Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Kenangan & Impian & Nota Ilmu

Jumaat, 23 Mac 2012

Feb-Mar 2012 - Perjalanan Seterusnya

satu gambar dr laman Bonda.. aku rindu pdmu bonda....................

rentetan peristiwa...
13feb (isnin) - hubby dpt call dr SMA MAIWP yg atiqah dpt tawaran ke 2..
14feb (selasa) - hubby gi amik surat tawaran & atiqah balik ke rumah dr JB mlm tu jugak
16feb (khamis) - 1/2 day AL petang utk buat persiapan atiqah ke SMA MAIWP
17feb (jumaat) - 1/2 day AL hantar atiqah ke SMA MAIWP

Cuti Sekolah...
10mac (sabtu) - kenduri arwah ibu ke-40 di rumah k.long, ya Allah cucuri lah rahmat ke atas roh ibu ku.. rindu gak pd abah.. apakan daya.. k.long aja yg layak menjaga abah buat masa ni..
Ya Allah, ampunilah dosa2 abah.. peliharalah dia sentiasa dgn rahmatMu..

11mac-ahad - pulang ke kg..
12-mac - isnin - AL bersama anak2
14-mac - malam, afiq balik ke JB.. persediaan utk PMR, sekolah mengadakan tuisyen
redha dgn kepulngan nya itu.. supaya dia mengejar ilmu & cita2 nya
semoga afiq terus b'jaya.. mjd ank yg menghormati ibubapa & beriman.. seterusnya b'jaya dunia & akhirat

Khamis, 23 Februari 2012

Rentetan Jan 2012




macam2 telah berlaku lebih sebulan lepas & mood utk update blog terus berkubur..

sedih, sayu & penuh keinsafan serta redha dgn ketentuan Allah swt setelah melalui fasa2 dugaan dlm hidup..

dimulai...

22-jan-2012, mak telah meninggalkan kami semua buat selama2nya..

pd pertengahan Jan spt biasa aku akan kol mak utk tanya khabar.. mak ckp, abah perlu berubat, mak tak akan balik pd cuti raya cina.. aku ckp, ok kalau mcm tu balik maulidur rasul.. mak ckp, tak sempat, maybe abah nak berubat selepas tu... so mak nak balik lewat sikit, so aku ckp..
terus balik awal bln mac coz cuti sekolah.. mak puashati

kol selepas tu, mak ckp.. mak nak balik cuti raya cina ini coz ada ank janji nak jumpa mak, so sesiapa nnt antar mak blk ke rumah endoi.. aku ckp ok, tp aku akan blk pd maulidur rasul
wp mak tak balik coz ank2 ku di JB nak jumpa di Muar.. mak kata ok.

21-Jan, kali terakhir aku b'cakap dgn mak.. pagi tu tanya mak dimana? mak kata masih di rumah endoi coz yem masih tak amik, anaknya ada kelas tambahan.. so mak akan blk esok..
so aku ckp, esok aku tepon blk once mak dah smpi rmh...

esok nya... 22-Jan lbh kurang kol 5pm, melah kol.. mak otw ke hosp.. ok kalo ada apa2 kol blk.. hati nak rasa lain, tp doa spt biasa.. agar dipermudahkan urusan mak walau dlm apa jua keadaan mak.. takut mak tak tahan aircond kereta masa otw balik
tak bbp min, Jun kol.. mak dah buat CPR, so x de harapan.. blk cepat..
terus kemas brg2, masuk keta.. hampir kol 6pm, nak mengundur kereta dr rmh.. Eli kol
mak sudah meninggalkan kita.. inalillah hiwainnahilahirajiun..
apa lg yg mampu aku buat, cuma doa dipermudahkan urusan buat mak... & yassin otw blk ke kg..

kisahnya.. sebaik tiba dirumah, mak minta utk minum ptg, makan air teh dgn roti.. mak makan dgn yem & family.. pastu mak tunggu di kusyen utk solat asar depan tv..
yem tgk mak menunduk di kusyen tu.. yem kata mak nak amik sesuatu ke, so dia biarkan dulu..
tp kenapa lama sangat mak menunduk.. yem memegang bahu mak.. mak nak jatuh.. kesudahnya mak mcm dah senyap..

yem angkat mak naik kereta & bwk gi hosp...

aduh.. aku mdgr nya, x leh kata apa.. mudahnya mak pergi, diketika kami mandikan mak b'sama2.. yg memandikan mak ckp, mak bersih...
diketika mak nak dikafankan, kami melihat mak spt t'senyum...

ya Allah, redha la ibuku.. yg telah melahirkan aku & membesarkan aku... rahmati la dia ya Allah
cucurilah rahmat ke atas roh beliau, semoga Kau tempatkan beliau dlm kalangan org b'iman & b'amal soleh.. Amin...

