la..)
aku tambah : tu la.. kkdg sebabkan sorg, dia org igt semua org Islam mcm tu, pdhal ada yg
tak nak ikut undang2.. (harap2 cina tu faham laa)
cina tanya lg.. kena sembahyg 1 kali sehari ke?
aku jwp : ada 5 kali... aku ckp, pagi lepas bangun tido, tghari mcm waktu ni la.. cina sampuk.. waktu makan kan? aku ckp yer... lepastu dlm pukul 4++, 7++ & 9++
cina jwp.. oooo , cina tu menokok lg.. sy renovate rmh, sy ada pekerja indon dia mtk sy 1 kali shj utk sembahyg..
aku jwp : ooo maksudnya yg lain2 dia sempat la buat luar waktu keje, maksudnya di mtk u sbb masa tu dia bekerja dgn u.. sblm & lepas keje.. dia buat la..
nnti u x kasik kan.. sbb byk sgt, bila mau keja...
cina ckp : semua agama mau org buat baik kan
aku ckp : ya la.. betul, mana ada suruh buat tak baik pulak..
cina jwp.. ooo ya ya.. cina tambah lg.. sy tgk negara islam suka perang.. org kata perang.. tp saya tau ada yg baik2...
aku jwp.. itu la sy ckp td, sbbkan sorg tu, Islam di labelkan, dituduh pulak,.. pdhal 1 org yg buat saja.. dia org nak kuasa, so bunuh sana sini... itu biasa la kan, kalo org nak kuasa
cina jwp.. betul2... negara lain pun sama.. tp dia org buat tak apa..
pdhal dia org supply itu senjata..
aku jwp : ye la.. sbb tu biz dia org, kalo kita x beli, dia org pun miskin
cina jwp : betul betul... skrg dia org pun nak down..
aku ckp : tau kenapa?
dia jwp ; nape?
aku ckp : ia la, semua org nak jd baik.. bila semua baik.. dia x boleh jual itu senjata..
hahaha
cina ckp.. betul betul

ok cina tu nak balik dah.. penat gak aku melayan... ahrap2 cina tu di beri hidayah kalau dia ada hati nak tau psl Islam
aku lihat diluar... cina itu naik pajero keluar dr ofis ini...

Rabu, 19 Oktober 2011

Selamat Hari Lahir buat Ku

16-Oct lepas.. aku menambah 1 angka lg dlm perkiraan umur ku..
pernah terdengar kata2 ustaz.. hari jadi bukan bermaksud, selamat panjang umur,
malah sebenarnya selamat pendek umur kerana umur tak mungkin bertambah..

muhasabah nya - gunakan masa2 yg ada ini utk perkara kebaikan, tumpukan jalan utk mencari keredhaan Nya

Semoga hidupku diberkati & segala amal perbuatn ku diterima Nya

Rabu, 12 Oktober 2011

Semanis Kurma@JARING...

tak perlu diterangkan... rujuk le le dibawah ini.. hehehe

tapi memang seronok.. pengisian pun byk...




Isnin, 10 Oktober 2011

happy besday ke -7 adham hafiz


8-Oct-2011, besday idam yg ke-7. Mama ucapkan selamat panjang umur & sentiasa dirahmati Allah. Semoga menjadi anak soleh... & impian mama utk adham jadi al-hafiz satu hari nanti..
Amin








Isnin, 3 Oktober 2011

Telur Pindang Johor


bagi org Johor, telur pindang sudah synonim dgn majlis2 keraian cth nya perkhawinan, kenduri etc
rasanya yg berempah serta masin & lemak, mmg sedap & digemari oleh semua..
untuk mendapatkan rasa yg benar2 sedap & aroma rempah meresap ke dalam telur, ia mestilah di rebus sekurang2nya 2 hari 2 malam..

cara membuatnya adalah spt di dalam gambar.. bahan2 disusun berlapis2 dan