Sama2 hayati.. hasil usaha mak di mengusahakan pokok2 ini...



Buah Mata Kucing sedang berbuah (masih muda)


Pokok limau kasturi


Bunga Melur


Bunga Raya


Bunga Kenanga

Dan pokok2 lain disekeliling rumah


Dan  Penyeri...

Khamis, 5 Januari 2012

2012 Masihi

Alhamdullilah.. telah selamat menyelesaikan persekolahan anak2..

Afiq & Atiqah bersekolah di Sek Men Agama AlQuran Waddin, Johor Bahru
Afiqah & Adham meneruskan di SKBJ & SRA Kasyiful Ulum.

Moga mereka terus berjaya, menjadi manusia berguna, beriman & bertaqwa pd Allah swt..

Amin!

Ahad, 18 Disember 2011

new camera... nikon s5100

ni la kamera baru, menggantikan yg lama yg dibeli pd tahun 2004, sudah 7 tahun maaa...
kita tgk yg ni akan bertahan bp tahun pulak..

Khamis, 1 Disember 2011

Puasa Sunat - 10 MUHARRAM



"Ketika Rasulullah SAW berpuasa pada hari asyura’ dan Rasulullah SAW memerintahkan kepada para sahabat untuk berpuasa, dan para sahabat bertanya : Ya Rasulullah! Bukankah hari Asyura’ adalah hari yang diagungkan oleh orang yahudi dan nasrani. Maka Rasulullah SAW bersabda : Apabila tahun yang akan datang insyaALLAH kita akan berpuasa pada hari yang kesembilan. Berkata Abdullah Ibnu Abbas : Belum sempat menjelang tahun hadapan, Rasulullah SAW telah wafat “. ( Riwayat Muslim)

Ulasan Hadis :
1. Di dalam hadis ini Nabi SAW menganjurkan supaya kita berpuasa pada 9 dan 10 Muharram. Ini kerana tarikh 10 Muharram (atau dinamakan hari ‘asyura yang bermaksud sepuluh) mempunyai nilai sejarahnya yang tersendiri didalam sejarah manusia khususnya umat Islam. Disunatkan juga berpuasa pada 9 Muharram sebagai mukhalafah (membezakan) di antara kaum Yahudi yang turut berpuasa pada 10 Muharram.
2. Mengenai ibadat puasa pada hari ‘asyura ini, Syeikh Sayyid Sabiq di dalam kitabnya Fiqhus-Sunnah menyenaraikan beberapa hadis yang menyatakan kelebihan berpuasa pada hari tersebut. Antaranya :
i) Daripada Aisyah RA berkata, “Sesungguhnya hari ‘asyura merupakan hari yang berpuasa padanya kaum Quraisy di zaman Jahiliyyah. Adapaun Rasulullah SAW juga berpuasa padanya. Apabila baginda memasuki Madinah, baginda terus berpuasa dan memerintahkan manusia berpuasa. Apabila diwajibkan puasa Ramadhan, baginda bersabda, “Barangsiapa yang ingin berpuasa, teruskan. Barangsiapa yang ingin meninggalkan (juga dibolehkan). – Muttafaq ‘Alaih
ii) Daripada Abu Hurairah RA : Rasulullah SAW ditanya, apakah solat yang paling afdhal selepas solat fardhu? Baginda menjawab, “Solat pada pertengahan malam.” Kemudian ditanya lagi, apakah puasa yang paling afdhal selepas puasa Ramadhan? Baginda menjawab, “(Puasa pada) bulan Allah yang kamu gelarkan sebagai Muharram” – Diriwayatkan oleh Muslim, Ahmad dan Abu Daud.
3. Berdasarkan kepada hadis-hadis di atas, para ulama mengambil kesimpulan bahawa disunatkan berpuasa pada hari ‘asyura di dalam tiga kaedah:
i) Puasa pada tiga hari iaitu 9, 10 dan 11 Muharram.
ii) Puasa pada hari ke 9 dan 10 Muharram
iii) Puasa pada hari ke 10 sahaja.
4. Adapun amalan masyarakat Melayu kita yang merayakan hari ‘asyura dengan mengadakan program membuat bubur ‘asyura adalah satu perbuatan yang tidak pernah dilakukan oleh baginda SAW.
5. Apatah lagi jika dinisbahkan perbuatan tersebut kepada Nabi Nuh AS dengan mendakwa bahawa Nabi Nuh AS membuat bubur tersebut apabila turun dari kapal. Ia adalah satu dakwaan yang sama sekali tidak mempunyai sandaran di dalam agama.
Oleh yang demikian, jika kita tetap mahu diadakan program membuat bubur tersebut, perlulah diyakini bahawa ia tidak lebih dari program gotong-royong dan jamuan makan yang sememangnya digalakkan didalam Islam. WALLAHU’ALAM

Selasa, 29 November 2011

[Usrah] Wujud Syukur dengan Hati, Lisan dan Perbuatan

Assalamualaikum Wr Wb
Bissmillahirrohmmanirrohiim
"Ya Tuhanku, berilah aku ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah Engkau anugerahkan kepadaku dan kepada dua orang ibu bapakku dan untuk mengerjakan amal saleh yang Engkau ridhai; dan masukkanlah aku dengan rahmat-Mu ke dalam golongan hamba-hamba-Mu yang saleh".
Do’a Nabi Sulaiman manakala beliau mendengar suara semut yang berkata : ….. “Hai semut-semut, masuklah ke dalam sarang-sarangmu, agar kamu tidak diinjak oleh Sulaiman dan tentaranya, sedangkan mereka tidak menyadari”, Allah SWT memberitahukan kepada Nabi Muhammad SAW, melalui wahyu Nya dalam QS. An-Naml (27) ayat 18.
Jadi sudah seharusnya dan sudah merupakan kewajiban kita sebagai kaum muslimin mengikuti ajaran yang telah sampai kepada kita dengan berucap dan berdo’a sebagaimana yang telah Allah ajarkan dan diabadikan dalam QS, tersebut diatas, karena sesungguhnya kita sebagai hamba Allah dan makhluk ciptaan Allah yang dahulunya tidak ada, melalui perjuangan panjang Ibu kita atau kedua orang tua kita lahirlah kita sebagaimana firman Allah dalam QS. An-Nahl (16) ayat 78. yang artinya “Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibumu dalam keadaan tidak mengetahui sesuatu pun, dan Dia memberi kamu pendengaran, penglihatan dan hati, agar kamu bersyukur”.
Dengan perjalanan hidup yang panjang pula hari ini Alhamdulillah kita masih merasakan nikmat Allah yang tak terhingga, siapapun kita apapun jabatan kita dan dimanapun kita berada, kita sudah pasti tidak akan dapat menghitung hitung nikmat yang telah Allah berikan pada kita, sebagaimana yang telah Allah informasikan kepada kita agar kita berlaku dan bersikap jujur serta semakin mendekatkan diri kepada Allah SWT, sebagaimana firman Allah dalam QS. An-Nahl (16) ayat 18. yang artinya “Dan jika kamu menghitung-hitung nikmat Allah, niscaya kamu tak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”.
Dengan mensyukuri nikmat Allah SWT Insya Allah kita akan mendapat berkah dan karunia yang lebih banyak lagi dari-Nya, untuk dapat mensyukuri nikmat Allah, kita harus melakukan instropeksi diri dengan merenungi betapa besar kasih sayang Allah kepada kita, dengan merenungkan baik hal – hal yang kecil sampai besar yang pasti luput dari pandangan kita yang sangat terbatas sebagai manusia, hanya dapat diingatkan agar senantiasa mensyukuri dan bersyukur akan karunia dan kasih sayang Allah pada kita hamba Nya, sebagaimana firman Allah dalam QS. Al-Baqarah (2) ayat 152. yang artinya “Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku”.
Barang siapa yang mensyukuri nikmat Allah, maka Allah akan menambah nikmat Nya, demikian pula sebaliknya, barang siapa yang mengingkari segala nikmat yang telah Allah berikan padanya, maka azab Allah sangat pedih baginya, sebagaimana firman Allah dalam QS. Ibrahim (14) ayat 7. yang artinya “Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan: "Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih".
Ada tiga cara untuk mensyukuri nikmat Allah SWT diantaranya :
1. Bersyukur dengan hati dan perasaan, kita sadar betul bahwa nikmat yang kita rasakan, kita alami dan kita terima selama ini hanya berasal dari Tuhan Yang Maha Esa, bukan dari akal manusia, atau makhluk lainnya.
2. Bersyukur dengan lisan, kita mengucapkan Alhamdulillah = Segala Puji Hanya Milik Allah SWT, sambil merenung dan menghayati, apa apa yang telah kita terima, kita alami dan kita rasakan.

Keberkatan surah al-ikhlas

satu lagi koleksi dr email usrah ku...

تاکربو ﷲا ةمحرو مكيلع مﻼسل ا

Keberkatan surah al-ikhlas

Ketika Memulakan Kerja

Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita, mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak 3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam , seorang yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut. Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab salam malaikat itu.
Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud: Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul Qurthuby ).
Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali (yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.

Nota
Jika sekiranya kawan-kawan ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama: (1) Sedekah/amal jariahnya, (2) Doa anak-anaknya yang soleh dan (3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.
…Wallahu a'lam